Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) – Pergigian ATM telah melaksanakan dua aktiviti sebulan setiap zon. Justeru, sebanyak 12 aktiviti sebulan merangkumi 144 aktiviti setahun sekali gus merekodkan sejumlah 7,776 projek jiwa murni dilaksanakan (144 x 54 tahun kemerdekaan) setakat ini!!!
Berlandaskan kepada kiraan matematik mudah, jika setiap projek tersebut dihadiri oleh 150 orang rakyat untuk urusan “cabut gigi” bagi setiap zon dan setiap orang dicabut sebanyak dua batang gigi sahaja, maka gigi yang dicabut mencatat sejumlah (300 batang x 6 zon) iaitu 1,800 batang gigi. Ini bermakna melalui projek jiwa murni tersebut, sebanyak 13,996,800 batang gigi rakyat telah dicabut oleh BPK-ATM.
WOW!! Banyak tu.......
Ada baiknya jadi usahawan Gigi Palsu dan ia wajar dijadikan sebagai profesion yang perlu direnung! Betapa berjasanya ATM kepada rakyat hanya dari aspek “cabut gigi” sahaja...
*** Laman Web Kor Kesihatan Diraja (KKD) boleh dilawati di laman INI