Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 12 March 2013

NILAI PENGORBANAN PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA DI MATA MEREKA



Di sebalik insiden ‘peperangan’ yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, parti gabungan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin rancak juga mencipta peperangan mereka kepada pasukan keselamatan negara. Terbaru tentulah insiden pencerobohan pasukan militan dari Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Di peringkat awal isu ini Tian Chua tidak segan silu mendakwa isu ini merupakan sandiwara UMNO dan pihak keselamatan negara.


tian chua


Ketua Penerangan PKR, Tian Chua menuduh parti UMNO dalang disebalik kejadian tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tian Chua juga tidak segan mengutuk perajurit negara yang sudah terkorban dalam insiden tersebut sebagai mati katak.



Seperti biasa, setiap ahli pembangkang mempunyai idea-idea yang tertentu apabila terjadinya kejadian yang serius dalam negara kerana sikap ingin melepaskan diri mereka dari membantu apatah lagi tidak mahu parti mereka dipersalahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.

Selepas kecoh di sana-sini dengan sikap angkuh Tian Chua tersebut, beliau menafikan pula dalam laman Twitternya dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sudah terang dan jelas kenyataan telah dibuat., Tian Chua sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Baru-baru ini, Tian Chua sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak masuk akal untuk anggota polis terkorban dalam menentang militan dari Filipina ini kerana pasukan anggota keselamatan negara sudah ‘puas’ menikmati segala bantuan keselamatan dan alatan-alatan seperti senapang, pistol dan sebagainya.


Ini bukanlah kali pertama Tian Chua menunjukkan kebenciannya kepada pihak Polis. Beberapa tahun lalu Ahli Parlimen Batu ini juga pernah ditangkap dan didakwa kerana menggigit anggota Polis yang sedang menjalankan tugas menjaga keamanan.

Sikap negatif Tian Chua terhadap pasukan keselamatan negara bukanlah sesuatu yang baru kepada parti-parti dalam Pakatan. Sejarah kebencian pemimpin Pakatan bukanlah bermula dengan Tian Chua, sebaliknya ia telah dibentuk dan ditanam oleh pemimpin “numero uno” mereka, Anwar Ibrahim.

Pada 1998, Anwar tidak segan silu memanggil anggota keselamatan yang menghalang demontrasi jalananya sebagai “anjing kerajaan.” Malahan itulah punca beliau ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor. Anwar telah memanggil Rahim sebagai “Bapa Anjing”.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 24 April 2012, terdapat bukti video yang jelas menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada penyokongnya agar merempuh anggota Polis.

Tonton Video di bawah:


Tidak cukup itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dengan terang-terangan mengisytiharkan Mat Indera, yang menjadi ketua Platun komunis, yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira sebenar. Dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011,di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Mat Sabu menyatakan Polis yang menjaga keselamatan penduduk Bukit Kepong sebagai “anjing penjajah”.

Ini antara kata-kata yang dituturkan oleh Mat Sabu sendiri bagi menguatkan lagi pendiriannya yang menjunjung hormat ‘pahlawan’ komunisnya itu.


“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya.


Permainan dan pemikiran Mat Sabu itu jelas dapat ditafsir semuanya kerana niat dan agenda politik semata-mata. Belia sanggup menafikan kekejaman Komunis “Bintang Tiga” ke atas rakyat negara ini terutamanya kepada orang Melayu hanya kerana mahu memburukkan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Barisan Nasional.



Sikap Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan maruah pasukan keselamatan sangat konsisten dalam dirinya. Dalam himpunan Bersih 2.0 Timbalan Presiden Pas ini mendakwa beliau dirempuh oleh Land Rover Polis. Habis dicanangnya kepada media dan orang ramai, kononnya Land Rover PDRM telah merempuhnya hingga menyebabkan kakinya cedera teruk dan perlu dibedah. Dia begitu gigih mempertahankan kenyataannya.



Namun, setelah PDRM mempamerkan rakaman CCTV yang diambil dari kawasan dia ditangkap dan rakaman visual tersebut jelas menunjukkan Land Rover PDRM itu tidak langsung bersentuh dengan motosikal yang diboncengnya. Tidak langsung meminta maaf terus dia pusing cerita, kali ini kononnya dia dilanggar oleh kereta Waja PDRM pulak! Padahal, rakaman itu jelas menunjukkan dia langsung tidak dilanggar. Sebaliknya motosikal yang dibonceng Mat Sabu itu sebetulnya hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan!

Apakah parti seperti ini yang mahu diundi oleh pasukan Keselamatan negara dan rakyat?

Mat Sabu juga merupakan antara pemimpin Pakatan pertama yang mendakwa peristiwa rampasan kem Bukit Jenalik di Sauk Perak oleh kumpulan pengganas al-Maunnah sebagai sandiwara UMNO. Dalam kes ini dua orang anggota keselamatan terkorban, namun Mat Sabu langsung tidak menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan negara.


Sebaliknya, pengorbanan para anggota keselamatan negara dibalas dengan cercaan dan tuduhan kononnya ini semua sandiwara kerajaan dan anggota keselamatan. Tidak pernahkah Mat Sabu mendalami perasaan anak-anak perajurit ini apabila membaca kenyataan-kenyataan tidak berhati perut beliau hanya atas sebab politik kepartian. Nyawa tidak penting kepada Mat Sabu berbanding politik kebenciannya.


Yang menghairankan ada bekas pegawai Polis dan Tentera sanggup menyertai Pakatan hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan atas sebab peribadi seperti – kenaikan pangkat, tidak dapat lesen syarikat keselamatan atau mendapat apa-apa kontrak kerajaan.

Dengan berdiri atas pentas Pakatan, bekas jeneral dan pegawai kanan Tentera dan Polis ini tidak sedar mereka sedang “kencing atas kubur” rakan seperjuangan mereka yang terkorban mempertahankan rakyat sejak zaman darurat dahulu.

Bagi Pakatan, selagi Barisan Nasional memerintah, pasukan Keselamatan tidak lebih daripada anjing kerajaan biarpun merekalah yang menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.


Inikah parti yang akan kita undi? Sangat menghairankan jika ada anggota pasukan keselamatan yang sanggup mengundi parti ini. Amat juga menakjubkan ada rakyat biasa yang telah menikmati keselamatan dan keamanan hasil usaha keras pasukan keselamatan negara sanggup memberi undi kepada kumpulan pemimpin politik yang tidak mengenang jasa ini.

MYKMU

3 comments:

  1. Conclusion,dia orang ini Pengkhianat dan Sampah Masyarakat.

    ReplyDelete
  2. dah meninggal sorang lagi anggota ATM al fatihah

    ReplyDelete
  3. Tp ada jugak org melayu yg bodoh sampai x nmpk kejahatan yg dibuat oleh pembangkang

    ReplyDelete