Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 16 October 2012

RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT) REPUT - ISU YANG BAKAL DISENSASIKAN TIDAK LAMA LAGI



Pembinaan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) oleh Kementerian Pertahanan menelan kos lebih RM3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta daripada peruntukan siling bagi projek tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah sebanyak RM1,742.12 juta. Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta. Bagaimanapun, kos ini telah meningkat kepada RM1,297.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM174.43 juta, menurut laporan yang diedarkan di Dewan Rakyat.


Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek RKAT yang dibina dalam RMKe-9 itu dan pengurusan satu RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya. Secara keseluruhannya, Kementerian Pertahahan melaksanakan 38 projek RKAT meliputi pembinaan 9,445 unit rumah dan sehingga Disember 2011, sebanyak 37 projek siap manakala satu projek lagi masih belum siap dan telah dikategorikan sebagai:

 "projek sakit"

Laporan audit juga menyatakan bahawa daripada 37 projek yang siap, didapati sembilan projek dibawa ke RMKe-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta. Ini kerana sembilan projek tersebut mengalami banyak kecacatan dan kerosakan pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan.

 

Berdasarkan semakan audit, enam projek RKAT di Lembah Klang yang dibina oleh Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (Syarikat USL) mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan pembinaan yang paling tinggi. Semakan audit mendapati Syarikat USL juga gagal menyelesaikan antara 1,493 hingga 2,085 aduan kerosakan dan kecacatan dalam tempoh atau selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

Jabatan Audit Negara turut menegur Kementerian Pertahanan di atas kelemahan dalam pengurusan projek RKAT hingga memaksa kerajaan menanggung kos tambahan. Kementerian sepatutnya merampas jaminan bank setelah Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan sebaik sahaja tamat tempoh tanggungan kecacatan. Kementerian juga tidak sepatutnya mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) memandangkan kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor.


Sumber: MStar dan Navy The Best

Isu berkaitan kecatatan dan kerosakan yang berlaku dalam kebanyakkan rumah RKAT bukanlah satu perkara baru dan ia sering menjadi 'buah mulut' kebanyakkan pegawai dan anggota ATM. Askar Setia turut pernah beberapa kali mendengar keluhan beberapa pegawai  dan anggota yang tinggal di RKAT KEMENTAH termasuk di Desa Tun Hussein Onn (DTHO) yang telah menyatakan kekesalan mereka kerana tinggal dalam rumah 'seperti tidak siap' ekoran siling yang runtuh, paip bocor yang menyebabkan limpahan najis 'orang atas' dan pelbagai kes lagi sedangkan kuarters berkenaan merupakan kuarters baru!

Pemberian kemudahan kuarters RKAT boleh saya klasifikasikan sebagai 'satu rahmat' kepada pegawai dan anggota ATM namun, pihak KEMENTAH seharusnya memastikan rumah-rumah berkenaan utuh dan selamat untuk didiami. 

Artikel ini bukanlah sengaja dibuat untuk menyalahkan KEMENTAH dan pemaju semata-mata tetapi diharapkan agar langkah-langkah pembaikpulihan dapat dilakukan dengan kadar segera. Isu kediaman dan tempat tinggal adalah perkara pokok untuk sesebuah keluarga dan ia boleh menjejaskan moral dan semangat seseorang anggota/termasuk penjawat awam yang tinggal di kuarters-kuarters berkenaan. Perkara lama ini wajar diberi perhatian sepenuhnya agar kelemahan-kelemahan seperti ini tidak terus menjadi bahan bincangan sesetengah pihak yang hanya akan merugikan dan memburukkan imej KEMENTAH di mata masyarakat.




12 comments:

  1. Zahid Hamidi, be alert..!!!

    ReplyDelete
  2. Gaji dah banyak ,.... kerja tak ada .... apa lu orang buat ? Cuci kereta baru aja ke?

    ReplyDelete

  3. Terimalah kenyataan itu secara terbuka. Jgn nak mengalih beban dan mencari alasan untuk tidak mengaku wujud `aktiviti yg sangat smell fishy. (bahasa yg paling indah berbanding .....rasuah) di Kementah!!!!

    Berpijaklah di alam yg nyata....bro. Sampai bila nak tengok rumah sojar ini macam perumahan swasta yg lain, yg dikagumi dan dihargai oleh sojar sendiri. Najib dah buat segala yg baik-baik, kenapa tak teruskan amalan itu..

    Nasib baik Najib jadi Menteri Pertahanan, kalau tidak belum tentu lagi sojar dapat rumah yg lebih besar dan baik. Takkanlah Najib nak jawat Menteri Pertahanan lagi kot....

    ReplyDelete
    Replies

    1. Setuju, org tak lihat sojar ini penting dalam pembangunan negara. Yg penting aku menang lagi dalam PRU13.

      Delete


  4. Buat rumah kat sojar elok-elok buat apa...yg penting masuuuuukkkkk. Sojar tak akan membantah sebab dia TaaaaT SeeeetiA. Kesian ada juga oeg ambil kesempatan, dah lah gaji kecik.

    ReplyDelete

  5. Ambil blanket sojar...tutup. kalau tak cukup ambil kemah arab yg besar tu.....

    ReplyDelete

  6. Sedih dan cukup memualkan. Sebagai anggota tentera, saya cukup merasa tertipu dan terhina di atas pendedahan ini. Kenapa perlu aspek perumahan tentera terus menjadi `lubuk' kepada beberapa kontraktor yg tamak dan tidak telus melaksanakan tanggungjawabnya.

    Kementah perlu dedah siapa kontraktor tu supaya mereka tidak lagi datang ke seluruh kem tentera menjaja putar belitnya. Kontraktor bertanggungjawab perlu perbaiki segala kerosakan tanpa kos.

    Kementah kena kawalselia segala kerja-kerja tu dengan ikhlas dan telus. Jgn Lepas tanggan je.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bro ini nama syarikat tu..Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd (Syarikat USL).

      Misi dulu:

      Misinya komited ke arah kecemerlangan dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk setiap keluarga sejajar dengan Objektif Perumahan Negara iaitu menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mengikut kemampuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.

      Hampehhhhhh.....

      Misi yang sahih:

      Misinya kini komited ke arah kecemerlangan pulangan keuntungan dalam menyediakan rumah mampu milik yang tidak berkualiti untuk setiap keluarga anggota tentera termasuk perumahan yang lebih banyak lebih baik, tidak berkualiti dan tidak mengikut specifikasi untuk memenuhi kehendak mereka tanpa banyak soal.

      Delete
  7. Tak usah tulis berbelit belit memang KEMENTAH fuck up. Ngaku sahaja lah ada rasuah!!!! poraaah la lu hipokrit!

    ReplyDelete
  8. pembangkang tiap2 ari berkempen kat sini.. Kemaruk sgt nak menang PRU lah tu.. Lmbt lglah PRU..

    ReplyDelete
  9. Memang btul pun.... tengok sndri la DTHO terutama blok LLP, sejak diambilalih oleh Perumahan Kentonmen, macam celaka senggaraan. Aku repot kerosakan kelengkapan rumah dan elektrik, dah hampir setahun TAK ADA TINDAKAN. Kalau mcm ni lah memang betul lah staf-staf Perumahan Kentonmen banyak cakap dari buat kerja. Kalau pihak pegawai pulak tak payah cakaplah, kalau ada kontraktor datang, ke hulu ke hilir diikutnya. Ada satu blok tu aku tengok, dah la air tak ada kawasan DTHO, lif pulak rosak. Bayangkan lah penghuni yg tinggal kat tingkat atas. Pesan aku kat staf-staf termasuk pegawai Perumahan Kentonmen BANYAKKAN LAH KERJA, HINDARILAH RASUAH......kamu semua akan disoal nanti.

    ReplyDelete
  10. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete