Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 12 October 2012

PERJUANGAN 120 MINIT ATM BERBALOI - TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK ATM

EPIK!


Perlawanan diantara pasukan ATM dan Lions XIII yang benar-benar menggentarkan jiwa saya malam tadi. Turun naik darah dibuatnya.Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak ATM yang telah melakar sejarah baru pasukan bola sepak berkenaan apabila berjaya melangkah Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia tahun ini. 

Pasukan ATM telah berjaya menewaskan pasukan Lions XIII di dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Selayang, Selangor. 


 Penantian dari tahun 1966 kini telah berakhir! 

Para pemain ATM telah mempamerkan tahap kecekalan dan ketabahan yang amat tinggi dan berhak mendapat pujian. Manakan tidak, ATM terus mengasak sehingga ke saat terakhir meskipun Lions XIII dijangka akan memenangi perlawanan berkenaan. 


Jaringan saat terakhir oleh Marlon Alex James telah meruntuhkan harapan penyokong negara jiran yang jelas ‘melopong’ dan kecewa kerana tidak menyangka Marlon mampu menanduk tepat ke arah gawang gol pasukan pelawat berkenaan. 

Bermain dan berhempas pulas selama 120 minit bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan tahap kecergasan, stamina dan kekuatan mental yang optimum. Namun, pasukan ATM terus berjuang sehingga mengheret perlawanan berkenaan ke penentuan sepakan penalti. Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20hb Oktober ini akan menyaksikan pasukan ATM akan berhadapan samada Kelantan atau Selangor yang akan beraksi Stadium Shah Alam malam ini.

TAHNIAH ATM

14 comments:

  1. BRAVO ATM!!!!

    ReplyDelete
  2. Rata-rata peminat berkata tambahan masa yg panjang oleh pengadil untuk memberi peluang kepada ATM menjuarai perlawanan tersebut, masa tambahan 5 minit sudah tama hampir 2 minit berlalu tetapi pengadil melengahkan tiupan wisel dan akhirnya ATM berjaya menyamakan kedudukan membawa kpd tambahan masa 30 minit dan pemenang ditentukan melalui sepakan panalti, saya rasa ini yg menjadi buat mulut rakyat singapore hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. buah mulut pn...sebabnyer pun dari pemain dan penjaga gol lion jgak sbab melengahkan masa dan berlakon sakit pada masa tambahan...so masa tambahan dlm masa tambahan. adillah...kputusan pengadil muktamat.., so berlakon la lagi demi mainan tektik kotor lion...syabas...ATM

      Delete
    3. buah mulut pn...sebabnyer pun ada dari pemain dan penjaga gol lion jgak sbab melengahkan masa dan berlakon sakit pada masa tambahan...so masa tambahan dlm masa tambahan...adillah...kputusan pengadil muktamat.., so berlakon la lagi demi maninan tektik kotor lion...syabas...ATM

      Delete
  3. Ha3.. Sapa suruh player singapore masa tambahan pon nak injured... Tq goal keeper siangapore sebab cramp he3..

    ReplyDelete
  4. Padan muka LNS XII maen taktik kotor lagi,
    kan dah kena kencing dgn pengadil. Kalau nasib ATM baik dah lama LNS XII makan atleast 5-0.

    ReplyDelete
  5. peduli apa dgn Singapore, kalau tak suka jangan main dalam Liga Malaysia. kau tu ibarat melukut ditepi gantang.(tak menambah & tak mengurang).

    nak tanya, tau tak apa tu melukut & gantang ???

    pi jahanam dgn Singapork.


    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut singapore kalah....kuat main kasar

      Delete
  6. pencacai pkr banyak yg meraung kerna team pakcik lee kalah dek kena kencing dgn pengadil UMNO.

    keh...keh..keh...

    aku gumbira gitu...

    ReplyDelete
  7. Itu lah padahnya kalau nak main kotor. Pemain Lions 12 asyik cedera aje, lebih lagi penjaga gol yang selalu cuba main delay tactic bukan kitorang tak tau taktik dia nak lengah-lengah. Kalau kita lihat slow motion banyak pemain Lions 12 yang cedera tanpa contact. Dia sengaja nak buang masa...

    ReplyDelete
  8. 2 incident yg memakan masa selama 2 minit diwaktu masa tambahan selama 5 minit.

    i) kecederaan pura-pura pemain Lion 12 dan terpaksa di usung keluar(waktu ni Aidil dengan selamba memijak kaki pemain tersebur.
    (memakan masa lebih kurang 1.25 saat .

    ii) Kecederaan penjaga gol Lion (memakan masa 1 minit)

    Tamat permainan di minit 96.54.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete