Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 30 October 2012

CERITA-CERITA PANAS YANG WAJIB DIBACA

Salam, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Agak lama Askar Setia tidak menulis dan ia bukanlah disebabkan kekalahan pasukan ATM di tangan pasukan The Red Warrior, Kelantan. Kesibukkan kerja yang bertimbun dan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha antara ‘punca’ penyebab saya tidak menulis untuk beberapa hari kebelakangan ini.


Pelbagai isu berkaitan Angkatan Tentera Malaysia dan keselamatan awam telah tersiar di laman-laman media utama termasuk media baru. Blogger-blogger tidak akan melepaskan peluang untuk mengutarakan isu-isu seperti hasrat DAP untuk memindahkan pangkalan TUDM Butterworth ke Juru yang ditentang hebat oleh kepimpinan tertinggi pangkalan berkenaan. Samada cerita itu benar atau tidak, saya tidak hairan kerana puak-puak chauvanis itu akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memindahkan kepentingan bangsa dan negara dari  tanah Pulau Mutiara itu. Adakah anda sedar?

Gambar Hiasan

Selain itu, kita juga digemparkan dengan pembabitan 2 orang rakyat malaysia yang berumur 21 dan 28 tahun yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan pengebom berani mati di Syria dan telah ditahan oleh perisikan tentera di Lubnan. Malahan mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan pergerakan Al Qaeda. Sumber daripada akhbar Lubnan, Al-Joumhouria mengatakan mereka telah direkrut sebagai pengebom berani mati Al Qaeda oleh rakyat Malaysia sendiri. Menurut Panglima Angkatan Tentera, berkemungkinan individu-individu ini mendapat latihan dan pendedahan daripada rangkaian kumpulan pengganas di negara-negara jiran. 

Oh ya. Tidak ketinggalan mengenai cerita satu inisiatif positif daripada Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen (PBTTB – Perak) yang telah mengadakan mesyuarat agung khas bagi membangunkan satu badan koperasi persatuan berkenaan. Koperasi tersebut diwujudkan untuk melipat gandakan aktiviti ahli persatuan tersebut dalam industry pertanian. Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan 9 Renjer Taiping dilihat sebagai satu langkah yang positif dan bijak dalam menerangkan fungsi sesebuah persatuan yang boleh memberi pulangan kepada ahli-ahlinya. Inisiatif ini juga boleh membuktikan bahawa bekas tentera yang tidak berpencen mampu ‘berbuat sesuatu’ untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga masing-masing dan diharapkan agar lebih ramai bekas tentera tidak berpencen di Perak dapat menyertai aktiviti ini.


KERABAT? KOBAT? Satu habuk pun tarakkk

Pembabitan bekas tentera terutamanya yang tidak berpencen dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan perniagaan yang dibangunkan oleh persatuan masing-masing adalah jauh lebih mulia daripada menyertai persatuan-persatuan haram seperti KOBAT dan KERABAT yang hanya tahu menghentam dasar kerajaan dan membuat pelbagai tuntuan yang tidak masuk dek akal. Manakan tidaknya, pemberian RM1000 one-off kepada bekas tentera tidak berpencen tidak lama lagi pun hendak dihentam sana dan sini. Soalan saya, apakah janji-janji KOBAT dan KERABAT yang telah ditunaikan? Daripada isu pemberian tanah, pelbagai borang tanah FELDA hinggalah memorandum 9 muka surat (31 tuntutan) kepada Anwar Ibrahim... Memorandum yang mungkin hampir sama telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat oleh KERABAT,  tetapi jelas bahawa sampai sekarang...SATU HABUK PUN TARAKK...

Oh ya, orang kuat PKR Pahang iaitu bekas sarjan Mesin Taip dengan tidak semena-mena telah tergesa-gesa BLOCK saya daripada FB. Barangkali beliau khuatir fitnah dan tohmahan beliau untuk menghasut bekas tentera selalu diperlekeh oleh saya dan rakan-rakan yang lain ataupun khuatir perilaku salah beliau akan didedahkan? Wallahu ‘Alam. Pokok pangkalnya, saya sarankan agar bekas-bekas tentera agar menyertai persatuan atau pertubuhan yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan kalian. Buatlah pilihan bijak.. 


Pihak kerajaan sentiasa peka dan prihatin mengenai
isu kebajikan bekas tentera

Kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen, saya sarankan agar cepat-cepat mengambil dan mengisi borang pemberian one-off RM1000. Borang-borang berkenaan boleh didapati di seluruh pejabat PBTM dan JHEV bermula pada 2 November ini. Pemberian RM1000 berkenaan akan diberikan pada Januari 2013. - Sebar-sebarkan dan sampai-sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain ya!

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila layari FB Jabatan Hal Ehwal Veteran di SINI

HONORING ALL WHO SERVED

16 comments:

  1. pendedahan terbaik

    ReplyDelete

  2. Kenapa askar beri 1,020 ekar kat Kota Belut kat kerajaan negeri pada hal askar pun tak ada tanah. kalau buat rumah murah dan beri kat askar lebih baik?. PDRM pun ada tanah tapi tak beri pun.

    ReplyDelete
  3. ko pun bodo....mmg la KERABAT atau KOBAT tak boleh tunai janji, pasal dia tak memerintah dan jadi kerajaan lagi. Bukan mcm ko, kuat ampu...sampai kereta RIV dibeli dgn harga RM960, 000 sebiji pun ko membisu....

    ReplyDelete
  4. Biasa la....Askar Setia tu kan TA...bukan tau apa...TA mmg kuat bodek...Dlm askar selekeh puak2 TA ni..

    ReplyDelete
  5. Hahaha satu pendedahan yg lawak

    ReplyDelete
  6. Saya simpati melihat puak2 anonymous yang mempertikaikan status saya sebagai bekas pegawai askar wataniah.

    itu la dia masalah sikap yang jelas membayangi puak-puak pakatan rakyat. Saya bersimpati.

    Mungkin mereka lupa, kebanyakkan pegawai wataniah merupakan dari golongan professional dan cerdik pandai.

    ReplyDelete
  7. CERDIK PANDAI AMPU....KAHKAHKAH...TA!!!

    ReplyDelete
  8. ramai plak kaki ampu komunis dalam ni..haha

    ReplyDelete
  9. Biasa la pembangkang, pro republik, menang pembangkang, urusan org melayu dan agama islam mesti tergugat, berlaku perpecahan org melayu, darurat pasti diistiharkan, yg dipertuan agong dan pihak tentera/polis ambil alih, kerajaan dibubarkan kembali harap2 org2 dpt bersatu kembali,

    ReplyDelete
  10. Diharapkn base TUDM n ATM di penang tdak dipindhkn. Khusus untuk pertahankan org islam melayu dr ancaman bangsa len di mlaysia..

    ReplyDelete
  11. Saya simpati melihat puak2 anonymous yang mempertikaikan status saya sebagai bekas pegawai askar wataniah.

    itu la dia masalah sikap yang jelas membayangi puak-puak pakatan rakyat. Saya bersimpati.

    Mungkin mereka lupa, kebanyakkan pegawai wataniah merupakan dari golongan professional dan cerdik pandai.

    salam..
    wahai Askar Setia ni ExRAMD nak pesan aku ada Dr of Philosophy pun malu nak ngaku cerdik pandai walau kerja professional kerana kita sama di sisi Allah. tanya SKOT RAMD apa itu ASYKAR MELAYU. baru boleh mengaku askar Setia...wassalam

    ReplyDelete
  12. wahai askar... tak usahlah dilayan puak puak tu. mereka ini jenis kurang membaca kurang RnD kurang ambil tahu hal hal pengetahuan dan yang elok elok dan kurang ajar.
    kita kat Penang ni bila 'masuk dalam kain kain org org DAP'(Berkawan dgn mereka dan org2 dlm KOMTAR) baru kita tahu bertapa AKAN tersisih dan terpingirnya orang orang Melayu naNti jika DAP/PAS ambil alih kuasa.
    Wahai org org Melayu cuba duduk tenang tenang dan rungkaikan permasaalahan Melayu dan Islam kita sekarang. Org senang senang persundalkan kita org2 Melayu dan Islam.Ingat!!! semasa ada perhimpunan hanya ANJING ANJING 'mereka'yang mereka lepaskan sahaja yg terkinja kinja melawan dgn pihak berkuasa sementara 'mereka' dok goyang kaki menonton dpn TV tngok 'aksi ANJING sarkas mereka sedang beraksi".Bodohnya MELAYU.
    Me....la...yu ku.....layu layu.. Bengong punya Melayu

    ReplyDelete
  13. aku pun harap malaysia x diperintah oleh DAP..mintak simpang la..habis orang melayu nant jd keldai depa jer..

    ReplyDelete
  14. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete
  15. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete