Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 15 March 2012

TIDAK KIRA KAWASAN SIAPA...ANGGOTA TENTERA TETAP TURUN!

Thanks buddy!!! 

Sahabat seperjuangan saya sudi mengirimkan sedikit gambar  bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah turun padang untuk membersihkan kawasan sekitar Kampung Lembah Jaya Utara yang telah dilanda banjir kilat teruk baru-baru ini.


TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan 6 mesin penggali lubang dan enam lori bagi membersihkan longkang yang tersumbat akibat longgokkan sampah sarap dan lumpur tebal.


Seramai 210 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja Bentong, Kem Wadieburn Setapak, 60 orang anggota bomba dan penduduk setempat telah sama-sama membanting tulang empat kerat dan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang tersangkut akibat arus deras. 

Tuduhan-tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa projek Jiwa Murni ATM telah diperalat untuk meraih sokongan kerajaan jelas tidak benar kerana walaupun Kampung Lembah Jaya Utara merupakan 'kawasan liputan' Parlimen Ampang (YB Zuraida Kamaruddin - PKR), namun ia bukanlah sebab untuk ATM tidak menghulurkan bantuan. Sehingga ke hari ini, ATM tidak pernah gagal dalam menghulurkan bantuan ke mana-mana kawasan sekalipun tidak kira siapa pun Ahli Parlimen kawasan berkenaan kerana ATM adalah untuk rakyat!

"Alahhh.... dalam senyap-senyap, adalah tu nanti depa nak pengaruh agar penduduk kawasan tu pangkah BN".. Itu barangkali tanggapan sesetengah juak-juak politik yang sudah 'ditutup akal, mata dan telinga' oleh Allah S.W.T untuk menerima kebenaran. Segala kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini hendak dipolitikkan. Namun, biarkan sahaja mereka-mereka itu terus 'buta' kerana apa yang pasti, ATM tidak pernah PILIH BULU dalam menjalankan tugas tidak kira kawasan siapa sekalipun. Apa yang jelas.. ATM adalah APOLITIKAL!!!

"Kerja pembersihan dalam rumah, kami boleh lakukan tetapi bagaimana kawasan luar yang dipenuhi sampah sarap dan lumpur tebal...nasib baik mereka bantu kami disini" 
- Muhammad Ahsanullah Osman Nasir 31 tahun - Sumber BERNAMA


TAHNIAH ATM!!!


6 comments:

  1. yea...terima kasih kepada semua warga tentera yg bekerja 24jam sedia diaturgerak pada bila2 masa :)

    ReplyDelete
  2. woiii TA

    jangan jadi lembu kak jat

    ReplyDelete
  3. Taik Ayam...
    Salam (jika kamu muslim)

    Kesian saya lihat kuli-kuli politik seperti Taik Ayam ni. Dah ditutup mata, hati, telinga utk mentafsir apa yang berlaku di luar sana.. Saya simpati dengan kamu. Kasihan..

    Mudah2an..anak-anak kamu tidak seperti kamu.. Amin..

    ReplyDelete
  4. Wira keyboard yg tak di dendang.berapa kau dapat Tulis blog bodek nh TA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. brape duit hg dapat jadi taik? indah water ka alam flora bayar?

      Delete
  5. Teruskan usaha murni ini. Berbakti kpd masyarakat tidak kira semasa aman atau sebaliknya.

    ReplyDelete