Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 5 January 2012

EUROFIGHTER TYPHOON VS DASSAULT RAFALE - SATU ANALISIS

Penggantian Next Generation Fighter Aircraft Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) Tentera Udara Diraja Malaysia masih diperkatakan oleh banyak pihak namun daripada empat senarai yang dihebahkan iaitu Super Hornet, Grippen, Typhoon dan Rafale. Hanya dua sahaja yang disenarai pendekkan iaitu Typhoon dan Rafale. Di sini saya cuba membuat perbandingan serba ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan kedua-dua pesawat.





Airframe

Kedua-dua pesawat ini adalah pesawat delta canard configuration yang sangat maju dan menjadi pilihan oleh banyak negara di seluruh dunia. Walaupun pesawat kelihatan hampir sama pada luarannya  namun ianya  berbeza.

Typhoon adalah sebuah pesawat yang dibina dengan kukuh, mempunyai canard agak besar diletakkan di hadapan bagi meningkatkan keupayaan pergerakan semasa di udara termasuk membolehkan Typhoon point its nose ke arah sasaran dengan pantas. Seperkara lagi, Ia mempunyai kanopi gelembung yang menawarkan pandangan 360° yang jelas untuk juruterbang. Rekabentuk intakes di bawah fuselage membolehkan pesawat terbang pada kelajuan rendah namun berkemungkinan akan menimbulkan masalah apabila pada kelajuan yang tinggi. Walaubagaimana pun rekabentuk 

Typhoon yang kukuh mampu mengatasi permasalahan tersebut. Typhoon mempunyai  adjustable intake udara yang bermaksud  boleh membuka  atau menutup mengikut keperluan jumlah udara yang memasukinya. Ini adalah ciri hebat yang membolehkan pesawat berfungsi dengan baik pada sebarang kelajuan.


Manakala Rafale adalah pesawat yang berbeza, Ia direka untuk membuatkan kelihatan cantik dan kukuh pada masa yang sama. Canards pesawat Rafale yang diletak dekat dengan sayap dikatakan kurang membantu meningkatkan prestasi namun dikatakan konfigurasi tersebut hanya mengurangkan  rintangan serta membenarkan pesawat mencapai kelajuan Mach 2 pada altitude rendah. Rafale tidak semaju Typhoon dalam teknologi rekabentuk kerana menggunakan teknologi konvensional.

Enjin


Typhoon menggunakan enjin 2 EJ-200 dengan teras (dry thrust of 60 KN and a wet thrust of 90 KN) dengan kerangka pesawat udara yang besar dan sayap yang kuat serta canards melakukan tugas thrust vectoring control (TVC) sangat baik pada Typhoon. Walaubagaimanapun Rafale menggunakan enjin Snecma M88-2 dengan teras (dry thrust of 50 KN and 75 KN afterburner) dikatakan pesawat ini memerlukan enjin yang lebih berkuasa kerana jika dibandingkan dengan pesawat terkini gen 4.5. Ia seolah-olah berada di paling bawah dalam kelasnya.

Avionics


Typhoon menggunakan radar Euroradar Captor (ECR-90) next generation mechanical multi-mode pulse doppler radar yang dikatakan teknologi lama (2 generasi ke belakang) iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) dan AESA (Active Electronically Scanned Array)Tetapi jet Typhoon EF-2000 meningkatkan keupayaan radar tersebut dengan meningkatkan saiz antena seterusnya  telah meningkat prestasinya. Ia boleh mengesan sasaran pesawat sehingga 160 kilometer. Walaubagaimana pun kelemahan yang ketara ialah tidak boleh mengimbas sasaran yang banyak pada satu-satu masa.


Rafale pula memiliki radar yang lebih baik iaitu radar RBE2 iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) yang merupakan radar generasi yang lebih baik. Walaubagaimana pun saiz muncung pesawat yang kecil telah menghadkan saiz radar yang boleh dibawa mengakibatkan pengurangan jarak pengesanan kepada hanya 140 ke 150 km sahaja. Jarak detection atau pengesanan adalah kurang berbanding Typhoon namun ia mampu mengesan lebih daripada 40 pesawat dan memusnahkan 8 pesawat dalam satu-satu.

Sistem pengesanan  Rafale tidak lama lagi akan diganti oleh  jenis AESA iaitu versi RBE2-AA yang termaju, mempunyai keupayaan mengenal pasti sasaran sehingga 170 km.Sebuah versi AESA juga turut dirancang untuk Typhoon juga  Namun dikatakan versi ini hanya boleh didapati untuk model naik taraf sahaja.

Kedua-duanya adalah baik mampu menjalankan tugas pengesanan mengikut keperluan termaju zaman sekarang.

Radar Cross Section Reduction Features

RCS ialah sejenis teknologi bagi mengurangkan detection radar samada melalui meterial atau teknologi halimunan yang mampu mengelak dari dikesan. Typhoon mempunyai beberapa ciri yang boleh mengurangkan RCS di hadapan pesawat iaitu 0.5-1 sq meter yang mana ramai menjangkakan 0.1 sq adalah hampir mustahir untuk dikesan oleh radar. RCS akan dikurangkan lagi jika sistem radar AESA digunakan kerana ia mampu mengelirukan radar pasukan musuh dan mengurangkan risiko dikesan.

Rafale pula mempunyai RCS yang tinggi kerana material yang digunakan dan rekabentuk yang kurang memberi kesan untuk mengurangkan RCS. RCS pesawat ini dalam anggaran 1.5-2 sq Meter. Secara keseluruhannya pesawat ini lebih mudah dikesan oleh sistem radar musuh.


Persenjataan

Ini adalah satu aspek yang sangat penting dalam menilai keupayaan pesawat pejuang. Kedua-dua pesawat Eurocanards mempunyai sistem persenjataan yang moden. Typhoon  menggunakan Meteor, active radar guided beyond visual range missile  udara ke udara, dan akan menggunakan Advanced Short Range Air-to-Air Missile (ASRAAM) pada masa akan datang. Manakala Rafale menggunakan missile Meteor sama seperti Typhoon dan MICA  (missiles interception and combat aerial) sahaja. Penggunaan persenjataan kedua-dua pesawat adalah yang termaju namun yang membuatkan Typhoon lebih advance adalah pakej persenjataan yang pelbagai termasuk dari blok eropah dan Amerika sendiri seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-120 AMRAM.


Sistem SPECTRA yang ada pada pesawat Rafale patut dipuji kerana sistem perisian  tersebut yang mampu meningkatkan chances of survival kerana ia mampu mengautomasikan  kebanyakan tugas-tugas komunikasi dengan  pesawat lain dan stesen kawalan. Typhoon juga mempunyai kelengkapan EW (electronic warfare) namun pesawat Rafale sedikit mengatasi Typhoon.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Satu analisa yg baik. Weldone askar setia. Baru saya faham kemampuan kedua-dua pewawat ini. Dari kajian yg dibuat diatas, menunjukkan typhoon berjaya mengatasi Rafale. Apa2pun pilihan yg dibuat pastikan kos nya tidak melambung tinggi krn kepentingan individu. Kiamat dah dekat dah, sekarang nie banyak dapat CASH. So all the best...

    ReplyDelete
  3. Info yang bagus. Tetapi tiada bandingan dari segi harga?

    ReplyDelete
  4. Rafale pakej yg menarik, euro terlampau mahal 18 rafale @ 12 euro, m'sia mgkn akan ikut jejak india, alat ganti & persenjataan mudah didapati krn india telah membeli dlm kuantiti yg amat besar, m'sia sendiri sejak 2 menjak ni byk mendapat kan peralatan dri france, friget ringan gowind - bns, heli kontoversi p.r., dlm perbincangan kenderaan vab 6x6 utk kegunaan askar di lubnan & scorpane,

    ReplyDelete
  5. Rafale pakej yg menarik, euro terlampau mahal 18 rafale @ 12 euro, m'sia mgkn akan ikut jejak india, alat ganti & persenjataan mudah didapati krn india telah membeli dlm kuantiti yg amat besar, m'sia sendiri sejak 2 menjak ni byk mendapat kan peralatan dri france, friget ringan gowind - bns, heli kontoversi p.r., dlm perbincangan kenderaan vab 6x6 utk kegunaan askar di lubnan & scorpane,

    ReplyDelete
  6. 18 x su-30mkm gong kedak + 18 x su-30mkm kuantan
    16 x super hornet butterworth + 16 x super hornet labuan
    4 x awacs boeing sendayan
    50 - 100 panstir ltk kat truck man, mcm uae punya
    8 s400
    Hyuih mantap
    Walaupun s'pore beli f35 mereka beli hanya utk bergaya je, kira pakai gtr diorg mesti la lebih pakai ferrari
    Harga 1 x f35 = 20 x panstir sapa yg lebih risau, mereka @ kita

    Opsyen
    No 1 - F-15
    No 2 - Super Hornet
    No 3 - Euro
    No 4 - F-16
    No 5 - Rafale


    ReplyDelete
  7. aku jangkakan malaysia akan beli rafale. ini memandangkan india dah pun mengesahkan pembelian rafale. kajian mereka tentulah lebih teliti dan mendalam memandangkan mereka telah membeli jumlah yang banyak. tambahan pula, malaysia banyak berkongsi maklumat mengenai pembelian aset ketenteraan dengan india. apa juga kemudahan yang disediakan pihak desault untuk india, tentu malaysia juga dapat kemudahan yang sama. aku amat percaya rafale akan terpilih. cuma kalau boleh, malaysia pertimbangkan pesawat pejuang super tucano memandangkan kita berada dalam krisis yang tidak menentu di sebelah timur. pesawat ini aku kira amat bagus untuk tugas-tugas pemantauan dan sokongan udara kerana kos penyelenggaraan dan operasinya yang sangat menjimatkan berbanding pesawat dengan enjin jet. yelah... takkan nak lawan kiram pun beria-ria nak pakai mig... f-18... tak berbaloi...

    ReplyDelete
  8. Mempunyai pesawat tempur pelbagai model dengan jumlah yang sedikit adalah kurang ekonomik kerana kos selenggaraan dan barang ganti yang tinggi. Lebih elok menambah jumlah pesawat yang sedia ada seperti FA18D Hornet dan Su30MKM. Terkini TUDM mempunyai 8 buah FA18D dan 18 buah Su30MKM. Sekurang-kurangnya TUDM perlu 1 skuadron FA18D (18 buah) dan 2 skuadron Su30MKM (36 buah). 8 buah FA18D yang ada ditambah baikan manakala tambahan 10 buah yang baru terdiri dari F18 Super Hornet.

    Buat masa ini TUDM hanya mempunyai 51 buah pesawat tempur dibandingkan dengan negara tetangga mempunyai lebih 100 buah. Perbandingan jumlah saja TUDM belum mencapai taraf 'air superior' dirantau ini, belum lagi dibuat perbandingan kecanggihan pesawat sendiri.

    Satu lagi keperluan kritikal yang kini TUDM belum ada iaitu helikopter tempur (AH). Dalam peperangan, susulan operasi pesawat tempur sokongan heli tempur kepada pasukan darat amat perlu.

    Dalam peperangan moden koordinasi semua peringkat amat penting dan ianya mengambil masa untuk dibina. Pembelian peralatan dan pesawat wajib dikaji dan diputuskan oleh TUDM sendiri kerana mereka yang tahu sendiri akan keperluan. Yang merencatkan pembinaan pasukan yang mantap biasanya bila ada campurtangan bukan 'orang militeri' buat keputusan.


    ReplyDelete
  9. aspek tak sentuh ialah low operation cost dengan maintenance time ratio. kalau untuk 2 jam flight sampai lima nam hari kena tahan kat hangar untuk repair, baik tak yah (macam f 35)

    ReplyDelete
  10. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete