Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 8 December 2011

GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perceptiondan  "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:

 “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” 

Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.


Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, 


"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

            Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.


Agenda Setting Plan
Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence


            Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).

p/s: Dipetik dan diubahsuai dari Blog Merapu Sakan.

6 comments:

  1. DEMM, NOW I KNOW WAT PROPAGANDA MEANS, IT MEANS THAT EVERYONE IS A LIAR LAH?

    I DONT THINK THAT THE PEOPLE SHUD KNOW BOUT THIS KIND OF INFORMATION.. ANARCHY CHAOS..

    ReplyDelete
  2. Penting sungguh perang dan gerak saraf ni ye. Bagimana pula urat saraf. Ini ke strategik yang digunakan oleh kerajaan untuk menang, tapi siapa yang menggerakkan perang dan gerak saraf kerajaan ni. Bagaimana agensi yang melaksanakan tugas ni melaksanakan tugas mereka. Bagaimana kriteria mereka memilih pekerja untuk menyertai agensi saraf ni. Macam menarik je kerja ni.

    ReplyDelete
  3. apa kaitan minyak afiat dalam melegakan urat saraf?

    ReplyDelete
  4. TAAT SETIA.... Seperti yang berlaku dalam sejarah melayu melaka diantara Hang Tuah dan Hang Jebat, Adakah salah seorang diantara panglima berdua penderhaka sebagaimana semua maklum kedudukan sebenar mengikut cerita sejarah.....Apakah benar Hang Jebat itu "PENDERHAKA" Renung renungkanlah..... 'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disangkah' Pernahkan anda membaca sejarah 'HITLER' seorang soldadu berpangkat KPL boleh menjangkau kepada seorang Panglima Tentera.... Kenapa kita sekarang tak boleh jadi seperti Hang Jebat dan HITLER, tetapi kita hanya mengikut jejak Hang Tuah yang Taat Setia malah ramai lagi mengikut Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Pemulaan cerita bergitu gahnya Lima Sahabat ini tetapi penghjung cerita hanya Hang Tuah dan Hang Jebat yang ada, mana pergi ketiga-tiga saudara lagi.... hilang begitu saja.... Kalau diikutkan dalam perlembagaan Gaji Angkatan Tentera lebih tinggi dari semua sektor tapi sekarang cuba kita lihat dimana tahap gaji kita sekarang.... apa keistimewaan yang ada pada kita sebagai anggota tentera.... apatah lagi selepas tamat perkhidmatan (jadi bekas angkatan tentera. Org lain lepas pencen boleh duduk dengan anak bini cuma mengharapkan pencen tapi bekas tentera pula sibuk mencari pekerjaan menambah pendapatan. waktu berkhidmat berbulanbulan tingal anak bini tak kira samada pergi berperang atau berkursus kekadang hampir setahun lepas pencen pun sama juga keadaan, orang lain tido kita tetap duduk berjaga (guard)sana sini dan berapa ramai yang tahu bahawa bekas anggota tentera layak untuk mendapat sebidang tanah dengan berapa keluasan tanah tersebut. kenapa perkara tersebut tak dihebohkan kepada anggota. Berapa peratus bekas tentera yang berjaya dewasa ini terutama LLP. Apakah cukup setahun sekali menerima bantuan sambutan hari raya.

    ReplyDelete
  5. betul ke boleh dapat tanah??? aku tentera gak.. tak tau pun.. ermmmmmm rahsia kut.. tu pasal dorang duk diamkan aje

    ReplyDelete
  6. "Capture their minds
    and their hearts and souls
    will follow"

    :D

    ReplyDelete