Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 20 February 2013

VIDEO INSIDEN DI LAHAD DATU? BETUL KE BOHONG?


KECOHH BETUL LAHH...

Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa pihak tentera tidak buat kerja?

Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.

Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas? 

Penyokong-penyokong pihak pembangkang pula 'merajinkan diri' untuk download rakaman insiden 2009 dari You Tube dan upload semula video berkenaan bagi memperlihatkan video berkenaan merupakan video terbaru. Motif mereka hanyalah satu - menyalahkan pihak kerajaan dan ATM apabila sudah berlaku tembak-menembak di tempat awam. 

Gambar sebenar rakaman video di You Tube

Nasihat saya, jadilah pembaca/tukang komen sepenuh masa yang bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani oleh pihak berkuasa.  Anggota keselamatan kita di Lahad Datu tidak tidur malam dan bergadai nyawa  mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan tetapi amat menyedihkan apabila anda mengkiritik tugas mereka sewenang-wenangnya. Polis tidak buat kerja lah, askar tidak buat kerja lah.. 




Adakah anda seorang yang bertanggungjawab? Jelaskanlah pada mereka yang menyebarkan video berkenaan sesuka hati di alam maya.. Moga Allah S.W.T melindungi kesemua pasukan keselamatan kita yang terlibat daripada sebarang malapetaka dan bencana. Amin...

73 comments:

  1. tu bideo tahun 2010 la

    ReplyDelete
  2. Apa pun kejadian tersebut amat memalukan Kerajaan Malaysia yang Berdaulat, Malaysia mempunyai kepakaran dalam ketenteraan mempunyai peralatan yang canggih, teknologi ketenteraan setanding negara barat. Pengalaman dalam peperangan Guerilla War dalam era Kominis. ATM mempunyai RISEK, Navy dan PDRM mempunyai PGA, Maritime untuk Mengawal sempadan / perairan negara. PERSOALANNYA adalah Bagaimana sekumpulan bersenjata yang boleh dianggap Pengganas / Teroris / Militan boleh sampai dan mendarat serta berkampung baru dapat dikesan dan baru nak bertindak...? Kenapa tidak sebelum mendarat atau bila masih dilaut pihak Tentera / Polis tidak dapat berbuat sesuatu untuk menghalang...? Kenapa harus ada perundingan sedangkan semua sedia maklum Kumpulan tersebut membawa senjata berat ala tentera negara Filipina ( tidak kiralah samada Tentera sah Filipina atau pemberontak ) Kalau mengikut undang-undang dunia Malaysia berhak menghapuskan mereka dengan cara ketenteraan. Apa Bezanya dengan Insiden Al Maunah...?
    Adakah Kerajaan / ATM hendak menunggu sehingga Pekan LAHAD DATU diambil alih dahulu oleh Militan Sulu baru hendak bertindak....
    Saya bagi pihak veteran Komando 69 PDRM mencadangkan Semua Pegawai ATM / NAVY/MARITIME/ PGA dipertanggung jawap dan dihadapkan keMakhamah kerana cuai menjalankan tugas yang boleh menghancurkan negara dan MENGAIBKAN ATM/PDRM. Oleh Ex 69.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada pembelot dikalangan warga tempatan jugak

      Delete
  3. ini pembuka mata kepada penguatkuasa di Sabah..alangkah mudahnya sempadan negara kita dicerobohi..tapi walaupun begitu, aku yakin ini semua hasil kerjasama orang dalam jugak ie ada penduduk Sabah sendiri yang membantu dan memberi laluan..kalau tidak, mungkin tidak semudah itu mereka mampu masuk dengan senjata berat spt itu..

    ReplyDelete
  4. Diharap Semua Pegawai ATM/NAVY/PDRM dilucut Pangkat atau digantung tugas sebab GAGAL dalam tanggung jawap mengawal keselamatan negara. Ibarat Harapkan Pagar, Pagar bocor hingga boleh meloloskan Musuh negara. Siasat adakah Pegawai berada diPost keselamatan atau pergi bersuka ria ditempat hiburan GRO Filipin... Oleh Ex. Vat 69

    ReplyDelete
  5. Apa2 pun saya sokong kerajaan, polis dan tentera Malaysia. Selamat Berkerja..... hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam...dah banyak peringatan diberi diatasbeberapa peristiwa yang berlaku di perairan Sabah. Dah 56 thn tidak juga kita ambil ikhtibar, Betul komen2 iatas. Tak kan kita masih lagi nak bagi alasan ' PERAIRAN KITA LUAS' . Sampai bila. kelengkapan yang kita sediakan untuk apa kalau kita tak ikut Master plan bagi memastikan semua ini tidak berlaku. apa gunanya kita nak berbangga dgn kejayaan kita di Somalia , Labenon ,Bosnia dan yang terbaru Filipina kalau tpt sendiri kita gagal. alasan apa pun kita bagi bukan itu cara terbaik. kelemahan negara dipantau oleh musuh. sama-sama kita fikir dan renungkan. Takkan kita rasa negara kita tak ada 'orang' nak pandang. Apa perlu kita bertindak diatas bumi kita kalau ia boleh diselesaikan sebelum ia menjejak kaki. Sebab itu Amerika buat kapal pengangkut, Bukan kah ini untuk mengelak dari berlaku diatas bumi mereka. Anyway kami doa kan ia dapat diselesaikan sbaik mungkin tanpa kita mengikut telunjuk mereka. Kita negara berdaulat.












    ReplyDelete
  7. Klu dinegara maju menteri pertahanan dh letak jawatan..he..he.. Dimalaysia siap demand nk jumpa personaliti tertentu klu nk suruh keluar drp lahad datu...

    ReplyDelete
  8. Yg aku dgr tentang tembak - menembak ni orang Abu Sayyaf telah melepaskan tembakan dgn seorang anggota polis. yg Polis tu mati, yg pembunuh nya terlepas. . Itu cerita yg aku dgr la. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat dengar je takleh pakai...kena selidik betul2

      Delete
  9. Kalau skrg zmn komunis mgkin kita bole terima keadaan mcm ni diceroboh sbb mau mdnubuhkan pmrinthn sndiri tp kini kita ada PM n undang2 ada kh kita mahu undur ke bdlkg renung semula sejarah kita dan ambil iktibar

    ReplyDelete
  10. Kalau skrg zmn komunis mgkin kita bole terima keadaan mcm ni diceroboh sbb mau mdnubuhkan pmrinthn sndiri tp kini kita ada PM n undang2 ada kh kita mahu undur ke bdlkg renung semula sejarah kita dan ambil iktibar

    ReplyDelete
  11. Mereka telah. Dgn sengaja cuba melancarkan perang terhadap YANG DI PERTUAN AGONG DAN YANG DI PERTUA NEGERI SABAH.so...fikir-fikirkan ler.

    ReplyDelete
  12. Biasalah, banyak aksi fitnah memfitnah untuk menghangatkan lagi suasana pilihanraya sehingga tidak memikirkan bahawa Malaysia diperhatikan untuk dihancurkan oleh talibarut tidak berpenjanjian yahudi.....

    ReplyDelete
  13. Kalau lh mereka dgn sengaja mau perang dengan YANG DIPERTUAN AGONG maka mereka itu x ada hormat dgn sistem beraja di negara kita wpun kita megamalkan sistem demokrasi beperlembagaan sama lh juga mereka tidak akan hormat dgn sistem kesultanan mereka sendiri setelah mendapt apa yg mrk mahu lihat lh sendiri di dunia skrg kenapa tiada toleransi dlm perbincangan mereka sebagai pemerintah yang sama2 mengamalkan nilai murni keislaman.ini adalah pendpt saya semata kerana negara kita menerapkan nilai keislaman dlm apa jua perbincangn demi muhasabah diri dan bersama

    ReplyDelete
  14. Dan kenapa lh suka percaya dengan berita palsu kalu betul ada anggota polis yg tertembak knapa prlu di rahsiakan bagaiman perasaan keluarga anggota polis itu kalu bkn kerana mrk berjaga siang mlm lama suda mungkin brlaku peperangan.await tak tanyo dulu betui2 cito nyo kawe.....

    ReplyDelete
  15. Nak komen penulisan mr ex-vat69 kalau nak salah kan semua org atasan saja mcm mn org bwhan pula mrk pn tidak minta brlaku kes ini dgn kawalan yg ketat pun bole juga org asing masuk cuba anda renung mcm mn singapura jatuh di tangan jepun masa wwII wpn pihak britis telah meletakan struktur pertahan yang lengkap akhirnya jatuh juga singapura di tangan jepun begitu juga dengan pendaratan jepun di utara tanah melayu .nah....dari situ lh kita ambil iktibar jangan mare yer mr ex-vat69 anda tetap perintis kepada penyelesaian mslh komunis pada zaman anda terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan betul betul ex vat69 pun-..

      Delete
    2. TU BUKAN EX VAT 69 TU,, TU EX VETERINAR 69, SBB TU DIA KOMEN CAM TAK DER OTAK,,KALAU EX VAT 69 SEMUA BOLEH BERFIKIR

      Delete
  16. pertama tadi kena delete kah, kah, kah,
    kedua pun kena kena delete kah, kah, kah,
    ketiga pun kena kena kena delete kah, kah, kah,
    lihat yang ketempat ini pulak,
    kami tidak faham apa motifnya, penceroboh tanpa dokumen imigresen sah dengan bersenjata m16, pistol etc di LD pun tidak dapat untuk ditanggani dengan cekap dan cepat… tapi senator australia dengan dokumen imigresen sah cepat pula tindakannya untuk menahan… atau apakah malaysia suka kena ceroboh saja?… atau ada tekanan politik keatas pemerintah tentera daripada bertindak CEKAP, SENYAP, CEPAT?… jika komando indonesia atau singapura tidak tahu lah tindakannya…
    ini kira PATI juga, ikut peruntukan undang-undang imigresen perlu ditahan di pusat PATI… bukan dirunding agar keluar secara aman saja… nanti dibuatnya lagi atau dicuba pihak lain pula…
    sungguh memalukan pihak tentera dan anggota keselamatan saja ini kes… sehingga shahpaskal pun terpaksa delete / tapis ini entry… kah, kah, kah,

    ReplyDelete
  17. kalau tak tau cerita..tak payah buat spekulasi tak tentu hala. nak buat blog untuk suka kan hati sendiri tak payah lah. bengong

    ReplyDelete
  18. masa maunah dulu,,, jeneralnya hebat... itu yg cepat saje settle nya...

    masa lahad datu ini,,, dah berminggu bincang,,, memalukan sungguh!!!!!!

    ReplyDelete
  19. Janganlah nak komen ikut sedap buntut kau orang je. Pandai cakap askar dan polis tak buat kerjalah, pergi enjoyed kat Phillipine lah. Ini baru satu isu keselamatan, banyak lagi yang ko orang tak tahu, askar dan polis dok tangani. Kalu mereka tiada dah lama ko pun tak boleh dok senang. Silap-silap bini, anak dan mak ko pun kena rogol dan rompak. Cakap senanglah, rumah ko yang berpagar tu pun perompak boleh masuk, ko ingat senangke nak jaga perairan negara yang bergitu luas, bukannya kecil macam telur ko. Muka mereka pun bukannya ada Cop penyangak semuanya sama macam muka ko muka jawa atau orang sabah. So kalu nak bercakap pakai le otak. Kalu yang komen ni askar pencen pun ingat tolong ingat , masa dulu masalah bukan macam ni. So biarkan pihak yang berkenaan jalankan tugas. Bukan minta ko yang datang sini beri bantuan.

    ReplyDelete
  20. Apapun terima hakikat, kawalan keselamatan sgt longgar zaman komunis blh terima lagi sb kurang kelengkapan canggih tpi ni dah lama merdeka..Jln darat dri Twu ke KK sgt jarang cheking apa tdk mudah bolos penyeludup/pengganas/penjenayah. Bila ada kjdian bru nak itu ini. Musuh dah didlm.Dulu ada pndftaran pkrja asing oleh majikan sb akan adakan operasi besar-besaran siapa yg tdk daftar hntr blik k negara asal.Mulanya ada tpi lepas tu senyap.Sya setju ex69 walhal tentera dulu gaji tak seberapa tpi semangat juang tinggi nk hubungi kluarga terpaksa guna surat itu berminggu-minggu bru sampai sb tdk hp. Pengorbanan yg cukup tinggi.Apa tgs PGA( dipulau ), Maritim, Kastam, TLDM kan jaga kwa laut..dri penyeludupan n pencerobohan,tk apa klu 1,2 yg bolos.tpi di LD ratus..ramainya..sbenarnya byk lgi hal2 pihak keselamatan tdk tahu nun di rumh kongsi ladang-ldg di Malysia ni sebab jarang buat serbuan...

    ReplyDelete
  21. Di Tanjung Labian, LD tu kan ada pos PGA dekat pantai sejak dulu lagi..n..kws sekitarnya spt felda byk Polis Bantuan...apa silapnya..mgkin penceroboh tu tunggu bubar Parlimen agaknya..tau tunggu BRIM seterusnya. Apa pun moga Allah lindungi ryt sabah n pasukan keselamatan kita dri sebarang perkara yg memudaratkan...

    ReplyDelete
  22. masih menunggu, siapalah yg dgn sukarela mengakui kelemahan memerintah ATM hingga berjaya dicerobohi oleh rakyat luar dan bersenjata. lahat datu bawah seliaan siapa? pengawal kesultanan sulu yg tidak terlalu cekap dgn strategi ketenteraanpun mudah menyusup masuk, bagaimana jika tentera negara asing yg lebih canggih & sgt taktikal? panglima darat? panglima laut? panglima udara? masih diam kenapa?

    ReplyDelete
  23. Mudah2an Allah selamatkan tentera kita. Kepada yg komen nak cari isu dan salah orang, lebih baik diam dan doa tentera kita dilindungi. Itu lebih baik daripada menambah hitam pada hati. Tentera kita yang terbaik. Kalau bukan kita yang sokong dengan moral dan doa, takkan nak tunggu orang Singapore tolong doa.... Ini tanah air kita, have some good national spirit la..... Shame on you.

    ReplyDelete
  24. Orang nak buat jahat, tak rancang perbuatannya dalam seminit dua. Inikan pulak nak rancang untuk ceroboh perairan negara lain, perancangan dah dibuat berbulan2, dah kutip maklumat bila tentera kawalan disempadan bertukar syif, di mana lompong-lompong yang wujud ketika pertukaran syif tersebut. Mana tempat yang boleh dibolosi, mane tempat yang bahaya utnuk diceroboh. Semua tu ambik masa berbulan-bulan la. Sekali kita terleka, musuh ambik la kesempatan tu. Tentera bukannya robot boleh berkawal awasi setiap penjuru pantai Malaysia 24 jam tanpa henti. Fikir logik la sikit...

    Pearl Harbour yang canggih dan menjadi pengkalan tentera laut Amerika dulu pun boleh di bom dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, ingat tu perancangan tentera jepun dalam seminit dua minit ke? Spy musuh negara Malaysia ni berada dimana-mana je, bukan ada tertulis kat dahi mereka pun. Kalau ada, senang nak kenal, peristiwa kat Lahad Datu tu pun takkan berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...bila bg peruntukkan lebih kat army...pembangkang gak yg bising, kata nak berperang ngan sapa...sekarang da terbukti anasir jahat boleh menyusup masuk...peralatan kita kena la selalu up to date baru boleh kesan...ni asyik nak bangkang mcm longkang jer

      Delete
    2. Keje orang dalam nih..dipanggil diversion..sebab tuh tak dapat kesan awal..orang dalam tuh sendiri merupakan orang besar dalam bahagian keselamatan di sabah..

      Delete
  25. Jangan lupa 4 bekas orang kuat ATM dah masuk pembangkang .Nak salahkan siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 09:49: PENDAPAT AKU LER , KITA NAK SALAH KAN SIAPA YER,,, AKU SALAHKAN DIA ORG LER SBB DIA ORANG TU KECEWA TAK DAPAT KONTRAK DAH BERAPA RAMAI PAK PAK JENERAL DILAHIR KAN OLEH HANYA 4 EKOQ TU JE YG JOINT PR, SBB DAH TAK LAKU TANDATANGAN DIA ORANG TU, HAHAHAHAHA

      Delete
    2. 0949, u ada anak tak? semua anak u akan baik dgn u , mesti ada yang kecewa dengan u tul tak? sbb asyik minta duit kat u, bila u tak bagi n tak layan sure ada yg menetang u hahahaaah padan muka u? renung2 kan lah, ader ler dalam 4 ekoq tu, tak layak di gunakan title pangkat dia slepas berhenti, tapi digunakan jugak, arahan simple camtu tak leh nak ikut, camna nak ajar orang lain nak ikut dia renung2 kan lah wahai 0949

      Delete
  26. Ala...kat US punye tere security pon tiap-tiap minggu ada je orang tembak menembak secara rambang..setakat kat Mesia ni sekali dalam tempoh 4-5 tahun kira OK la..

    ReplyDelete
  27. apa pon komen korang di atas...tiba masa sudah pembangkang dan kerajaan bersatu...insiden di lahad datu satu amaran besar pada kerajaan malaysia bahawa kita sibuk mau menang politik sehingga keselamtan negara kita terabai...apa lagi orang asing yg sudah lama intai peluang ambil kesempatan memporak porandakan kawasan yg tidak di jaga....kalau sekadar cakap tak apa ini siap dengan mesin gun, m16, pelancr roket dan banyak lagi senjata berat lain yg kemungkinan disorokkan...bukan menakut..nakut. tp siapa
    rasa pencorobohan in tidak terancang...

    ReplyDelete
  28. Knapa lh u org suka tunding2 jari ni asyik salahkn anggota kselamatan jer kalu x de diaorg mcm mn dgn tidur u all tenang ker u all ssedap2 tido mrk brjaga sampai ayam brkokok lps tu bla ade slack ckit trus ckp x cekap n lalai

    ReplyDelete
  29. Tak hairan juga kalo warga asing tu bole msuk sbb dpt info dr org dlm sedara mare diaorg pn ramai gak kat sna n brapa ramai jgk warganegara sndiri yg brsedara dgn mrk bla dh kawin dgn bkn warganegara itu lh point mrk keadaan di sabah ni lbh lenear kalo bnding dgn swk n smnjung u fikir lh sendiri yer

    ReplyDelete
  30. Kalu nak tangkap pencuri kna brfikir mcm pncuri kalu nak usir org yg menceroboh kena lh brfikir mcm penceroboh bru bole cr jln pnyelesaian......jgn asyik kata anggota kselamatan x cekap dlm tugas tabik spring!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak dapat d nafikan yang pihak berkuasa telah menangani segala kemungkinan akan berlaku kat sabah. salah satunya dmana pihak berkuasa telah berkali kali membuat serbuan d sektor perladangan swasta dan sebagainya, kalo kita ikuti siaran tv, hampir setiaphari ada saja tangkapan yg d lakukan oleh pihak berkuasa, yg mana mereka mereka yang d tangkap adalah pekerja asaing yg tiada dekomen sah yang mana mereka ini datang kesabah hanya untuk berkerja dan tiada membawa apa2 senjata, atas kecekapan pihak polis negara mereka tidak dapat bersembunyi atau d sembunyikan walau seorgpun darimereka tersebut dalam masa yg terdekat mesti pihak berkuasa dapat mengesannya. jadi satu tanda tanya dan persoalan yang tidak dapat d jawab ialah, dengan kedatangan seramai lebih dari seratus org yang mana lengkap dengan senjata berat yg telah mencoroboh ke perairan lahad datu dgn senang membolosi tanpa d kesan lebih awal oleh peralatan canggi kita nih.... apa cerita??? pelik kan.

      Delete
  31. bagi lah ba komen komen yg sedap d baca..heee..luas ba laut sulu itu kee..semua mahu salh kn petugas..heran22

    ReplyDelete
  32. Semua ni salah si najip bugis tu pandai pandai atur orang pilipin nak naikkan saham sendiri da nak dekat praya. Runding tak smpai sebulan da bole sign agriment konon pandai sangat. Dr m n pk lah pun da lama atur tak juga dpt sign aggrment pasal bukan senang. Yg dia najip bugis ni atur dgn 1 pihak milf da sign apa barang napa tak runding dgn soma yg brkpntingan d situ. Wilayah ni bukan kecik bukan milf je yg brkpntingan. Mnlf abusayyap sultan sulukk n yg lain2 mana najip letak . Last2 negara tergadai akirnya
    naa rasakan kita urang sabah. Ni semua angkara pk najip ni. Dia mana ambik kisah sangat sabah ni kalu trlepas pun dia bukan tinggal kat sabah.. Naa rasain goyangannya pak..

    ReplyDelete
  33. Nak sya ingat walaupun saya ni dulu nenek moyang asal urang suluk tak la juga brniat mau kmbalikan sabah ni kat pilipin. Jangan ingat semua urang pilipin yg dpt ic d sabah ni mau blik pilipin. Yg tak dpt ic pun tak mau blik pilipin. Durang lg slesa d sabah. Taat stia ttap dgn sabah.

    ReplyDelete
  34. Ini kalila tukarrr

    ReplyDelete
  35. Situasi skrg ni tak de kena mengena dgn politik.ni isu keselamatan. korang ingat klu keselamatan negara terancam korang bleh berpolitik lagi ker.Berpijak ler di bumi yg nyata.

    ReplyDelete
  36. kita tidak boleh salahkan pihak keselamatan, mereka sudah buat yang terbaik. harus dipikirkan juga keadaan di sabah banyak betul pendatang@sukusakat lanun ni, jadi mudahlah lanun2 ni menyelinap msauk ke sabah.

    ReplyDelete
  37. Kamu ni bercakap ja berani macam sial, meh sini la dtg sabah, daftar jadi sukarelawan p perang atau p barisan hadapan. Ada berani?

    ReplyDelete
  38. Apa gadoh-gadoh ni.Dah ada ke orang mati kat Lahad Datu tu.Dunia luar menyanjung kita kerana berupaya untuk menyelesaikan masaalah,ni kita sama-sama bertekak menyalahkan PK.Sebenarnya insiden ini tidaklah begitu serious saperti yang digembar-gemborkan.Kalau nak tahu sebab utama sila tanya Tian Chua dan AI.Orang Sulu ini hanya datang untung mentagih janji daripada orang-orang yang telah berjanji pada mereka..tuan-tuan tekalah siapa.

    ReplyDelete
  39. X de nak gaduh2 tp yg buat komen tu yg tulis ikut sedap mulut duorg ja ptama sya sampai d sabah 10 yrs ago trkejut sya mcm agak jauh ketinggalan bnding dgn tmpt sya skrg bru nmpk ada changes but still way back from other state.bla jln2 dbndr nya rasa mcm d negara lain cuma d kk ja rsa mcm d sabah macam di KK.bla lg bhgn lain d sabah ni btl2 mcm d sabah cuba tlg ulaskan.terima kasih

    ReplyDelete
  40. video d atas,, ada pergaduhan antara anggota polis dengan penjual2x d pasar LD.... anggota polis kena belasah...

    ReplyDelete
  41. sudahlah bha kamu kasian !!

    ReplyDelete
  42. sudahla bah kamu ni...yg bertekak tu urg2 di pembangkang semenanjung bha, dorg tu mau komplen saja kerja durg...kita di sabah ni mesti bersatu hati...bukannya tu urg2 pembangkang mau tulung kita bah. Nasib baik ni askar sama polis ada...kamiurg sabah ni sanggup berjuang klu dipanggil. Tu sana penyokong2 pembangkang, kamurg ingat durg mau tolong kita kah? sorry lah kawan...cakap saja kasi salah sana sini...ada dia mau turun lahad datu kasi semangat askar kita? puiiii...sorry lah kawan...baik lagi tu kita punya kawan2 iban2 & dayak sana sarawak...sanggup mau turun tolong kita...

    ReplyDelete
  43. itu aku sokong.....kita sebagai anak jati sabah mesti bersatu....pihak pembangkang suka2 ja komplen keja polis & ATM....ketua kamu lah ni punya keja c anwar.....sial punya anwar sabah aman jd huhr hara.....p la minta USA...nda bha ni....

    ReplyDelete
  44. itu aku sokong.....kita sebagai anak jati sabah mesti bersatu....pihak pembangkang suka2 ja komplen keja polis & ATM....ketua kamu lah ni punya keja c anwar.....sial punya anwar sabah aman jd huhr hara.....p la minta tlong USA...nda gentar bha ni....

    ReplyDelete
  45. cukuplah kita ni saling menyalahkan. ingat2 lah kat saudara mara kita yang bergadai nyawa dengan senjata untuk menjaga keamanan negara. hal ini bukan main2 kerana melibatkan nyawa manusia. mungkin mereka2 (pdrm & atm) ini ahli keluarga kita. jika perang, bukan sehari sahaja dapat selesai. ia akan menggugat seluruh bumi Malaysia. masa ini sepatutnya kita memberi sokongan padu pada mereka. doa2 yang ikhlas semoga mereka selamat disana. bayangkanlah :- jika anda adalah ibu bapa yang kehilangan anak,isteri yang kehilangan suami, adik yang kehilangan abang, abang/kakak yang kehilangan adik, anak yang kehilangan bapa, saudara anda yang kehilangan pasangan kerana terkorban disana. anada juga kena insaf kerana jika kita kehilangan mereka, negara juga telah kehilangan wiranya. tiada guna kita bergaduh dan berpolitik, ayuh kita sama-sama bersatu memberi sokongan kepada barisan polis dan askar kita untuk terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini. ingatlah wahai saudara-saudara ku se Malaysia : BERSATU KITA TEGUH, BERPECAH KITA ROBOH. Syukurilah segala keamanan yang telah kita kecapi selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..suma xabih2 dgn politik..

      Delete
  46. Pencerobohan oleh tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah membuktikan terdapat kebocoran atau ketirisan oleh pasukan polis dan angkatan tentera malaysia. Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun pengorbanan anggota polis dan tentera yang terkorban untuk agama, bangsa dan negara wajib disanjung tinggi serta dihargai. Tanpa mereka kita rakyat malaysia tidak dapat hidup aman dan tenteram serta selamat. Al Fatihah utuk anggota polis yg terkorban.............

    ReplyDelete
  47. sembang lebih korang ni...angkat senjata laaa...berani??? x berani senyaappp....

    ReplyDelete
  48. share dari salah seorang bloger, kenali sejarah kita.. (http://bit.ly/XONhwC)

    ReplyDelete
  49. Aku Hamba Allah - Muhammad Haq4 March 2013 at 21:17

    Itu rakaman 2009 lah. Jgn buat fitnah tahu nya.

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum, jangan kita tuduh sewenangnya wira yg sedang mempertaruhkan nyawa untuk negara. adakah kita thu kesulitan yg dialami oleh wira2 kita samada mereka berdepan dengan penceroboh atau askar2 terlatih dn hebat dalam taktik perang dari sulu..

    ReplyDelete
  51. macam mna durang rakam...sdangkan masa tue tgah kacau gtue...

    ReplyDelete
  52. macam mna durang bley rakam sdngkan masa tue tgh kacau gtu.....pelik sungguh nampaknye...

    ReplyDelete
  53. Kalau sekadar nak tuduh yg bukanx tu memang mudah. Nak jaga ayam sereban pun sahabat yg cakap pandai tu belum tentu lagi. Persisiran pantai laut sabah tu agaknya berapa ya? Saya tahu jwpanya cuma nak dpt tahu dr yg pandai cakap. Kalau dibariskan seluruh penduduk sabah yg ada pun takkan dpt kawal sepenuhnya. Jgn sewenangxnya nak lucutkan pkt dan jwtn org. Kalau gitu gayanya org yg pandai cakap ni kerabat sultan sulu lahanatlah ye. Anjing pun kenal tuan yg beri dia makan. Saya ingat dia tu lebih teruk dr anjing. Mungkin babi kot.

    ReplyDelete
  54. Dalam korang semua dok kutuk dalang lahad datu adalah ketua pmbangkang korang sedar x mereka tu semua ada ic..??? siapa yg bg ic klu bkn Mahathir laknatullah...? lg satu org yang istihar dirinya Sultan Sulu adalah Ketua Umno Di sana....pelik bukan...??? so marilah kita guna kepala lutut saja nk pikir bnda ni x pyah lh nk guna otak...klu otak pnuh isi xpe la cuma tkut pnuh dgn taik jer....BN suka sgt klu ada yg sokong dia sbb dia tahu msih ramai rakyat yg masih bodoh rupanya....

    ReplyDelete
  55. anak2 sabah bersatu kita semua! kalau ada pengganas itu ahli UMNO itu maksudnya diorang itu musang berbulu ayam! ramai juga orang masuk BN tapi sebenarnya sokong pembangkang!

    ReplyDelete
  56. sedapnya Anonymous9 March 2013 09:27 cakap orang lain laknattullah..... bawak mengucap bro.... sekali kita menjatuhkan taraf yang tak baik pada orang lain kelak akan ada orang lain yang akan menjatuhkan taraf yang sama pada kamu. Itu urusan ALLAH dan hanya Dia yang mengetahui.

    ReplyDelete
  57. perang menentang kominis dari Tenku muda hingga dia meningal.berpuluh puluh tahun tau tak.Chin Peng pun nak jadi PM.Kalau mereka perintah tentu takada UMNO,PAS,PERIKATAN.......takda-lah Razak, Husain, Mahadir.......Yg ada PKM

    ReplyDelete
  58. Perang orang dulu-dulu memang tak di-nafikan.

    ReplyDelete