Terkilan dan kecewa juga dengan kenyataan media oleh
Lt Jen Ghafir (Bersara), bekas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) pada 23 Jan
2013 yang disiarkan melalui YouTube bertajuk “Bekas Jeneral Kecewa Prasarana
ATM” kerana bukan sahaja kenyataan beliau boleh menimbulkan persepsi negatif
warga dan bekas tentera termasuk di kalangan rakyat terhadap Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kerajaan
memerintah malah disebabkan oleh pilihan beliau untuk berada di pentas pembangkang.
Tonton video dibawah:
Sebenarnya, beliau mempunyai banyak opsyen lain untuk malahirkan rasa
ketidakpuasan hati. Mengapa dan kenapa pentas pembangkang menjadi pilihan??
Entahlah......!!! namun ada juga beliau tersasul....."semasa saya menjadi Timbalan
Perdana Menteri....." Tutur lidah lebih pantas menterjemah gema hati
(niat) mengatasi pemerosesan minda (otak)hehehehe!!!!!! Kenyataan beliau
mengenai kedaifan kem tentera dan peralatan serta kelengkapan ATM seperti yang
dibangkitkan adalah merujuk semasa era beliau selaku TPTD.
Pada ketika itu
sememangnya ATM menghadapi kekangan peruntukan untuk perolehan
peralatan/kelengkapan dan prasarana kem kerana peruntukan tersebut terpaksa
disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup warga ATM seperti perumahan dan
kebajikan. Dalam era yang sama, ATM telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya
berjaya untuk PKM dan PKKU melaksanakan perletakan senjata dan dalam misi
keamanan sejagat di bawah panji-panji PBB dengan melibatkan lebih ramai warga
ATM.
Komitmen ATM ini telah menghasilkan produk "keamanan" yang
seluruh rakyat kecapi sekarang malah mendapat pengiktirafan PBB dan masyarakat
antarabangsa. Perubahan masa telah membawa pelbagai transformasi permodenan ATM
dalam pelbagai aspek meliputi perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana ATM
termasuk aspek kebajikan bekas tentera. Pelan transformasi kerajaan telah
memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ATM secara menyeluruh.
Kerajaan kini terus komited memastikan agar ATM sentiasa menjadi tonggak
pertahanan negara yang kredibel bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan
negara.
Justeru, warga dan bekas tentera diseru untuk memberi sokongan
sepenuhnya terhadap kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta Government of the Day
malah tidak mudah dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam usaha pembangkang
menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera. Kesimpulannya,
hanya kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera.
Sokongan undi anda kepada BN sempena PRU 13 nanti adalah satu pilihan tepat
yang mempamerkan nilai tinggi kebijaksanaan anda.
Sumber: Merapu Sakan
Terdapat PULUHAN lagi jeneral-jeneral bersara yang pernah berkhidmat dengan ATM dari era 70 an hingga 90 an dan ada yang masih hidup. Namun, tidakkah anda berasa pelik kerana mereka tidak pula membuat kenyataan-kenyataan seperti Datuk Ghafir yang seolah-olah menyalahkan kerajaan/ATM/KEMENTAH walhal beliau sedar kekangan kewangan yang dihadapi pada zaman beliau berkhidmat?
Mengapa pula beliau tidak bercerita mengenai RATUSAN malahan RIBUAN kejayaan ATM termasuk proses permodenan drastik termasuk persenjataan, modal insan, prasarana termasuk aspek kebajikan untuk ATM sejajar dengan perkembangan semasa? Come on la Datuk, mengapa mahu bercerita pada zaman Datuk di Namibia puluhan tahun dahulu, sedangkan Datuk tidak pula bercerita mengenai kejayaan semasa termasuk keistimewaan ATM sekarang?
Dalam pada masa 'kesusahan' ekonomi negara pada tahun 70an dan 80an, saya difahamkan melalui rakan-rakan seperjuangan, Datuk diberi peluang untuk menyertai kursus di luar negara seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat. Peluang seperti itu amat sukar diperolehi oleh mana-mana pegawai tentera lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Apa yang jelas, ATM akan sebaik mungkin akan memberi peluang peningkatan kerjaya kepada anggotanya tidak kira sesukar manapun keadaan ekonomi negara.
Apa yang Askar Setia cuba sampaikan ialah marilah kita sama-sama bersikap adil dan tidak menghukum dan mengadili sesebuah organisasi sesuka hati. Mungkin Datuk sedar bahawa ATM jauh lebih maju sekarang namun, demi perjuangan dan sokongan Datuk kepada parti-parti tertentu, Datuk seolah-olah menafikannya. Mereka (orang-orang politik pembangkang) hanya mahukan kenyataan dan sokongan daripada bekas top brass seperti Datuk dan tidak lebih dari itu.
Menyertai mana-mana parti politik terutamanya selepas menamatkan perkhidmatan adalah hak individu dan tiada halangan mengenainya. Namun, mari kita sama-sama ingati sepucuk perjanjian yang pernah Datuk tandatangani sebelum menamatkan perkhidmatan.
Rekod perkhidmatan Datuk saya percaya amat cemerlang, tetapi usahlah cemarinya dengan bersengkongkol dengan puak-puak politik tersebut.
Dalam pada masa 'kesusahan' ekonomi negara pada tahun 70an dan 80an, saya difahamkan melalui rakan-rakan seperjuangan, Datuk diberi peluang untuk menyertai kursus di luar negara seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat. Peluang seperti itu amat sukar diperolehi oleh mana-mana pegawai tentera lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Apa yang jelas, ATM akan sebaik mungkin akan memberi peluang peningkatan kerjaya kepada anggotanya tidak kira sesukar manapun keadaan ekonomi negara.
Apa yang Askar Setia cuba sampaikan ialah marilah kita sama-sama bersikap adil dan tidak menghukum dan mengadili sesebuah organisasi sesuka hati. Mungkin Datuk sedar bahawa ATM jauh lebih maju sekarang namun, demi perjuangan dan sokongan Datuk kepada parti-parti tertentu, Datuk seolah-olah menafikannya. Mereka (orang-orang politik pembangkang) hanya mahukan kenyataan dan sokongan daripada bekas top brass seperti Datuk dan tidak lebih dari itu.
Menyertai mana-mana parti politik terutamanya selepas menamatkan perkhidmatan adalah hak individu dan tiada halangan mengenainya. Namun, mari kita sama-sama ingati sepucuk perjanjian yang pernah Datuk tandatangani sebelum menamatkan perkhidmatan.
Rekod perkhidmatan Datuk saya percaya amat cemerlang, tetapi usahlah cemarinya dengan bersengkongkol dengan puak-puak politik tersebut.
Soalan saya...
APA SEBENARNYA HAJAT DAN AGENDA SEBENAR DATUK?
Sdr,
ReplyDeleteSaya rasa biarlah beliau bersendirian kerana kali terakhir berjumpa beliau kurang sihat dan jalan bertongkat.Mengenali beliau semasa dalam perkhidmatan di mana adalah jenis pendiam dan kuat beragama,mesra ,mempunyai prisip semdiri.Kita tidak tahu apa masaalah beliau dan ada kemungkinan beliau membandingkan diri beliau dengan rakan-rakan setaraf beliau yang berjaya memegang jawatan tinggi sebagai pengarah syarikat dan sebagainya.Salam
Apa ada masalh. Hanya ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk negara. Lu askar setia pak turut suka hati lu la. Lu ingat lu hebat ke? Apa lu ada bantu untuk ramai pesara yang kais pagi makan pagi tu? LTAT buat kerenah lu diam sahaja... sudah la lu wataniah. Ghafir tu dah jadi jeneral awak sampai kat mana? poraaaah la.... lu>
ReplyDeletememang masalah la magkok.pesara kais pagi mkn pagi???? lu g slidik la dulu mangkuk apsal diorang jadi mcm tu? yang berpencen x de masalah pun...poooraahhh chit lu
DeleteBagi saya - jeneral ni tidak bersalah. Kerana melalui kenyataan beliau, terdapat point2 yang perlu diambil kira. Cuma platform yang yang beliau ambil untuk menyuarakan akan pandangan dan pendapat beliau tentang permasalahan yang wujud dalam pentadbiran ATM etc etc adalah salah sama sekali.
ReplyDeleteKemungkinan Besar masalah yang wujud sewaktu beliau masih berkhidmat sudah pun selesai oleh Pentadbiran ATM sekarang.
Cuma disini jelas nampak, jeneral ini diguna oleh 'Politician' untuk sesuatu tujuan yang tidak baik.
Saya rasa ini general ada masalah saraf kot
ReplyDeleteLu orang ingat ini jeneral bodoh ke bolih kasi orang gunakan dia seperti lu orang yang buta hati macam askar setia wataniah ni.
ReplyDeleteItu scorpene comission apasal diam, itu puspahanas apa pasal diam, itu beli heli ec 725 yang sekarang grounded seluruh dunia apasal diam.
Askar setia lu jangan lupa kalau tak ikhlas bikin ini blog satu hari nanti lu terima balasan dari Allah. Yang jadi anon menyalak lu pun terlibat sekongkol cari dosa kering sama.
Itu shahrizat bela lembu pun lu diam, mahathir kasi itu ic pun lu diam-ini lagi bahaya bagi keselamatan negara. Gua ingat lu ada masalah urat saraf ma...
apa yang ko menyalak ni syaitan??? lu jenis x tau ujung pangkal tau2 nak nyalak je. ec 725 grounde???? gua ingat lu ni ec725 pun x tau apa benda. lu g kuantan la tanya org kuantan apa itu ec725. bila dh tau nanti bru la tulis statement kat sini.pandai2 je kata grounde...pooorrraaaahhhh.........
Deleteklakar ec725 grounded.baru je dapat xkan dah grounded..setahu aku la pusat latihan samulator kapal tu baru je siap di subang..xtaw la dah operasi ke x..xkan la heli tu nk terbang gtaw kat ko lak..hahaha..
DeleteAnon 8.19.
ReplyDeleteJeneral ini tak bodoh sebab saya pernah berkhidmat dengan beliau,mungkin beliau ada sebab tersendiri mengapa beliau bertindak sedemikian.Tetapi yang menampilkan kebodohan adalah sdr sendiri mebentangkan hujah yang tanpa bukti sahih yang berunsur fitnah.Perkara-perkara yang sdr kemukan telah banyak di perkatakan olih pihak tertentu tapi bila suruh tunjuk bukti,gagal dan adakalanya memakan diri sendiri.Elakka diri daripada mendengar dari Third Person atau Hearsay evidences kerana ianya adalah double edge weapon.Kalau saya kata saya mendengar khabar dari jiran sdr iatu sdr ini bodoh sombong dan lopong,adilkah kalau sdr marah saya.Fikirlah sendiri,jangan terlalu emotional di dalam memberi pendapat.T/K.
ang sembang kemaih la woi
Delete"Yang jadi anon menyalak lu pun terlibat sekongkol cari dosa kering sama.
ReplyDeleteItu shahrizat bela lembu pun lu diam, mahathir kasi itu ic pun lu diam-ini lagi bahaya bagi keselamatan negara."
Lu punya saham dosa tak kira sekali ka? gua rasa bukan website ni je lu cite pasal hal ni, kalo ada 1 ribu orang baca komen lu, pastu sebar lagi 1 ribu, bayangkan saham dosa lu. Lu kalo nk nasihat orang, nasihat diri lu dulu. Ubah diri dulu. Orang munafik je yang ckap xsupe bikin. Lu jgn la nak kaitkan sape2. Gua sekolahkan lu sekarang ni, Lu tahu kan hukum fitnah (kalo bg maklumat salah) dan hukum mengumpat (kalo sebar aib orang). Gua pergi la tanya mana2 ustaz. Kalo lu rasa gua ckap salah, lu pg la refer mana2 ustaz ke, ulama ke. Gua xkesah mana2 ulama atau ustaz yang lu refer, Sekang ni, gua nasihat lu g la taubat. Gua pon kena taubat gak. Semua orang kena taubat. Lu jangan riak lak, sampai xnk cari kebenaran apa yg gua sekolahkan lu ni.
Anon 21.28,
ReplyDeleteSdr ini kalau bukan Islam sudah tentu saya tuduh Cina DAP yang menyamar tetapi olih sebab tahu pasal dosa,munafik dan fitnah,maka saya masih beranggapan sdr ialah saorang Islam.Siapa yang fitnah siapa di sini.Sdr bukalah mata dan pasanglah telinga dan cari kebenaran yang sahih.Masaalah Dosa dan Pahala adalah ketentuan Allah.Sdr terlalu banyak baca Harakah di mana maklumat yang betul adalah masa-untuk bersolat dan yang lain,tak payah nak cerita.Saya malas nak huraikan komen sdr mangenai Sharizat bela lembu atau Mahathir bagi IC kerana orang yang berfikiran waras dan tidak tertutup minda telah pun mengetahui kedudukan sebenar.Dari komen saudara ada kemungkinan sdr ini ahli satu parti yang suka memunafikan dan mengafirkan sesama Islam.Saya langsong tak bersetuju untuk mencadangkan sdr bersekolah atau mengaji dengan Ustaz-Ustaz yang sdr minati sekarang kerana mereka mungkin akan menyesatkan fahaman sdr.Mengenai riak,siapa yang riak di sini,yang menjadi riak ada lah sikap anda menuduh orang lain munafik dan berdosa.Sifat riak adalah ikutan partiPAS yang sering menunjuk.-nunjuk yang mereka lebih alim daripada orang lain sampai sembahyang di tengah jalanraya[depan DAP Hq di Ipoh],sembahyang dalam air di Ampang[macam semua kwsan di tengelami air] dan baru baru ini sembahyang berlainan kiblat di tempat yang sama.Sdr ini hendak dikatakan Sewel,nampak bagus,nak dikatakan biol,bolih menulis,nak katakan bangang tapi ada otak dan katakan sasau bolih lontarkan fikiran,mungkin satu sahaja yang sesuai LOPONG.
Dunia ini sementara. Boleh jaga tepi kain org tapi jgn suka2 selak. Mengata dulang paku serpih, mengata org kau yg lebih. Tuhan lebih tahu isi hati dia. Yang ko merepek meraban, tak pasal2 guna nama askar setia. POYO.POYO.POYO.
ReplyDeleteApakah sumbangan anda pada agama, bangsa dan negara. Jawapannya bukan dengan realiti tetapi dengan HATI...!
Anon 13.14;
ReplyDeleteTak payah sdr tanya orang lain mengenai sumbangan kepada bangsa,negara dan Agama,tanya diri sdr dahulu samaada sdr telah melaksanakan tiga perkara itu.Cakap memang senang tetapi untuk melaksanakannya bukan semudah itu.Orang yang benar-benar telah melaksanakannya tidak akan berlagak riak saperti sdr lakukan.
apa itu sharizat angkat RM 250 juta itu fitnah ka? Itu Mahathir bagi ic untuk PATI itu fitnah ka? Lu buta hati dan mata ka. Itu komisyen kapal selam tipu ka? Apa kedudukan sebenar nya? tolong la bro bagi pencerahan? jangan kalau org cakap mirip party yang lu tak suka itu orang ada masalah.... pegi la tui........ mentaliti kaki ampu macam askar setia wataniah.... apa lu punya standard macam mat zahid tarak standard... hehehe lu tahu bahasa cina lama ka.... lan cheow........
ReplyDeletelan cheow lu la.....sembang mcm lu ada kat tempat kejadian je. belah la woi. lu punya standard level sembang kat kedai kopi kg masa ujan. nak balik takut basah,so tunggu je la degar lu punya sembang
Deleteni la mentaliti kelas ke3..
Deleteko dengar sume tu dari sape?? tak 3rd party gak kan???? same jela ko ni....
DeleteSdr,
ReplyDeleteIni lah masaalah kalau sasorang itu sangat taksub dan jumud pada satu-satu pihak.Jika kenyataan itu tidak menyebelahi pihak sdr,sdr mula gunakan bahasa kesat sampai bahasa Cina LANCHEOW.Ini lah salah satu tabiat pihak yang menyokong pembangkang selain dari membuat komen luar dari topik yang dibincangkan.Sebagai saorang Melayu dan beragama Islam saya ingin menasihatkan sdr yang saya jangkakan status yang sama supaya gunakanlah kelebihan sdr mengendalikan arus media ini dengan membaca tulisan yang disertakan fakta yang sahih dan buat penilaian samaada ianya benar atau hanya untuk mengujudkan persepsi salah.Ingin saya nyatakan di sini bukan semua orang yang membuat komen di sini adalah penyokong kerajaan,ada yang lebih kritikal tapi mereka tidak mempamirkannya saperti yang sdr lakukan kerana ianya akan menyerlah kebodohan sendiri.Untuk pencerahan yang sdr mahukan secara ringkas saperti ini.Bukan Sharizat yang angkat duit itu tapi suami beliau yang buat PINJAMAN dengan kerajaan.Bila Mahathir bagi IC pada PATI,sila ikuti perjalanan RCI yang berjalan sekarang,Semua keterangan yang diambil dari saksi mengaku mereka lakukan jenayah ini atas kehendak sendiri dan kerana wang dan kebanyakkan mereka adalah bekas tahanan ISA.Untuk isu kapal salam ianya terlalu panjang dan saya beranggapan sdr berkawan dengan pihak pembangkang,silalah dapatkan butir-butir kenapa SUARAM senyap sekarang.Saya tidak setuju yang sdr merendah mertabat administrator blog,kalaulah serendah itu yang mentalitinya,saya rasa komen sdr tidak disiarkan.Serupa juga dengan Zahid Hamidi,sekurang-kurangnya beliau saorang menteri dan ada pengikutnya kalau nak dibandingkan dengan sdr.Eloklah sdr berhati-hati apabila membuat komen kerana komen sdr akan dibaca dan orang lain akan memberi komen balik yang mungkin menyakitkan.Saya berpendapat sdr ini bijak tapi emotional,tapi tak mengapa ini adalah naluri maanusia biasa.
apa yang Dato Ghafir cakap ada benarnye..Hanya beliau berubah menjadi lebih beriman terus pancung tak dapt jadi PTD dan PAT..kesian.
ReplyDeletePrasarana kediaman dan kem-kem lama memang menyedihkan..rumah-rumah Gurkha pun ada lagi digunakan...
Nak repair atau buat baru...bajet ciput.
Hospital zaman British yang uzur pun terpaksa guna lagi walaupun dah BER...sedih-sedih.
Kalau tak tau cerita sebenar jangan speculate.Ada juga beberapa Jen yang beriman kenapa mereka jadi PTD dan PAT.There are reasons why he cannot go further in his service.Kita hanya merancang,ALLAH akan menentukan.Kalau rezeki beliau setakat itu janganlah tuduh melulu yang beliau dipancung.You admit budget ciput but then you criticized the deplorable states of old camps.Nevertheless MINDEF is trying to do their best in acquiring more allocation,and recent years we observed lots of improvment.Have you been to Lumut Naval Base and visit the Armed Forces Hospital,Tengku Mizan Hospital in Wangsamaju and even 94 HAT is under renovations.So I think passing a general statement on the weakness of the Armed Forces is not fair at all.You can criticized as much as you like but credits should be given when it is due
ReplyDeleteAnti DAP n Singapore's PAP selamanya..
ReplyDeletesokong...
DeleteKah kah kah...
ReplyDeleteAku tak tau siapa betul siapa salah...
Yang bagi komen samada yang pro atau con makin menambah serabut...
Maka aku gelakkan kedua-duanya sekali lagi...
Kah kah kah.
Anon 11.31
ReplyDeleteMemang benar kata sdr, sebab saudara letakkan anugerah Tuhan yang berharga itu,otak di kepala lutut.
Bro...mana Ada EC 725 grounded...Kita baru terima 2 buah je...bleh beroperasi pun...maklumat A1 mane yg lu dpt mengatakan grounded seluruh dunia...musykil bin ajaib
ReplyDeleteya bro...betul tu. gua mula2 ok je baca statement mamat tu, tapi bila dia kata ec725 grounded,gua dh tau dia tu jenis dgar crita org je n main tembak je
Deleteaku lg la mushkil..aku keja airport subang pun xtaw pasal kapal tu grounded..klakar ..mana la statement dia dapat..
DeleteBro,
ReplyDeletePencacai PR ni kan memang tabiat suka mendengar berita dari sumber Third Person,lepas tu heboh satu dunia.Bila suruh bagi details dan facts,kantoi.
bekas tentera ni yg join PR jenis mangkok ayun! masa servis dulu kaki tuang, kun 24 jam, geng welfare! mmg sesuai join PR. cam gafir ni, masa servis dulu xde lantang camni. dok biaq je masalah anggota bawahan, nak jaga pangkat kot? kot mana mana pun baik peg n LLP yg ex svc, camtulah perangai kalau dah join PR. Gempur! Toya! Ali! Mangkok!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
Sapa xndak jadi wakil rakyat sahabat. Untung2 leh jadi Menteri. Sempat buat harta. Ada ke bekas menteri, parlimen atau adun yang merempat? semua cerita dari dua pihak betul belaka cuma tujuan je tersembunyi...Taqiyyah.
ReplyDeleteParatrooper...
ReplyDeleteApa yang diucapkan bekas TPTD ni ada banyak kebenarannya..hanya tentera yang sedang berkhidmat dan bersara tahu apa yang berlaku didalam ATM baik di Laut,Darat dan Udara...ungkapan "saya yang menurut perintah" dalam warga tentera semasa berkhidmat menyimpan seribu satu dendam kesumat hingga ke akhir persaraan dari perkhidmatan...dengan ungkapan itu semuanya terbatas semasa dalam perkhidmatan..maka adalah wajar selepas bersara semuanya di zahirkan...teruskan perjuanganmu wahai Yang Berbahagia Dato'...ku berdoa segala kebenaran sentiasa terungkai..war-warkanlah segala noda-noda hitam dalam ATM kepada rakyat jelata...