Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 3 December 2012

EUROCOPTER EC725 UNTUK TUDM - KISAH YANG BAKAL DIJADIKAN MODAL POLITIK?



 Eurocopter EC725 - Malaysia Bakal dapat 2 buah

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 baru bagi menggantikan pesawat Nuri pada hari ini (3 Nov 12).

Helikopter Nuri seperti yang anda sedia maklum sudah menjangkau usia 40 tahun di dalam perkhidmatan TUDM.  EC725 yang dikhususkan untuk operasi menyelamat kombat (CSAR) akan mencetus sejarah baru dalam sejarah ketenteraan negara kita sebagai helikopter pertama seumpanya yang memasuki perkhidmatan aktif.

Ciri utama yang membawa kepada pemilihan EC725 adalah bilangan sayap (5 bilah) yang sesuai untuk hovering lebih lama di dalam operasi CSAR disamping keupayaan membawa hampir 30 orang anggota tentera dalam satu-satu masa. 


EC725 yang mengalahkan para pesaing lain seperti MI-!7V, Agusta EH101, Chinook dan Blackhawk adalah jenis helikopter yang memenuhi kehendak operasi TUDM terutamanya CSAR dan tugas-tugas utility lain.   EC725 yang dilengkapi dengan peralatan/senjata standard:

1.  Gogal penglihatan malam
2.  Radar pengawasan EWR99, 
3.  Mesingun 7.62mm (kiri dan kanan), 
4.  Giat mounted canon 20mm dengan 180 pusingan peluru,
5.  Alkan Elipse Chaft/flare dispenser bagi tujuan pertahanan dari serangan SAM/AAM.

Manakala peralatan dan sistem persenjataan lain boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.

Selain itu, menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, juruterbang TUDM sudah dihantar ke Perancis utuk menjalani latihan menggunakan pesawat baru itu sebelum ia di bawa balik ke Malaysia. 

"Pesawat terakhir dijangka akan diterima pada Januari 2014.  Dua daripada pesawat itu akan ditempatkan di Kuantan manakala stimulatornya di Subang," 

Jeneral Tan Sri Rodzali Daud turut menyatakan, kesemua pesawat itu akan dihantar secara berperingkat-peringkat dengan pesawat terakhir masih lagi di pasang di Perancis. 

Beliau turut menjelaskan TUDM sedang dalam perancangan untuk menggantikan pesawat yang digunakan untuk latihan dengan pesawat baru yang dilengkapi teknologi terkini

Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah sekeras-kerasnya mempersoal pembelian aset terbaru dalam TUDM ini dengan membandingkannya harga yang diperolehi bagi 50 buah EC725 oleh angkatan tentera Brazil.  Mungkin beliau tampak seperti HERO oleh sesetengah pihak, namun ia jelas mempamerkan ke’dungu’an dan kekurangan daya pemahaman persenjataan d kerana dunia mengetahui bahawa Brazil sudah lama mengeluarkan helikopter (jenis selain EC725) dan komponen komponen pentingnya seperti enjin dan peralatan elektrik melalui syarikat Helibras bagi pihak EADS (pengeluar asal EC725).  

EC725 juga adalah bagi menggantikan helikopter Nuri yang sudah dimakan usia serta terlibat dalam banyak kemalangan yang mengorbankan bukan sedikit nyawa juruterbang dan anggota TUDM.

Pihak EADS dan Helibras telah meraikan EC725 pertama yang dikeluarkan dari kilang produksinya di Itajuba, Minas Gerais Brazil.  Dikenali dengan nama jolokan Caracal (versi Perancis Cougar), ia melebarkan kerjasama sedia ada Helibras dan EADS yang telah terjalin sejak 1978. Sudah tentu dengan pengalaman Brazil di dalam mengeluarkan secara berlesen EC725 akan dapat mengurangkan kos perolehan EC725 tidak seperti Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada EADS untuk mengeluarkan kesemua 12 buah EC725 yang dipesan.


TUDM - SENTIASA DI ANGKASA RAYA!!!




37 comments:

  1. terbaikkk.. broo

    ReplyDelete
  2. MODAL POLITIK KPALA HANGGOK KO!!

    ReplyDelete
  3. Encik WAN marah ke....kenapa ekkkk?????oooo...mungkin sbb abang Encik WAN, Anowar aljuburwalzinaililcinadoliii da xde modal da nak hentam kerajaan...kikikikiki...pemikiran PRIMITIF pencacai pembangkang....

    ReplyDelete
  4. Den dah pencen tak meraso nak naik,tapi den tak akan lupo jaso-jaso Nuri yang telah banyak berjaso terutama menyelamatkan nyawa rakan seperjuangan den di dalam mengharongi CIW di Tanah air kito dulu.Den tabik semua pilots dan crews Nuri di atas sumbangan dan keberanian mereka membantu kito ground troops.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ada juga yang menghargai kami nuri aircrew..... dimana dan apa saja

      Delete
  5. Semua pembelian senjata atau perjanjian kontrak diletakkan dibawah OSA dan " direct nego" tanpa ketelusan, apa yg mahu disembunyikan? Rahsia tentera atau rahsia kontrak kroni?

    Kalau betul telus apa yg mahu ditakut? Ingat Allah SWT lebih mengetahui. Apakah matlamat kita mencari reda Allah SWT atau sebaliknya.

    Berjuang kerana Allah SWT atau kerana negara dan bangsa?

    Negara dan Islam perlu kuat tetapi bukan korup?

    Abuamir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jangan nampakkan kebodohan anda disini...

      Delete
    2. mmg la kena sembunyi.... setiap pembelian aset tentera tu ada la timbal balas n spec yg tersndiri..... kalo sama spec nye tu...mudah la pihak musuh nak tau kelemahan aset kita..... kalau rahsia kontrak kroni...bolehkah saudara tunjuk bukti??? setakat hearsay dan mudah percaya maknanya mudahnya la termakan propaganda....

      Delete
    3. Sebab tu Karpal Singh cakap bagi free je air kedah tu kat Penang, air tu pemberian tuhan katanya...sebenarnya dia tengah perli yg orang islam ni bodoh bendul, puak2 pas tak reti2 jugak. Org luar pandang kita bodoh, tapi kita duk syok sendiri

      Delete
  6. For Annnymous. (Abuamir). Kontrak perlu dijaga kerahsiaan apatah lagi peralatan. Jangan menimbul kronik pemikiran kepada orang lain.

    ReplyDelete
  7. Anonymous4 December 2012 14:04

    cara budak kecik nak memberi pendapat yg tongong...haha

    ReplyDelete
  8. kalo diperatikan golongan PR ni, perkara yg dibangkit akan setiap pembelian atau projek oleh K'jaan adalah kroni. gua rasa mereka ni adalah org2 yg kalah tender. Dah kalah tak mahu muhasabah sebab pe kalah tender, bukan ke sume tu rezeki yg ditentukan olehNYA, DIA adalah kabel paling besar dan power utk menang sesatu tender....dulu (thn 90an) geng2 pembangkang selalu membangkitkan isu kronisme (kroni) dan nepotisme (anak beranak) dlm pemerintahan k'jaan masa tu Pm Mahathir dan Mukhriz ada jawatan dlm UMNO......KINI isu nepotisme dah tak bunyi sebab parti PKR dan DAP penuh ngan anak beranak...tak heran andai di izin kan NYA PR merintah isu kroni pun senyap gak.......sikit2 kroni, sikit2 kroni...kalah tender sebab tak kopitent kroni gak yg salah......kat sini gua nak tanya kat AbuAmir, hang pi kat pejabat mana2 ADUN PR utk tanya kat depa, depa order banner utk iklan sesatu ceramah kat kedai sapa? kalo kedai yg sama depa akan order banner...tuh bukan kroni ka?

    ReplyDelete
  9. Tak kan kita nak bagi tau orang rumah kita pintu belakang di kunci jam sekian, kalau nak masok ikut laluan ini dan itu.

    Kita bagi tau orang supaya orang tu senang nak masok rumah kita lah ye. kalau itu sangkaan nya tentu rumah kita tak selamat.

    Samalah dengan dasar pertahanan negara dan kerahsiaan aseet pertahanan. Negara tu beli heli jauh lebih murah mungkin dia beli kulit aje, pasti nya murah, sampai tempat dia bermacam jenis senjata di pasang mungkin sehingga gunakan lastik dan buloh sumpit kita tak tau, senjata pembunuh senyap tak kan nak diwar-warkan. Tak gun kita bagitau semua rahsia aset pertahanan kepada orang yang dungu dalam bab ni. mereka hanya tau pakai pistol air aje

    ReplyDelete
  10. Media pencacai semalam kata "Malaysia hub Latihan JT helicopter. Sebelumnya, kita pusat "latihan Scorpene pertama dunia". Semuanya terbaik. Manakala ada pula yg tulis ke"dungu"an sesaorang. Wah, apakah helicopter EC 725 terbaik daripada "Apache" yang berada diseberang tambak Johor ?. Tak perlulah nak membodek sangat halx berhubung keselamatan ini. Ini bukan zaman gempar-menggempar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah anda faham peranan dan tugasan antara EC725 caugar dengan Apache?bukan soal membodek tetapi atara tugasan kedua-dua entiti adalah berbeza.Mungkin anda adalah salah seorang dari golongan puak PR tetapi kalau nak memberi komen atau pandangan cuba RESEARCH dahulu sebelum membuat kenyataan dan istilan "keDUNGUan" yang diberi adalah tepat memandangkan anda yang memberi pendapat tidak lebih dari seorang yang hanya pandai dengar tetapi tidak tahu apa cerita sebenarnya yang berlaku dalam soal ketenteraan!!dan soalan pada anda kenapa ISU PEMBELIAN EC725 CAUGAR perlu dibesarkan?adakah menjadi satu kesalahan pada kerjaan MALAYSIA membeli peralatan KETENTERAAN yang canggih bagi memperkuatkan @ mempertahankan negara dari sebarang ancaman dari mana-mana negara?kenapa RAKYAT SEBERANG TAMBAK JOHOR tidak pernah MENGKRITIK apa jua pembelian yang dilakukan oleh kerajaan mereka??adakah anda salah seorang KIASU SEBERANG TAMBAK???tolong faham dan jangan jadi budak yang DANGKAL adalah lebih baik duduk diam sahaja sekiranya tidak tahu menahu!!!

      Delete
    2. Anon 9.45.
      Anda memang sinonim dengan fikiran Pembangkang di mana suka membandingkan Msia dengan Spore.Tidak dinafikan air asset mereka memang melebihi kita tetapi anda perlu tahu jika ditakdirkan kita berperang stretegist ada menyatakan untuk 3 hari pertama mungkin dia bolih menguasai,tetapi selepas itu mereka akan kaput.War is normally won by capturing ground and this normally done by the ground troops.Do you know how many times our Commandoes managed to infiltrate some of Key installations and points and even into their bases.Did the GIs won in Vietnam even they have the air superiorities.To win a war we must have a balance of combat power from air,sea and ground forces.You sent an Isreal trained soldiers to fight a CIW,they will drown in the bush and it was proven during joint exercises.Apaches gunships are good with clear target but will be blind in our terrain and its roles is different from EC 725.Pse read the comparison of both in time of war and peace and I am sure EC 725 is more suitable as we are not going to attack anybody and that is the reason why we have Ministry of Defence not the other way around.Thank You.

      Delete
    3. bandingkan dengan apache????? berbeza tu fungsinya..... apache tu heli utk bertempur ( helikopter penyerang).... ec 275 ni heli kegunaan am menyelamat n sbg nya.... aku orang awam biasa pun bole bezakan tu.... bab murah n mahal tu.. takkan sama harga MYVI standard dgn MYVI SE ye tak?????

      Delete
  11. Lepas ni pilot, mekanik tentera minta naik gagi lagi sebab kendali heli lebih canggih. Bila pilot, mekanik dapat naik gagi yang lain pun minta naik, itulah kerja tentera.
    Kalu lu ada dudok kat kedai mamat di Lumut Lu asik dengar mereka asik sembang pasal naik gagi aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar jela kalau pasal gaji tu..... diorg training pun teruk.... kalu terjadi perang...diorg yg duk front line ( kalu takdirnya memang diorg le mati dulu).... sesuai la tu gaji mahal... aiyaaa

      Delete
  12. Man 5.
    Apalah lopongnya anda ni,salahkan onggota TLDM tu bincang pasal gaji yang ada berkaitan dengan hidup mereka.Pernahkah anda lihat atau baca anggota tentera minta kenaikan gaji macam CUEPAC.Mereka kerja 24 jam overtime pun tak ada.Untuk maklumat anda kerja tentera semasa aman adalah berlatih untuk berperang selain membantu agensi keselamatan lain untuk keselamatan dan ketenteraman awam supaya orang macam anda bolih tidor.Satu perkara lagi mungkin saya ini ketinggalan,ejaan bahasa Baku gaji tu adakah GAGI.

    ReplyDelete
  13. Yang banyak bercakap tu kutuk pembelian Heli ni, mesti waktu sekolah pon tak berani nak masok Pengakap, apetah lagi nak jadi Tentera. Masuk Wataniah cukup. Part time soldier. Baru anda tahu, betapa perit jadi tentera regular atau simpanan.

    ReplyDelete
  14. Pemikir pertahanan Malaysia dah menilai kehebatan Heli ni. Si Lim Kit Siang ni apo nak sibok? Lu tau ke berapa nilai Maruah Malaysia ni berbanding 12 biji heli ni??? Saye rasa sya nak bayar lebih lagi income tax supaya k'jaan beli 100 lagi heli mcm ni tuk pertahankan maruah Malaysia, 10 buah SCorphene dan 20 lagi Thyphoon. Bru tcungap SuHaram jadah tu agen Soros yahudi tu. Gaji tentera tak yah di soalkan. Tentera dan Polis ni patut gaji tinggi dari lain coz kerja bahaya dan pertahankan negara.

    ReplyDelete
  15. 5 kipas untuk hovering lebih lama? Buat lawak Askar Setia. S92 ada 4 kipas je, tapi jadi SAR aircraft di UK,Canada dan banyak negara lain. Aircraft specification macam dalam brochure, tapi ada ke? Bukan masalah orang beli kulit, sebab tu bayar harga murah, tapi masalahnya kita beli kulit, bayar harga mahal.Beli MYVI standard bayar harga MYVI SE. Rahsia? rasanya ada lebih kurang 2-3 ribu orang yg tahu apa yg ada apa yg tak dak. Nak komen, buat la homework sikit. Apa-apa pun, it is a good helicopter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. s92 ada 4 kipas sesuai le dgn keperluan dia di UK sana. TUDM da wat kajian dan lebih berminat dgn cougar dgn 5 kipas ni ape masalahnya????kalo beli 4 kipas ada pulak yg komen kata patut beli 5 kipas... beli model standard bayar harga premium??? tu la masalahnya pemikiran..spec kan berbeza beza.... sama macam kerata mewah leather seat...maybe leather biasa n ada pulak premium leather nappa bagai...dari luaran nampak mcm leather jugak tapi kualiti n spesifikasi tetap berbeza... ni kan utk army...tak semudah itu nak dedahkan spec utk civilian.... pernah pegi time pameran n tgk sistem dlm tank pt91??? tgk jela bolehnya..try snap foto???... mau kena lempang dgn tankers tu... disitu la kerahsian spec yg berbeza utk keperluan army yg berbeza.... so harga pun berbeza la... aiyaaaa

      Delete
  16. stimulatornya di Subang," ?? Nak stimulate ape? SIMULATOR lah, pastu bukan Airpos punya, pandai-pandai nak jemput orang...

    ReplyDelete
  17. kan bagus beli peralatan perang yang canggih dan banyak kegunaan mcm ni.. memang la mahal tapi ianya adalah untuk jangka masa yang sangat panjang... mcm NURI, memang cukup lama berbakti, skang tiba masa untuk untuk eurocopter ni plak berbakti....

    ReplyDelete
  18. Apa la yg nk dipertikaikan..setiap pembelian aset2 ketenteraan bukan sorg dua je yg wat keputusan..rmai yg terlibat..pgwai tertinggi angktn tentra, jemaah menteri,MOF dan jurutera2 yg pakar lm2 bab nie..jd xda soalnye kroni2..bkn mcm beli keta direct kedai keta...xsuma spesifikasi EC725 di hebohkn..mayb yg dihebohkn cuma spesifikasi yg basic..kerana tu suma adalah rahsia ketenteraan..lgpun dh terang lg bersuluh EC725 tu untuk CSAR untuk mengntikan nuri yg uzur..dan boleh disimpan di muzium..pernahkah korg dgr singapore heboh detail pasal aset diorg?.n da ke pembangkang sana pertikai sgla pembelian aset2 trsebut..suma aset2 adalah insurance bg sesebuah negara.sudah tiba malaysia memodenkan aset2 ATM untuk menjamin kselamatan ngara..spatutnye kita bangga dengan kekutan aset ATM yg kita miliki ..bkn senang kita nk capai keselesaan yg kita kecapi sekarang..

    ReplyDelete
  19. Cakap banyak pun tak guna cuba semak senarai TI negara kita rasuah dikedudukan no. berapa berbanding jiran selatan. Memanglah jiran selatan ni sifatnya "KIASU" tetapi mereka tidak korup. Segala perbelanjaan tenteranya telus dan berbaloi dgn harga. Contoh yg baik perlu diikuti walau ianya dari musuh kita.

    Negara kita memerlukan tentera yg kuat tetapi bukan peralatan yg usang dgn harga yg melampau. Bukti dah banyak dah dlm lapuran ketua audit negara setiap tahun ketirisan belanjawan RM20 bilion setiap tahun tetapi apa tindakan? Teropong malam harga RM4~5K tetapi kerajaan beli dgn harga RM40K. Pemutar skrew RM8 tetapi bayar harga RM40.

    Semua tender dibawah OSA sebab nak sembunyi rahsia negara atau rahsia kroni.

    Abuamir

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah ketirisan ni... kat israel pun pnah ilang enjin jet..padahal kita da tau sistem ketenteraan diorg hebat sampai tahap terbaik kan..(Allah lagi berkuasa )...so masalah macam ni mmg da tepu even di seluruh dunia.... tapi jgn terlalu buruk sangka terhadap semua aset yg dibeli oleh ATM... lagi satu... TLDM kena kutuk beli scorpene konon harga terlalu tinggi n scorpene x hebat mana... tapi spore pun da menimbangkan utk beli scorpene jugak... so camne tu??

      Delete
  20. Datuk Zahid Hamidi kata heli ni akan ditambah lagi 1 enjin (5 enjin keseluruhan). Sama seperti NURI. Asalnya hanya 1 enjin saja, tapi Malaysia edit kasi 2 enjin. So aset yang ada di Malaysia semua diupgrade, bukan versi asal

    ReplyDelete
  21. Aku nak komen ciput jer...khas buat org yg extreme pembangkang...NAK MEMBANGKANG KAJILAH DULU...JGN MAIN HENTAM JER SEHINGGA MEMPAMERKAN KEBODOHAN ANDA...jgn sekolah jer tinggi tapi akal bawah tapak kaki...

    - Anak Johor-

    ReplyDelete
  22. maaf ckp ye,sebenarnya apa saja aset tentera yg malaysia beli menimbulkan kerisauan negara jiran.contoh,bila kita beli su 30,apa yg jiran kita beli?bila kita ada scorpene,apa yg singa,garuda n gajah putih buat,bila kita ada astros,apa yg jiran kita beli pula,seolah2 kita ni pencetus perlumbaan senjata pula,kita sebagai rakyat harus bangga dgn aset yg kita ada bukannya kutuk,..

    ReplyDelete
  23. Kalau orang dah benci,apa yang kerajaan buat pun dorang xsuka walaupun apa yang dorang buat tu adalah utk kebaikan.Kalau beli salah,xbeli pun salah.bila beli timbulkan isu ketelusan,kroni,rasuah dan macam lagi.kalau xbeli pulak cakap kerajaan xpentingkan aset keselamatan dan pertahanan negara.Senang membangkang,tapi cuba la memerintah.Ntah2 jadi ketua keluarga pun jadi huru hara rumah tangga.Kerajaan xsumenye betul,tapi xkan apa yang mereka buat sumanya salah.fikirkan...

    ReplyDelete
  24. Kerahsiaan? Lawak la hmpa ni..nk rahsia buat sendiri la mcm Iran ke, China ke..perasan lebih hmpa ni.n

    ReplyDelete
  25. moga je,tudm makin ke bawah

    ReplyDelete
  26. SERVICE B4 SELF

    ReplyDelete