Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 27 January 2012

471 ANGGOTA TENTERA TERIMA BR1M DI PANGKALAN TLDM LUMUT


Anggota tentera yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Semua anggota yang menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan kepada anggota tentera terlibat.



Turut hadir Pegawai Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.

Seluruh warga TLDM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.

Mohd Jal Jaapar
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar, dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


Masdan Hamidun
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.

Qrill Mubara Dolhan
Qrill Mubara Dolhan, berkata wang RM500 yang diterimanya itu akan digunakan untuk membuka akaun simpanan di bank buat anak beliau. “Ianya akan ditabung bagi keperluan persekolkahan anak di masa hadapan,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.






No comments:

Post a Comment