Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 5 April 2013

MOH KITE KE MILITARY COMMUNITY VOLUNTEERING DAY 6 - 7 APRIL 2013




Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di PANGKALAN TLDM, TELOK SEPANGGAR, SABAH pada 5 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di KEM SULTAN ABDUL HALIM, JITRA pada 5 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di KEM BATU 11, TANAH MERAH, KELANTAN pada 6 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di KEM DESA PAHLAWAN, KELANTAN pada 6 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA.


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di KEM TERENDAK, MELAKA pada 6 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS pada 6 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA


Hari Terbuka ATM 2013/Military Community Volunteering Day (MCVD) akan diadakan di PANGKALAN TLDM, LUMUT pada 6 hingga 7 April 2013. Semua Orang Awam dan juga anggota Tentera dijemput hadir. Pelbagai acara menarik dilaksanakan. TENTERA DAN RAKYAT SENTIASA BERSAMA

PROFIL PENGGANAS SULU YANG DIBURU


Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina.


SENARAI PENGGANAS SULU YANG DIBURU


1. Jamalul Kiram – Kononnya Sultan Sulu

2. Agbimudin Kiram – Bekas Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat, Sabah.

3. Haji Kiram – Tinggal di Sandakan & mempunyai seorang anak yang berkahwin dnegan kakitangan kerajaan.

4.  Haji Kaluang – ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pembiayan pencerobohan siri Lahad Datu.

5.  Amirbahar (anak kepada Esmail iaitu adik kepada Jamlul Kiram).

6.  Aidani - Penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.


Thursday, 4 April 2013

PANASSS - JENDERAL CABUT KELUAR NEGARA DAN KISAH-KISAH JENDERAL EXPIRED

Sebelum ini, Jeneral Nyanyuk Jack Palance sudah kecut perut ekoran tindakan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis mengenai tindakannya yang telah membocorkan rahsia ketenteraan didalam ceramah-ceramah politik yang diberikan.


Hahaha... Pembohongan Jeneral Nyanyuk PKR yang kononnya telah menjadi HERO dalam menyelesaikan insiden Sauk terkantol lagi. Sebelum ini Tan Sri Md Hashim Hussien dikritik hebat kerana sanggup memanipulasi kes insiden Lahad Datu demi kepentingan politik pembangkang yang disertainya. Beliau telah menyamakan insiden Lahad Datu dengan insiden Sauk telah dikritik hebat mahalan ada yang menggelarkannya sebagai Jeneral Bangang.

Come on lah.. Orang awam pun rasanya boleh fikir dengan lurus bahawa kedua-dua insiden tersebut adalah berbeza dari sudut command, taktikal dan target. 



Dalam komennya mengenai insiden Sauk, beliau dengan bongkak dan CONFIDENTnya mendakwa:

"WE ACTUALLY MANAGE TO RESOLVE THE PROBLEM IN FOUR DAYS" 

Jeneral Nyanyuk Jack Palance (Bersara)

Fuuuuiiyyooooo.....

Tetapi, wira negara sebenar dalam insiden Sauk iaitu bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt jen Datuk Seri Mohd Zaini (Bersara) menempelak kenyataan Jeneral Nyanyuk Jack Palance. Rupa-rupanya Jeneral Nyanyuk Jack Palance tidak berada di lokasi insiden Sauk tetapi sudah siap sedia ke luar negara! 


Saya tidak pasti tujuan beliau ke luar negara, tetapi anda bayangkanlah...

Dalam pada masa negara dikejutkan dengan tindakan kumpulan Al Maunah mencuri senjata dari kem tentera dan mahu melancarkan serangan terhadap Yang Di Pertuan Agong, Jeneral Nyanyuk Jack Palance cepat-cepat packing barang dan siap sedia untuk terbang ke luar negara!


Ironinya, masih ramai macai di luar sana masih mengagung-agungkan Jeneral Nyanyuk Jack Palance yang akan bertanding di Parlimen Johor Bahru dan disebut-sebut sebagai bakal Menteri Pertahanan. Fuhhh....Tak dapat saya bayangkan sekiranya Ahli Parlimen JB dan portfolio MENHAN disandang oleh orang yang 'tak berapa lurus akalnya'... 


Ikuti pendedahan mengenai latar belakang pak-pak Jeneral Nyanyuk pembangkang yang akan membuat kacau di tempat anda...



Klik pautan di bawah:







Siapa Sebenarnya Panglima Songlap Enjin Jet Datuk Hadi? SIRI 2

Panglima Songlap Enjin Jet Terima Anugerah Pelawak Terbaik Malaysia

Wednesday, 3 April 2013

OP DAULAT - DARI PERSPEKTIF BEKAS PANGLIMA MEDAN TENTERA DARAT


Zaini Mohd Said

SEBAGAI bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said merupakan orang yang arif mengenai selok-belok cara peperangan di negara dan terlibat dengan operasi Al Maunah pada tahun 2000 di Sauk, Perak.

Dalam konteks pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, pelbagai pihak mempersoalkan siapakah yang patut dipersalahkan dan bagaimana insiden ini boleh terjadi. Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR serta jurugambar ROSLI TALIB dengan beliau berhubung isu ini.

Apa komen Datuk dalam isu Lahad Datu?

Lahad Datu terlalu dekat dengan persempadanan dan perairan kepulauan selatan Filipina. Kawasan itu mempunyai penempatan ramai orang yang berketurunan Suluk dan yang berasal dari sana. Ada yang sudah menjadi rakyat Malaysia dan ramai juga yang masuk dan tinggal secara haram. Nyata pihak Jamalul Kiram terdorong, terdesak dan berkeputusan untuk menyampaikan mesej tuntutan terhadap Sabah bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada kerajaan Filipina, MILF dan badan dunia lain. Untuk mendapat impak dan perhatian maka mereka melakukan tuntutan ini dengan menceroboh masuk ke Sabah dan mengancam serta telah mengguna  kekerasan apabila kehendak mereka tidak dilayani.  

Bagaimana Datuk melihat isu ini boleh berlaku sebenarnya?

Berkemungkinan besar juga bahawa mereka dapat berbuat demikian dengan dibiayai operasi itu oleh pihak yang berkepentingan, kerana perbelanjaannya mesti besar sedangkan Jamalul Kiram tidak berkemampuan untuk berbuat demikian. Objektif operasi itu bermatlamat politik dan mungkin juga hendak memeras ugut kewangan yang besar dari Sabah atau kerajaan Malaysia. Sudah tentu mereka tahu bahawa objektif ketenteraan  untuk menawan Sabah mustahil tercapai dengan kekuatan yang mereka ada.

Saya berpendapat bahawa tindakan keganasan/militan mereka hanyalah untuk mendapatkan objektif politik dan peras ugut yang dikatakan tadi. Saya tidak pasti jika ada kecuaian pihak sendiri kerana tidak mengetahui situasi sebenar dan sepenuhnya di sana. Saya hanya berani mengatakan bahawa tersangat sukar menutup keseluruhan kawasan persisiran pantai Timur Sabah seratus peratus. Keadaan di persempadanan AS dengan Mexico pun sebegitu dan mudah dibolosi juga!


Adakah pencerobohan ini dapat dihidu awal atau inisiatif penduduk setempat yang melaporkan apa yang berlaku? 

Saya difahami begitulah. Jika ia dihidu terlebih dahulu oleh penduduk awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa, maka sistem kita berfungsi kerana rakyat yang setia dan yang bertanggungjawab juga merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan dan keselamatan semua negara dan kita juga. 

Apa raksi Datuk mengenai operasi anggota kita dalam mengawal situasi di sana?

Insiden dan aktiviti kumpulan pengganas ini telah dapat dikekang dan dihadkan di kawasan yang berkenaan sahaja. Mereka juga telah dapat dibunuh atau ditangkap, dan ancaman dari mereka tidak merebak keluar. Ini menunjukkan bahawa operasi kita itu berjaya. Kita juga dapat mengeluarkan penduduk awam tempatan ke tempat selamat dari terus menjadi mangsa pengganas. Rakyat juga didapati memberi kerjasama dan membantu pasukan keselamatan kita.


Apakah hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada pengganas Kiram ini?

Setahu saya, jika terbukti mereka berniat dan bertindak melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, maka hukumannya berat dan boleh sampai ke hukuman mati mandatori. Jika kesalahannya menceroboh dan membawa senjata api maka hukumannya juga berat.

Adakah taktik anggota kita laksanakan sekarang ini paling berkesan?

Strategi dan taktik bergantung kepada situasi yang dihadapi. Hanya mereka yang mempunyai pengetahuan cukup berkenaan situasi yang dihadapi dapat merumuskan strategi dan taktik yang tepat. Saya tidak tahu hendak menyatakan jika apa yang dilakukan pasukan keselamatan di Lahad Datu yang terbaik. Namun, berpandukan hasil jumlah musuh yang dibunuh dan ditangkap dan jumlah orang tempatan yang dapat diselamatkan membayangkan bahawa strategi dan taktik berkesan.

Sejauh mana kesukaran kita untuk lawan taktik perang gerila yang pengganas lancarkan?

Satu peperangan yang sukar ditangani. Mereka juga sukar untuk dicari  kerana mereka lebih banyak bersembunyi dan mengelak dari bertempur. Mereka menyerang mengguna taktik serang hendap atau pukul curi dan sabotaj  di tempat dan pada masa yang kita tidak jangka dan apabila sesuai buat mereka. Kadang-kadang mereka menyamar sebagai orang awam. Kadang-kadang mereka memaksa orang awam membantu mereka atau menghasut mereka untuk menentang kerajaan dan pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun kita mempunyai pengalaman yang luas melawani kumpulan dan taktik perang gerila. Oleh itu saya yakin kita akan dapat mengalahkan mereka akhirnya!


Ada pihak mengatakan tentera lambat membantu polis dari awal kes ini berlaku, apa pandangan Datuk? 

Saya berpendapat bahawa tentera tidaklah lambat memberi bantuan. Sebenarnya mereka akhirnya berbuat demikian pada masa, di tempat yang wajar dan dengan kekuatan yang diperlukan. Ketiga-tiga faktor ini mesti betul. Sebagai contoh, jika masa dan tempatnya betul tetapi kekuatan untuk menyerang tidak mencukupi maka keseluruhan operasi akan salah juga. Itu sudah menjadi satu kesilapan dan di dalam peperangan kita tidak boleh membuat kesilapan kerana akan menyebabkan kehilangan banyak nyawa pihak sendiri. Seterusnya umum mesti mengetahui bahawa untuk mencari maklumat perisikan  dan kemudian mengumpulkan kekuatan untuk bertempur juga memakan masa. Dan lagi, apa-apa keputusan yang dibuat mesti juga  berpandukan kepada strategi yang telah dipersetujui bersama. 

Pada pemerhatian saya tentera dilibatkan untuk membantu polis pada masa yang sesuai dan diwajarkan. PDRM berterusan mengepalai operasi kerana ianya insiden keselamatan dalam negeri berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Selagi undang-undang ini digunapakai  menangani pencerobohan ini maka begitulah hakikatnya. Pengisytiharan zon selamat dan penubuhan Esscom dan undang-undang yang berkait dengannya akan sedikit sebanyak mengubah kedudukan ini.

Pesanan Datuk kepada mereka yang memperlekehkan perjuangan anggota kita di sana.


Mempertahankan negara dan tanah air adalah satu tanggungjawab yang mulia dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Melawani musuh adalah juga tugas yang perit lagi merbahaya dan anggota kita boleh hilang nyawa dan mengalami kecederaan fizikal dan mental yang teruk. Ianya memerlukan azam, keyakinan, keberanian dan kerelaan yang kuat di hati dan jiwa pejuang untuk berkorban. Jadi janganlah dilemahkan dan dirosakkan semangat mereka ini kerana di situlah terletak sebahagian besar kekuatan anggota dan angkatan kita. Di dalam peperangan, salah satu usaha yang utama adalah untuk mematahkan semangat juang pihak kita. Jadi jika kita memperlekeh perjuangan anggota kita, kita sebenarnya mematahkan semangat ini yang hanya dilakukan  oleh musuh. Pesanan saya, berhentikan serta merta dan jangan jadi pengkhianat negara! 

Adakah mereka yang memperlekeh anggota kita ini orang yang tidak faham erti semangat patriotisme? 

Bukan sahaja tidak memahami erti patriotisme tetapi jelas mereka tidak patriotik, tidak menyayangi negara dan tanah air sendiri! Malahan mereka sanggup melemahkan kekuatan dan keselamatan Negara, rakyat dan juga diri mereka sendiri!

Apakah pesanan Datuk kepada anggota keselamatan yang berjuang menentang pengganas.

Seluruh rakyat yang setia berdiri teguh menyokong perjuangan saudara-saudara semua dan akan membantu dengan segala yang mampu. Diketahui bahawa kerajaan juga telah memberi komitmen berterusan menyalurkan segala keperluan yang wajar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Fokus kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab ini, bersatu padu, dan lakukan segalanya dengan bijak dan berani seperti yang telah dilatih kepada saudara semua sebelum ini. Kita adalah salah satu angkatan tentera dan polis yang terhebat di rantau jika tidak di dunia ini. Kita mesti menghancurkan musuh durjana ini.

Komen Datuk mengenai Esscom yang PM umumkan baru-baru ini.

Satu pendekatan yang perlu dan bijak. Ia dapat membolehkan kerajaan melaksana konsep melawan insurgensi iaitu KESBAN (keselamatan dan pembangunan) yang fokus lagi teratur. Ini bererti bahawa pulangannya bukan hanya keselamatan buat rakyat tetapi dalam masa yang sama pembangunan kawasan yang lebih pesat. Caranya dipercayai akan berpandukan kepada pengalaman Rascom (Rajang Area Security Commad) dan ianya akan merangkumi pendekatan dan cara yang lebih berkesan setelah diperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang diperoleh dari pengalaman masa dahulu!

Pada pendapat Datuk bilakah isu ini akan dapat diselesaikan?

Jangka masanya sukar untuk di ramal. Tetapi ia hanya akan selesai setelah pihak kesultanan Sulu, MNLF, kerajaan Filipina dan pihak lain yang berkepentingan menggugurkan sepenuhnya segala niat dan usaha untuk  menuntut Sabah sebagai hak mereka. Walaupun asas tuntutan mereka ini adalah lemah dan tidak munasabah, namun selagi mereka berniat dan bertindak agresif meneruskannya, maka selama itulah kita akan berhadapan situasi yang serius ini. 

Kenangan menjadi pegawai tentera?

Manis
 
Memerintah platun dalam Batalion Ke7, Rej Askar Melayu DiRaja. Manis dan mencabar berkhidmat sebagai anggota bere hijau, Rejimen Gerak Khas bermula dari 1967 hingga hampir 30 tahun.

Berkhidmat di barisan hadapan menghadapi Tentera Indonesia di Pulau Sebatik, Sabah 1966.

Menangani dan bersama PDRM menumpaskan kumpulan Al Maunah di Bt Jenalik.

Pahit
 
Terpaksa kerap meninggalkan keluarga apabila kerap menjalani operasi.
Sukar berhadapan keluarga anggota tentera yang terkorban akibat tindakan musuh dan operasi.

BEKAS KETUA PENGARAH PERISIKAN PERTAHANAN SANGKAL TOHMAHAN JENERAL EXPIRED LT JEN DATUK GHAFIR



KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail menyangkal keras dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid kononnya insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah akibat kelemahan perisikan negara.

Menurut Mohd. Salleh, sebagai contoh, sejak tahun 2000, kerajaan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melancarkan Operasi 'Padanan And Sipadan Island Resort' (PASIR) bagi memantau pergerakan lanun serta puak pemisah dari Filipina di pantai timur Sabah, hasil daripada maklumat dan amaran pihak perisikan.

Katanya, sejak 2005 hingga 2007 pula, pihak perisikan negara mengetahui bahawa Sultan Sulu mula mengeluarkan kad pengenalan Kesultanan Sulu serta merekrut lelaki untuk dijadikan anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

"Mereka (orang Sulu warga Filipina) sebagai ancaman kepada Sabah memang ada tetapi keutamaan kita sewaktu itu ialah menjaga perairan negeri itu supaya selamat daripada kumpulan-kumpulan lanun dan penculik.

Lepas bodek ANUwar, dengar cerita jeneral expired ni dapat bertanding
di parlimen Pasir Gudang

"Tuduhan mengatakan tidak ada perisikan atau lemah tidak tepat kerana kita sudah ada segala indikator itu, tapi mereka rancang begitu rapi. Mereka mendarat bukan dalam kumpulan besar dan tahu ada sokongan rakyat tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini semalam.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Panglima Medan Tentera Darat dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said turut menjadi panel forum tersebut.

Tindakan menyamakan insiden Sauk dengan Lahad Datu adalah
kenyataan paling bodoh dikeluarkan oleh bekas PANGLIMA 

Dalam pada itu, Mohd. Zaini berkata, tindakan Ghafir menggunakan terma seperti kelemahan 'perisikan taktikal' adalah salah kerana tindakan itu dilakukan hanya selepas wujud ancaman nyata daripada penceroboh iaitu setelah mereka memasuki Sabah.

"Selepas mereka masuk, para petugas risik kita mula mengumpul maklumat seperti berapa ramai kekuatan penceroboh, apa kelemahan ketua mereka, bagaimana mereka berkubu, bagaimana bentuk pergerakan, itulah perisikan taktikal yang dilakukan oleh perwira kita.

"Saya juga menyangkal keras dakwaan kononnya perisik kita tidak cekap, mahir atau terlatih kerana kalau mereka tidak cekap, bagaimana kita tahu kedudukan musuh dan sebanyak 67 pengganas telah dibunuh setakat hari ini?" skatanya.



Tuesday, 2 April 2013

OPS DAULAT : FASA KETIGA - KESTABILAN!!





Pemburuan saki-baki pengganas sulu diteruskan lagi bagi membersihkan keseluruhan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Walaupun disesetengah tempat, warga tempatan sudah dibenarkan pulang, Pasukan Keselamatan masih menjaga kawasan-kawasan penempatan mereka bagi menjamin keselamatan rakyat


Rakyat tidak seharusnya bimbang dan jangan mudah mendengar khabar-khabar angin dari sesetengah pihak yg cuba mencetuskan suasana panik rakyat. 

"Dalam fasa ketiga ini, tugas ATM ialah mendampingi dan tinggal bersama penduduk tempatan dan membantu seboleh yang mungkin untuk pastikan kehidupan mereka berlangsung seperti mana sebelum berlakunya pencerobohan," katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Selasa.

 

Selepas 28 hari dilancarkan, Operasi Daulat yang membabitkan gerakan ofensif disusuli penggeledahan dan pembersihan kini memasuki fasa untuk menstabilkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fasa ketiga yang bermula semalam itu memfokuskan kepada usaha membina keyakinan rakyat terhadap keadaan keselamatan secara keseluruhan.

Beliau berkata ia juga memfokuskan usaha memudahkan pemindahan penduduk dari pusat-pusat kediaman ke rumah masing-masing, dengan anggota keselamatan turut mendiami kawasan kampung.

 

"Kita memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan membantu mereka sehingga yakin untuk melakukan aktiviti harian seperti sebelum ini dan untuk itu, unit-unit dan anggota keselamatan akan berkampung bersama penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata dua daripada empat pusat pemindahan sementara iaitu Fajar Harapan dan Gemala Puri ditutup secara rasmi semalam, diikuti Cenderawasih dan Embara Budi hari ini.

Berikutan kepulangan penduduk ke rumah masing-masing, Zulkifeli berkata Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula mulai Isnin.

Katanya, perkara itu dipersetujui bersama Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang kebetulan melawat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan pagi tadi.

"Kami memutuskan kedua-dua sekolah akan dibuka semula. Ibu bapa dan murid-murid digalakkan ke sekolah untuk membantu pihak pengurusan membersihkan sekolah masing-masing sebelum dibuka semula Isnin ini," katanya.

Ditanya apakah hala tuju Operasi Daulat setelah pusat pemindahan ditutup dan sekolah-sekolah dibuka, Zulkifeli berkata walaupun operasi diperlahankan, kekuatan anggota tentera akan dikekalkan dengan tumpuan beralih kepada pengoperasian Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baru ditubuhkan.

Beliau berkata usaha menjejaki saki-baki pengganas tetap diteruskan walaupun pasukan keselamatan yakin mereka kini tidak lagi berada di dalam kawasan operasi.

"Usaha menjejak pengganas yang kini kurang daripada 10 orang diteruskan menerusi perisikan dan kita percaya besar kemungkinan mereka tidak lagi berada di dalam kawasan Operasi Daulat," katanya. -- BERNAMA

Monday, 1 April 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PASKAU YANG KE 34



Mengimbas kembali tarikh keramat iaitu tanggal 1 April 1979 lahirnya Pasukan Pertahanan Darat dan Udara TUDM (HANDAU) yang kini dikenali sebagai PASKAU. 


Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Fail:SST PASKAU.jpg

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team). PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Maklumat ringkas mengenai sejarah PASKAU ada di SINI


CEPAT - SENYAP - PASTI