Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 22 February 2013

PANGLIMA ATM PERUT KEMBUNG, TENTERA WAJAR DILUDAH, TENTERA KAKI JUDI


PANGLIMA ATM PERUT KEMBUNG...

TENTERA WAJAR DILUDAH...

TENTERA KAKI JUDI...

Itulah ungkapan hinaan yang ditujukan kepada Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang disiarkan di dalam laman web Suara Pakatan Rakyat. 

Dalam pada masa Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba memujuk dan meyakinkan beberapa bekas jeneral ATM untuk membantu jentera parti tersebut memenangi pilihanraya, laman web pihak pembangkang dengan beraninya menghina seluruh warga ATM secara terbuka. Adakah kata-kata tersebut merupakan nilai anggota tentera kepada mereka? Wajar diludah? Wajar dicerca dan dihina?

Anggota ATM turut digelar sebagai PENGANGGUR BERGAJI, LEMBEK dan KURANG DISIPLIN. Pencacai (penulis dan pemilik laman web pihak pembangkang) tersebut seolah-olah lupa bahakan menafikan bahawasanya keamanan dan kemakmuran negara ini adalah berteraskan perngorbanan anggota ATM dan pasikan keselamatan yang lain. 

Persoalannya, adilkah Panglima dan anggota tentera dilabel sebegitu rupa? Dicerca sedemikian rupa? Dalam pada masa pihak pembangkang sibuk mengatur jentera parti mereka melalui KERABAT, KOBAT, PAHLAWAN dan lain-lain organisasi haram sepertinya, melaung-laungkan janji kebajikan dan keadilan buat anggota tentera namun, apa yang tersirat adalah sebenarnya, anggota tentera termasuk veteran tentera dianggap seperti sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. 

KERABAT + KOBAT = MUSIBAT

Askar Setia sempat copy salinan artikel-artikel berkenaan seperti yang disiarkan di laman web Suara Pakatan rakyat kerana mungkin artikel tersebut akan diarahkan untuk di padam sekiranya ia tidak menepati citarasa perjuangan Anwar Ibrahim. 

Ini bukan FITNAH... ini KENYATAAN. Masihkan anda mahu menyokong pihak pembangkang? Rakan-rakanku, sedarlah bahawa penghinaan sebegitu rupa akan dikenang sehingga akhir hayat. Kurang ajar!



Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Artikel 1 yang disiarkan pada 21 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI

Page 1
Page 2
Page 3



Artikel 2 yang disiarkan pada 22 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI


Page 1
Page 2

Page 3

Masihkah anda percaya pihak pembangkang akan membela anda?





Wednesday, 20 February 2013

VIDEO INSIDEN DI LAHAD DATU? BETUL KE BOHONG?


KECOHH BETUL LAHH...

Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa pihak tentera tidak buat kerja?

Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.

Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas? 

Penyokong-penyokong pihak pembangkang pula 'merajinkan diri' untuk download rakaman insiden 2009 dari You Tube dan upload semula video berkenaan bagi memperlihatkan video berkenaan merupakan video terbaru. Motif mereka hanyalah satu - menyalahkan pihak kerajaan dan ATM apabila sudah berlaku tembak-menembak di tempat awam. 

Gambar sebenar rakaman video di You Tube

Nasihat saya, jadilah pembaca/tukang komen sepenuh masa yang bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani oleh pihak berkuasa.  Anggota keselamatan kita di Lahad Datu tidak tidur malam dan bergadai nyawa  mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan tetapi amat menyedihkan apabila anda mengkiritik tugas mereka sewenang-wenangnya. Polis tidak buat kerja lah, askar tidak buat kerja lah.. 




Adakah anda seorang yang bertanggungjawab? Jelaskanlah pada mereka yang menyebarkan video berkenaan sesuka hati di alam maya.. Moga Allah S.W.T melindungi kesemua pasukan keselamatan kita yang terlibat daripada sebarang malapetaka dan bencana. Amin...

Monday, 18 February 2013

PERHIMPUNAN TENTERA DAN VETERAN YANG MERUGIKAN


PANASSSSSS

Saya berkesempatan menghadiri Ceramah Anwar Ibrahim bersama dengan angkatan pak-pak jeneral KITAR SEMULA dan daripada pengamatan saya, ceramah berkenaan telah dihadiri  oleh kira-kira 1000 - 1,200 orang dan majoritinya terdiri daripada masyarakat awam yang tinggal di sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat. Yang menggelikan hati, pak-pak jeneral expired memang tidak tahu langsung untuk berceramah politik dan selalu tersasul. Sebut nama rakan seperjuangan pun salah. Biasalah, lidah expired daripada jeneral expired memang acapkali TERSHASHULLLLLL......

Hati-hati... Dia nak masuk kawasan angpa...Lock jangan tak lock pintu tau

Melihat telatah Panglima Songlap TUDM yang ‘bertegang urat’ menafikan penglibatannya dalam kes kecurian enjin jet F-5E memang amat menggelikan hati. Relaksla Datuk. Cara Datuk menafikan penglibatan Datuk memang menggelikan hati. Oh ya, mungkin pembaca tidak tahu bahawa Tuan Penasihat Majlis Rundingan Keselamatan PKR ini adalah individu bertanggungjawab atas kehilangan enjin jet F-5E. Namun, tidak ada yang peliknya kerana sudah menjadi lumrah PKR yang akan KITAR SEMULA individu bermasalah untuk mengepalai kebanyakkan organisasi dibawahnya. Untuk makluman pembaca, Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan

Menyertai PKR kerana merasakan beliau telah dizalimi

Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972. Nanti jika individu berkenaan masuk ke kawasan anda, sila pastikan pintu rumah, kereta, motosikal anda berkunci dan rantailah basikal anak-anak anda kerana dikhuatiri akan lesap. Enjin jet boleh hilang, inikan pula basikal BMX anak-anak anda.

Lt Kol Nazari Mokhtar TUDM (Bersara) yang sedang berjuang
untuk survival politiknya dalam PAS

Ada satu lagi cerita panas. Seorang lagi bekas pegawai kanan TUDM pencen yang tidak tahu bersyukur iaitu Lt Kol Nazari Mokhtar turut sedang bergelut untuk mencari pengaruh dalam pakatan pembangkang dengan melaung-laungkan semangat rebellion dan pemberontakan. Maklumlah, saingan-saingannya yang terdiri daripada pakatan jeneral expired mungkin sukar untuk ditandingi dan disokong Anwar Ibrahim. Jadi, untuk mendapat pengaruh,menjadi wakil rakyat, Senator dan mengaut projek-projek masa depan, beliau terpaksalah bertindak proaktif. Sebelum ini, beliau mendapat peluang untuk berbohong di depan orang ramai semasa HKR12, kini bekas pegawai kanan TUDM ini sedang mengorak langkah dalam PAS dengan rancangan untuk mengadakan Perhimpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari 2013. Aduhai...

Menyedihkan apabila budaya rebellion sebegini disokong
oleh seorang bekas pegawai tentera

Beliau yang pernah DIBELA DENGAN BAIK semasa berkhidmat dalam TUDM dan pernah diberi peluang untuk menimba ilmu dalam pelbagai kursus, kini membuat pusingan U-TURN dengan menggunakan pentas PAS, KERABAT dan pakatan pembangkang untuk menghasut veteran dan anggota tentera untuk memusihi kerajaan. Alasannya ialah, kononnya kebajikan tentera dan veteran tidak terjaga. Pada saya ia amat kelakar kerana....

Mungkin beliau tidak didedahkan dengan kemudahan internet dan televisyen. Kerana, program transformasi kerajaan meliputi aspek kebajikan veteran (termasuk yang tidak berpencen) dan gaji anggota tentera sentiasa NAIK DAN TIDAK PERNAH TURUN termasuk peluang kenaikan pangkat yang terbentang di hadapan mata. Mohon sahabat-sahabatnya yang membaca artikel ini diminta untuk membantunya melayari internet agar beliau dapat mengetahu cerita menguntungkan buat anggota tentera.

Mat Sabu yang menyokong pejuangan KOMUNIS mungkin sudah insaf
dan sudah pandai memberi tabik hormat. Mungkin beliau dididik oleh geng-geng KERABAT

Menurut rakan yang merupakan pegawai kanan TUDM dan juga kenalan pegawai pencen Lt Kol Nazari Mokhtar, beliau menamatkan perkhidmatan kerana merasakan ‘ketinggalan’ dalam aspek kenaikan pangkat. Ironinya, sepanjang beliau menjadi seorang pegawai TUDM, pelbagai kurus dan negara telah dilawati seperti Australia, UAE, Indonesia dan lain-lain lagi. Apa lagi yang dituntut olehnya daripada TUDM?

Justeru, apakah kita mahu menyahut seruan oleh individu yang tidak tahu erti KESYUKURAN dengan apa yang diperolehi olehnya selama ini? Pembabitan anda dalam perhimpunan tersebut bukan sahaja akan merosakkan kesepaduan anggota tentera dan veteran tentera yang selama ini terikat ampun tetapi anda hanya member peluang untuk individu tersebut terus memporak-perandakan ATM untuk survival politiknya sendiri... dalam PAS dan pakatan pembangkang.

DIA DAPAT... APA YANG ANDA DAPAT JIKA HADIR?



Menghadiri perhimpunan tersebut tidak menjanjikan imbuhan untuk golongan dibawah...Marilah kita sama-sama menjadi orang yang tahu bersyukur..

Salah satu inisiatif kerajaan untuk bekas tentera. Pembayaran  One-off RM1000 untuk bekas
 tentera tidak berpencen.
ALHAMDULILLAH... syukur pada Allah S.W.T



p/s: Tahukah anda bahawa KERABAT bukanlah organisasi 'BEBAS' seperti tertulis dalam HARAKAH tetapi ia merupakan organisasi HARAM...

Thursday, 31 January 2013

AL KISAH PAK JENERAL YANG KONONNYA KECEWA?


Terkilan dan kecewa juga dengan kenyataan media oleh Lt Jen Ghafir (Bersara), bekas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) pada 23 Jan 2013 yang disiarkan melalui YouTube bertajuk “Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM” kerana bukan sahaja kenyataan beliau boleh menimbulkan persepsi negatif warga dan bekas tentera termasuk di kalangan rakyat terhadap Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kerajaan memerintah malah disebabkan oleh pilihan beliau untuk berada di pentas pembangkang.

Tonton video dibawah:



Sebenarnya, beliau mempunyai banyak opsyen lain untuk malahirkan rasa ketidakpuasan hati. Mengapa dan kenapa pentas pembangkang menjadi pilihan?? Entahlah......!!! namun ada juga beliau tersasul....."semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri....." Tutur lidah lebih pantas menterjemah gema hati (niat) mengatasi pemerosesan minda (otak)hehehehe!!!!!! Kenyataan beliau mengenai kedaifan kem tentera dan peralatan serta kelengkapan ATM seperti yang dibangkitkan adalah merujuk semasa era beliau selaku TPTD.

Pada ketika itu sememangnya ATM menghadapi kekangan peruntukan untuk perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana kem kerana peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup warga ATM seperti perumahan dan kebajikan. Dalam era yang sama, ATM telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya berjaya untuk PKM dan PKKU melaksanakan perletakan senjata dan dalam misi keamanan sejagat di bawah panji-panji PBB dengan melibatkan lebih ramai warga ATM. 

Komitmen ATM ini telah menghasilkan produk "keamanan" yang seluruh rakyat kecapi sekarang malah mendapat pengiktirafan PBB dan masyarakat antarabangsa. Perubahan masa telah membawa pelbagai transformasi permodenan ATM dalam pelbagai aspek meliputi perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana ATM termasuk aspek kebajikan bekas tentera. Pelan transformasi kerajaan telah memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ATM secara menyeluruh. Kerajaan kini terus komited memastikan agar ATM sentiasa menjadi tonggak pertahanan negara yang kredibel bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. 

Justeru, warga dan bekas tentera diseru untuk memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta Government of the Day malah tidak mudah dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam usaha pembangkang menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera. Kesimpulannya, hanya kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera. Sokongan undi anda kepada BN sempena PRU 13 nanti adalah satu pilihan tepat yang mempamerkan nilai tinggi kebijaksanaan anda.

Sumber: Merapu Sakan



Terdapat PULUHAN lagi jeneral-jeneral bersara yang pernah berkhidmat dengan ATM dari era 70 an hingga 90 an dan ada yang masih hidup. Namun, tidakkah anda berasa pelik kerana mereka tidak pula membuat kenyataan-kenyataan seperti Datuk Ghafir yang seolah-olah menyalahkan kerajaan/ATM/KEMENTAH walhal beliau sedar kekangan kewangan yang dihadapi pada zaman beliau berkhidmat?

Mengapa pula beliau tidak bercerita mengenai RATUSAN malahan RIBUAN kejayaan ATM termasuk proses permodenan drastik termasuk persenjataan, modal insan, prasarana termasuk aspek kebajikan untuk ATM sejajar dengan perkembangan semasa? Come on la Datuk, mengapa mahu bercerita pada zaman Datuk di Namibia puluhan tahun dahulu, sedangkan Datuk tidak pula bercerita mengenai kejayaan semasa termasuk keistimewaan ATM sekarang?

Dalam pada masa 'kesusahan' ekonomi negara pada tahun 70an dan 80an, saya difahamkan melalui rakan-rakan seperjuangan, Datuk diberi peluang untuk menyertai kursus di luar negara seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat. Peluang seperti itu amat sukar diperolehi oleh mana-mana pegawai tentera lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Apa yang jelas, ATM akan sebaik mungkin akan memberi peluang peningkatan kerjaya kepada anggotanya tidak kira sesukar manapun keadaan ekonomi negara.

Apa yang Askar Setia cuba sampaikan ialah marilah kita sama-sama bersikap adil dan tidak menghukum dan mengadili sesebuah organisasi sesuka hati. Mungkin Datuk sedar bahawa ATM jauh lebih maju sekarang namun, demi perjuangan dan sokongan Datuk kepada parti-parti tertentu, Datuk seolah-olah menafikannya. Mereka (orang-orang politik pembangkang) hanya mahukan kenyataan dan sokongan daripada bekas top brass seperti Datuk dan tidak lebih dari itu. 

Menyertai mana-mana parti politik terutamanya selepas menamatkan perkhidmatan adalah hak individu dan tiada halangan mengenainya. Namun, mari kita sama-sama ingati sepucuk perjanjian yang pernah Datuk tandatangani sebelum menamatkan perkhidmatan. 

Rekod perkhidmatan Datuk saya percaya amat cemerlang, tetapi usahlah cemarinya dengan bersengkongkol dengan puak-puak politik tersebut. 

Soalan saya...

APA SEBENARNYA HAJAT DAN AGENDA SEBENAR DATUK?

Thursday, 10 January 2013

ALHAMDULILLAH... RM1000 SVTB1M AKAN DIBERI ESOK (JUMAAT, 11 JAN 12)


Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000, Jumaat ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak yang dijangka akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Mengapa dilancarkan di Perak? 

Mereka yang bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak berpencen dan sudah mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini menetap di sekitar Perak.  Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari ini. 

Pemberian hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada Oktober lalu.  Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara. 

Katanya, dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit.  Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan. 

Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898.

Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers. 


Kenyataan lanjut rujuk di SINI

Sudah terlalu banyak insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan demi membuktikan janji-janji mereka untuk membela nasib bekas tentera terus terbela. Cuma rata-rata permasalahn yang sering kita dengar ialah apabila individu itu sendiri tidak berbuat apa untuk memperoleh kemudahan tersebut. Terdapat ribuan lagi bekas tentera yang layak untuk mendapat bantuan, namun tidak mengisi borang/mendaftar untuk pemberian RM1000 tersebut. Ironinya, mereka hanya menghentam dan mengkritik namun masih duduk bersila di kerusi malas dan tidak berbuat apa-apa.

Lebih menyedihkan, sudah pasti akan ada corong-corong radio buruk (saya maksudkan mulut-mulut busuk) yang mengkritik pemberian RM1000 sebagai itu lah..sebagai inilah...Atau kata mudahnya:

 BERI SALAH...TAK BERI PUN SALAH...



Thursday, 3 January 2013

KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA - LEGASI KEPERWIRAANYA AKAN TERUS BERSAMA KAMI


PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau
(kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu,
16 September tahun lalu

KUCHING – Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

kanang anak langkau

Amat menyedihkan. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila mendapat berita bahawa Datuk Kanang Anak Langkau telah meninggal. Pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah!

Biografi ringkas Kanang Anak Langkau doleh dilayari DISINI


AGI IDUP AGI NGELABAN




















Wednesday, 26 December 2012

SYUKUR...ASET ATM TELAH DIATURGERAK KE KAWASAN BANJIR


Quote daripada Utusan Melayu Online


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.

"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa banjir," katanya di sini hari ini.