Seramai 3,000 pesara
tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000, Jumaat
ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang,
Perak yang dijangka akan
disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengapa dilancarkan di
Perak?
Mereka yang bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak
berpencen dan sudah mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini
menetap di sekitar Perak. Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi
seluruh negara bermula 13 Januari ini.
Pemberian hanya sekali
sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada Oktober
lalu. Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di
seluruh negara.
Katanya, dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan
terbabit. Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana
wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban
belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan.
Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan
bantuan kewangan ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau
menghubungi pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di
talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898.
Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.
Kenyataan lanjut rujuk di SINI
Sudah terlalu banyak insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan demi membuktikan janji-janji mereka untuk membela nasib bekas tentera terus terbela. Cuma rata-rata permasalahn yang sering kita dengar ialah apabila individu itu sendiri tidak berbuat apa untuk memperoleh kemudahan tersebut. Terdapat ribuan lagi bekas tentera yang layak untuk mendapat bantuan, namun tidak mengisi borang/mendaftar untuk pemberian RM1000 tersebut. Ironinya, mereka hanya menghentam dan mengkritik namun masih duduk bersila di kerusi malas dan tidak berbuat apa-apa.
Lebih menyedihkan, sudah pasti akan ada corong-corong radio buruk (saya maksudkan mulut-mulut busuk) yang mengkritik pemberian RM1000 sebagai itu lah..sebagai inilah...Atau kata mudahnya:
BERI SALAH...TAK BERI PUN SALAH...