Wednesday, 19 September 2012

TAHNIAH MEJAR (K) DATUK NICOLE ANN DAVID (TUDM)


Tahniah buat Datuk Nicole Ann David yang hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan.


Pemilihan Nicole sebagai menghargai semangat juang Nicole sehingga muncul pemain nombor satu dunia. Sementara itu, Nicoel melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan pencapaiannya dan beliau tidak sabar mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan.

Mejar (Kehormat) Datuk Nicol Ann David dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) yang berkuat kuasa 28 Jun 2012 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara

4 comments:

  1. Aku tak faham apa motif Jeneral2 ATM bagi pangkat pegawai (walau pun kehormat) sesuka hati saja. Kalau yang si penerimanya menghargainya okaylah tapi kalau pakai lepas itu tak tau nak jaga nilai pangkat tu kaputlah. Nak dapatkan satu ketul pun kena hempas pulas selama 9 bulan ke 18 bulan. Chong Wei, Nicole, Datuk Kay, Philbin, David Teo dan ramai lagi.

    ReplyDelete
  2. Betul tu anon... orang dalam tentera kat bawah tu nak naik pangkat pun susah tapi bagi pangkat rupa nya macam buang sampah... tengok la muka general tu yakin ke bolih menang perang... menang membodek bolih lah... askar wataniah.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju betul,,mula2 gelaran datuk main suka2 bagi,,ini dh pangkat kehurmat pulak dah..menyampah betul..nk tumpang glamer ke...

    ReplyDelete