Thursday, 29 December 2011

TAHNIAH MEJAR DAVID TEO!...TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UNTUK ANDA


Askar Setia mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerbit paling produktif di Malaysia, Mr David Teo yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Syor-Syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 untuk menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat). Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.


Mejar David Teo merupakan salah seorang anggota Platun Seni yang diperkenalkan oleh KEMENTAH bersama-sama dengan artis lain. Saya secara peribadi pernah mendengar pelbagai rungutan (terutamanya dari kalangan anggota tentera) yang merasakan latihan mereka tidaklah seteruk mana dan layak digelar sebagai ‘Platun Manja’ namun, saya memandang tinggi pada sesiapa sahaja yang berani menyahut cabaran untuk menyertai Askar Wataniah. Salute lah! Biarlah apa orang nak kata, yang penting mereka berani!


Namun, kini ATM/KEMENTAH telah menjadi sasaran kritikan ramai pihak (terutamanya juak-juak politik) dalam pelbagai aspek termasuk kemampuan aset-aset pertahanan negara untuk dioperasikan. Dari cerita mengenai kapal selam sehinggalah jaket kalis peluru milik ATM telah menjadi bahan kritikan dan sendaan ramai pihak. Ironinya, saya rasa amat aneh kerana yang berkata sedemikian semuanya tidak langsung memiliki pengetahuan mengenai apa yang dipertikaikan.

KEMENTAH dan ATM secara khususnya wajar mengambil kesempatan sebegini untuk mewujudkan lebih banyak cerita bersiri, cerita pendek dan jika boleh, penerbitan filem ketenteraan bagi mempamer tahap keupayaan dan kemampuan ATM dalam mempertahankan negara. Jika perlu, tonjolkan kemampuan sebenar aset-aset pertahanan kita (dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM). Saya tertarik dengan kenyataan Mejar David Teo semasa majlis pemakaian pangkat tersebut yang lebih kurang berbunyi seperti ini:

"Satu dunia takut dengan kehebatan askar Amerika Syarikat kerana filem-filem tentera mereka yang ditayang di seluruh dunia"

Dengan adanya platform kerjasama ATM/KEMENTAH dengan pihak industri perfileman tanah air, ia merupakan satu langkah bijak dan amat positif dalam mengenengahkan lebih banyak tayangan ketenteraan di televisyen dan di pawagam-pawagam.


Sebagai contoh, pihak PDRM telah mengambil satu langkah yang amat bijak dalam mempromosi profesion kepolisan dengan penyiaran drama-drama mengenai tugas PDRM dalam mengawasi dan menjaga keselamatan dalam negara. Drama-drama seperti Roda-Roda Kuala Lumpur, Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Marin yang mempamerkan pengoperasian dan tugas PDRM telah memberi implikasi positif terhadap tanggapan masyarakat tehadap peranan dan tugas anggota polis. Bukan itu sahaja, drama bersiri iaitu ‘Berek’ (yang menceritakan kehidupan isteri-isteri anggota polis di berek-berek polis) telah turut menyumbang kepada pembentukan imej positif PDRM di mata masyarakat. Oh ya.. Cerita-cerita berkenaan ditayangkan pada masa peak hour yang sudah pasti mempunyai kadar tontonan dan hit yang amat tinggi.



Kepada Mejar David Teo, penganugerahan pangkat tersebut wajar dijadikan amanah dan pemangkin kepada anda agar lebih bersemangat dalam menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah.

 BUKAN JANJI...TAPI PASTI

Thursday, 15 December 2011

LIM GUAN ENG AKUI KEMAMPUAN KAPAL SELAM NEGARA, TETAPI......

Selepas melalui pengalaman menyelam sedalam 30 meter bersama kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui akan kemampuan kapal selam negara yang sebelum ini menjadi kritikan beberapa pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak dapat menyelam.

Guan Eng turut menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi,”

Guan Eng menyatakan bahawa beliau sangat tertarik dengan sikap profesionalisme pegawai pemerintah dan anak anak kapal dan menyatakan:

"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka...”




Askar Setia turut merujuk sumber dari rakan TLDM dan berharap agar kenyatan beliau ini diharap dapat menyelenyapkan kata-kata sumbang pembangkang khususnya DAP yang menuduh aset strategik negara  tersebut tidak berupaya melakukan selaman.   Guan Eng  juga meminta sokongan semua  rakyat   atau mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan  pengorbanan krew kapal selam TLDM dan malah menghargai  mereka  sebagai wira negara. Dalam memastikan kelancaran lawatan  khas tersebut, TLDM telah menugaskan  dua buah pesawat dan dua buah kapal perang TLDM.  Pesawat Super Lynx dan Fennec digunakan bagi membawa deligasi dari Lapangan Terbang Anatrabangsa Langkawi ke KD LEKIU untuk dipindahkan ke KD TUN RAZAK. Dalam masa yang sama KD JEBAT ditugaskan sebagai platform petugas media untuk membuat liputan lawatan tersebut.

Tetapi, persoalannya....

1.         Tunggu 2-3 hari lagi apabila penyokong buta tuli pihak pakatan rakyat akan terus mempersenda kemampuan kapal selam negara. Sebagai contoh, kita nantikan saja komen-komen pembaca di Malaysiakini dan lihat tulisan blogger-blogger yang sanggup menafikan perkara berlandaskan fakta dan menulis, menipu pembaca dengan cerita putar belit. Barangkali, Allah S.W.T sudah menutup benak fikiran mereka untuk berfikir dengan waras.Mereka-mereka ini yang saya suka gelar sebagai “Mekanik motor tapi mahu bercerita tentang anatomi badan manusia”. Yang menyedihkan. Ada pulak Mat Cai’e yang menyokong. Dah la sesat, menyesatkan orang lain pula.

2.         Isu kapal selam negara akan selesai? Mungkin tidak. Pihak pakatan rakyat dan Guan Eng akan terus mengeksploitasi isu-isu berkaitan aset strategik pertahanan negara walau dengan apa cara sekalipun. Isu tersebut tidak akan selesai. Untuk apa? Adakah mereka-mereka ini ‘dibayar’ untuk terus mengorek, mendapatkan maklumat strategik pertahanan dan lain lain? Siapa tahu...Jangan kita lupa...di internet ada gambar ‘orang kuat Pakatan Rakyat’ berjumpa dengan wakil kedutaan Singapura. Untuk tujuan apa?

3.         Kenyataan dan hasrat MENHAN yang “ingin menjemput" lebih ramai pemimpin politik pakatan rakyat untuk  merasai dan melihat sendiri kemampuan kapal selam negara dengan turut menyelam bersama-sama kapal selam negara saya fikir wajar dirujuk semula. Akses kepada aset pertahanan strategik negara wajar dilakukan dalam kadar terhad dan terkawal. 

4.         Isu melibatkan KOS PEMBELIAN turut dijangka akan terus menjadi topik hangat blogger-blogegr pembangkang. Sudah ketandusan isu barangkali. Namun, isu berkenaan boleh memberi implikasi negatif kepada KEMENTAH/ATM. Ditambah pula komen pembaca yang tidak tahu apa-apa mengenai implikasi kos melibatkan penyelenggaraan dan pengoperasian kapal selam tersebut tetapi bertindak seperti HERO SERBA TAHU.


Thursday, 8 December 2011

GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perceptiondan  "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:

 “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” 

Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.


Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, 


"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

            Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.


Agenda Setting Plan
Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence


            Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).

p/s: Dipetik dan diubahsuai dari Blog Merapu Sakan.

Tuesday, 29 November 2011

MALCOY 7 MENABUR BAKTI DI LUBNAN

Sel Perhubungan Raya, J7 MK MALCOY 7  telah mengeluarkan kenyataan berikut:





Alahmadiya, Lubnan: Elemen Perubatan MALCOY 7 yang diketuai oleh  Pegawai Perubatan, Kapt (Dr) Zuraini Sulaiman bekerjasama dengan Agensi Al-Kayan bergerak ke kawasan pedalaman Alahmadiya yang terletak di dalam kawasan operasi UNIFIL untuk menyalurkan bantuan perubatan kepada penduduk kampung tersebut. Seramai lebih 25 orang pesakit termasuk anak–kanak kecil hadir mendapatkan bantuan perubatan selama tempoh 3 jam pengoperasian. Bantuan turut dijalankan di dua buah kawasan lain yang amat memerlukan serta penduduknya tidak berkemampuan iaitu di Kawkaba dan Old Burghuz setiap 3 kali sebulan.

SYABAS MALCOY7 !!!

Tuesday, 22 November 2011

KEMENTERIAN PERTAHANAN SINGAPURA TAHAN ANGGOTA HINA ISLAM

Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) dilaporkan akan mengambil tindakan seorang anggota tentera (full time national serviceman) yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook. MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.

"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di khalayak umum," kata kementerian itu. Anggota itu dikenal pasti sebagai Christian Eliab Ratnam yang menyiarkan gambar teks berbunyi 

'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian 
yang dikuatkuasakan secara paksa'

Ratnam juga dilaporkan menyokong perjuangan Israel dan Yahudi, berdasarkan bendera dan simbol Tentera Pertahanan Israel pada akaun Facebooknya, selain menganggotai kumpulan penyokong rakyat Israel dan Yahudi di Singapura.

Penyokong Israel dan Yahudi di Singapura 
Tindakannya turut dikecam oleh rakyat Singapura dan akaun Facebooknya telah ditutup.Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Hal Ehwal Awam MINDEF, Kolonel Desmond Tan berkata, siasatan polis sedang dijalankan.Menurutnya, MINDEF sedang membantu siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. Untuk maklumat pembaca, Akta Hasutan (Sedition Act) telah dikenakan keatas beliau.

FB sudah ditutup
Siasatan seumpama ini adalah yang kedua dalam bulan ini.Sebelum ini, seorang bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah. Keterangan lebih lanjut DISINI.

Walaubagaimanapun, Christian Eliab Ratnam telah memohon maaf atas kenyataan tersebut. Kenyataannya di The Online Citizen : A Community of Singaporeans adalah seperti berikut:







Monday, 21 November 2011

TENTERA DARAT MALAYSIA: PENAFIAN MEMILIKI LAMAN WEB SOSIAL


Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak mempunyai sebarang laman sosial  rasmi seperti Facebook, Friendster, Twitter, My Space atau mana mana laman sosial yang lain. Sekiranya terdapat mana-mana laman sosial yang menggunakan nama TENTERA DARAT MALAYSIA atau Logo Tentera Darat Malaysia, ia bukanlah satu laman sosial yang rasmi dan Tentera Darat Malaysia tidak akan bertanggung jawab diatas segala kandungan atau maklumat yang disiarkan. Semua maklumat berkenaan dengan Tentera Darat Malaysia hanya akan disiarkan melalui laman web ini sahaja. Harap maklum

Sumber: www.army.mod.gov.my

Contoh di Facebook
Hebahan sebegini amat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan ID TDM oleh pihak-pihak tertentu. Maklumlah, di alam maya, sesuatu maklumat tu tersebar dengan cepat sebelum kita klik butang 'enter'. Saya ada menyemak akaun Facebook dan memang benar, ada individu yang menggunakan nama 'Tentera Darat' samada dalam akaun persendirian, Page Author dan Group. Untuk tujuan apa? Itu saya kurang pasti. Mungkin ada pengguna yang benar-benar meminati profession ketenteraan lantas mewujudkan group untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan ketenteraan? Atau untuk menghimpunkan rakan-rakan sesama skot, rakan-rakan dalam satu perkhidmatan  dan lain-lain untuk saling mengenal? Cuma harus diingat, sebarang maklumat yang disiarkan  tidak mewakili pendirian atau kenyataan sebenar dari pihak Tentera Darat Malaysia.

Contoh di Facebook
Apa yang penting, biarlah setiap perkataan dan setiap maklumat yang disiarkan berlandaskan fakta yang tepat, sahih dan berintegriti. Pada rakan-rakan tentera mahupun civilian, amat dialu-alukan sekiranya anda semua dapat menyebarkan kenyataan ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih...

Friday, 18 November 2011

SIARAN TERLEWAT : MEJAR WERAR SULEIMAN ALI JUARA DANCON MARCH UNIFIL

Dari Kapt. Masrina di Lubnan

MALCOY 7 LAHIRKAN WIRA NEGARA


Sel Perhubungan Raya, J7 MK MALCOY 7  telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Kem Kawkaba, Lubnan: Pegawai Staf J3 MALCOY 7, Mejar Werar Suleiman Ali merangkul kejuaraan sebagai pemenang pertama dari Negara - negara Asia dalam pertandingan DANCON March UNIFIL  di Naqoura dengan jarak larian 23 KM  bersama beban seberat 10KG mencatat tempoh kurang 4 jam. Penyertaan 18 orang peserta dari MALCOY 7 dan MALBATT 4 memberi saingan rapat kepada  200 orang peserta dari  9 buah negara – negara UNIFIL lain.

Larian bersama Bendera Malaysia semasa DANCON March UNIFIL pada jarak 23KM bersama 10KG beban, Mejar Werar Suleiman Ali peserta dari MALCOY 7 mendahului senarai sebagai pemenang pertama dari Negara – negara Asia dengan catatan masa kurang 4 jam di Naqoura, Lubnan
DANCON March adalah merupakan tradisi Angkatan Tentera Denmark semenjak tahun 1972 yang di teruskan di beberapa buah negara seperti Kosovo, Iraq, Afghanistan, Lunan dan Gulf of Aden dengan jarak 25 KM atau 100 KM bersama beban sebanyak 10 KG. Penyertaan adalah dari penduduk tempatan dan anggota tentera.

Ditemubual Mejar Werar berkaitan perkara yang mendorong beliau sehingga mencapai kejayaan walau pada usia lebih 40 tahun. Beliau menjawab bahawa rancangan latihan yang berterusan, konsisten dan bersistematik yang diamalkan sejak DANCON March UNIFIL pertama dipertandingkan, awal Ogos 2011 menjadi faktor utama kejayaan beliau dan tindakan tepat beliau menjadikan Pertandingan DANCON March UNIFIL sebagai pemangkin kearah mendapatkan kesihatan yang baik.

KEJAYAAN DI TANGAN MALCOY 7 Pemenang nombor satu dari Negara – negara Asia DANCON March UNIFIL, Mejar Werar Suleiman Ali peserta dari MALCOY 7 bergambar bersama dengan pingat dan sijil kemenangan setelah menamatkan larian sejauh 23KM dengan catatan masa kurang 4 jam di Naqoura, Lubnan.
Turut mendapat perhatian Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat berkaitan kejayaan tersebut. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang telah dibuktikan oleh Mejar Werar dan menggalakkan anggota - anggota lain mencontohi Mejar Werar bagi mengharumkan nama negara walau dimana berada.

Tuesday, 15 November 2011

BLOGGER MILOSUAM KANTOL SIAR MAKLUMAT PALSU

Rentetan daripada laporan akhbar oleh Utusan Malaysia mengenai hasrat TLDM untuk memiliki kapal 'halimunan', (klik SINI), berderu-deru blogger upahan Pakatan Rakyat menulis dan mengkritik hasrat tersebut. Ada yang menulis ikut sedap jari menekan keyboard tanpa melakukan sebarang penyelidikan terlebih dahulu mengenai faktor perbandingan harga dan spesifikasi kapal-kapal berkenaan. Lebih mengjengkelkan, blogger-blogger berkenaan menulis tidak berlandaskan KEWARASAN dan ditokok tambah oleh komen-komen dari pembaca yang melepaskan geram.

Blogger MiloSuam merupakan salah seorang blogger upahan PR yang 'bersusah-payah' mencari fakta demi menyiapkan sebuah artikel untuk mengkritik  hasrat TLDM tersebut. Namun, beliau silap sama sekali. Artikel tersebut telah disangkal oleh blogger Bidaman yang jelas berjaya mengemukakan fakta dan hujah tepat mengenai spesifikasi kapal-kapal berkenaan dan kelebihannya sekiranya beroperasi di perairan negara. 

Milosuam Kantoi Lagi ! : Kapal Peronda Malaysia Terlalu Mahal Berbanding Filipina??

Blogger Milosuam buat fitnah ! Kali ni berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia . Blogger ini dengan kemampuan berfikir dan mencari maklumat yang amat lemah telah membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina. Saudara-saudara sekelian, sebenarnya Milosuam sedang membuat perbandingan harga umpama harga segelas air suam dengan harga segelas fresh orange. Berikut adalah penjelasan sebenar.

Dua syarikat yang tersenarai pendek ialah kapal kelas Sigma 10614 (Belanda) dan kelas Gowind (Peranchis).

Sigma Class - SGPV Malaysia (Option 1)






i. Reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar.

ii.Penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia. 

iii. Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi.


iv. Pada 6 Feb. 2008, kerajaan Maghribi telah menandatangani kontrak USD1.2 billion dengan Schelde Naval Shipbuilding untuk pembinaan 2 buah SIGMA class. 

sumber:   http://en.wikipedia.org/wiki/Sigma_class_corvette


Gowind Class - SGPV Malaysia (option 2)


i. Rekabentuk Halimunan setanding friget class Delta (Singapore) , berkonsep Stealth


ii. Kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.


iii. Spesifikasi pembinaan mempunyai panjang 99.5m dan sesaran/displacement 2,200 tons (muatan penuh).

sumber:-

"Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo".

"Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut".

Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion). Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan 

sumber:

Kesimpulan.

Berdasarkan maklumat di atas, harga untuk sebuah Sigma class =( USD1.2 bil x 3.15 ) / 2 = RM 1.89 billion) . Manakala harga untuk sebuah Gowind class = (USD1.25 billion x 3.15) / 4 = RM 0. 984 billion


Perlu kita ingat harga yang tertera di atas ialah pada tahun 2008 (Sigma class) dan tahun 2006 (Gowind class), tukaran USD berbanding dolar bukan pada kadar 3.15 , dan sepatutnya pada kadar yang lebih tinggi.



Dan sekarang kita telah berada pada tahun 2011, spesifikasi untuk Sigma class dan Gowind class telah dipertingkatkan juga sepatutnya kos juga meningkat tetapi kerajaan masih berupaya berunding sehingga berjaya mendapatkan harga hanya pada RM1 billion sebuah . 

Apa yang dibeli oleh kerajaan Filipina ialah (Hamilton class) ship iaitu jenis kapal tempur yang berbeza berbanding Sigma class dan Gowind class.





Dari wikipedia serba sedikit berkenaan Hamilton class ;

"The Hamilton class cutter was the largest class of vessel in the United States Coast Guard until replaced by the National Security Cutter, aside from the Polar Ice Breakers. The hull classification symbol is prefixed WHEC. The cutters are called "Hamilton class" after their lead ship, or "Secretary class" because they are named after Secretaries of the Treasury (with the exception of "Hero Class cutters" Jarvis, Munro and Midgett,). They are powered by a CODOG (Combined Diesel or Gas) system consisting of two diesel engines and two gas turbines, and have controllable pitch propellers. Equipped with a helicopter flight deck, retractable hangar, and the facilities to support helicopter deployment, these 12 cutters were introduced to the Coast Guard inventory in the 1960s. Beginning in the 1980s and ending in 1992, the entire class was modernized through the Fleet Rehabilitation and Modernization (FRAM) program, which included the replacement of the original 5 inch (127 mm)/38 caliber gunwith a much more modern 3 inch (76 mm)/50 caliber weapon. The primary mission of these vessels is enforcement of laws and treaties and search and rescue (SAR) on the high seas, including the U.S. exclusive economic zone."

Jelas spesifikasi dan teknologi Hamilton class adalah lebih rendah berbanding Sigma dan Govind class. Pada masa kini Hamilton class digunakan oleh dua negara iaitu Filipina dan Nigeria.

Blogger Milosuam kantoi lagi... jelas sekali blogger pro -PR ini melakukan analisis yang amat dangkal sekali . Banyak lagi posting2 beliau sebelum ini dipersoalkan kesahihannya. Apa yang menarik , pemberi komentar menyokong dalam 'entry' beliau hanya mengangguk seperti lembu yang dicucuk hidung tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.


Monday, 14 November 2011

LAGI KOLUMNIS PENIPU BERKAITAN TLDM

Bila aku baca artikel di Malaysia Today mengenai KD Transformer 1Malaysia ada sesuatu yang mencuit hati ini. STUPID!. Saya rasa itu klasifikasi paling tepat yang saya boleh berikan kepada penulis yang bernama Hakim Joe yang menulis seperti HERO seolah-olah tahu serba serbi mengenai aset-aset pertahanan di Malaysia-Today. Stealth Technology? Saya sarankan Hakim Joe buat kajian terlebih dahulu, semak betul-betul dan jika perlu, rujuk kamus McMillan terlebih dahulu jika mahu bercerita tentang Stealth Technology. Tidak perlu rasanya bercerita mengenai sesuatu yang anda tidak tahu. Lebih buruk lagi, Hakim yang kurang cerdik ini mahu bercerita mengenai aset perolehan TLDM. Kelakar pun ada.

Pelik bin ajaib. Dari mana asal usul idea beliau untuk menipu pembaca dengan dakwaan tidak berasas dan tanpa usul periksa. Pihak TLDM dikatakan berniat untuk memperolehi 6 buah US-made Hamilton-class Offshore Patrol Vessel (OPV) dari Amerika Syarikat? Dari sumber mana ni bang? Dakwaan kurang cerdik berkenaan ditokok tambah pula dengan dakwaan nilai sebuah OPV ialah RM1Bil. Fuhhh... Pembelian tersebut didakwa dibuat kerana:

It is well known on the maritime scene that any vessels traversing the Straits of Malacca runs a high risk of being hijacked and henceforth the urgent need of such vessels to effectively deal with this sea borne threat. With Its array of ion cannons and stealth capability, the RMN should find no trouble discouraging any would be pirates from ever operating anywhere near Malaysian territorial waters (Singapore is okay).

Petikan asal artikel ‘Hakim Joe’
di Malaysia Today.net



Hakim Joe, seperkara lagi yang saya cuba ketengahkan ialah masalah perlanunan dan jenayah maritim di Selat Melaka adalah amat terpencil dan kini saudara mendakwa sebaliknya. What the...  Mungkin beliau menggunakan statistik International Maritime Bureau (IMB) 10 tahun yang lepas barangkali. Bukan itu sahaja, dakwaan beliau mengenai “Singapore (Strait) is okay” adalah satu kenyataan yang amat mengjengkelkan dan mempamerkan kebodohan saudara dalam membincangkan isu-isu maritim, perlanunan dan aset ketenteraan. Saya syorkan agar saudara periksa statistik jenayah maritim di Singapore Straits dari tahun 2006. Statistiknya jelas menunjukkan kenaikan jumlah kes jenayah di kawasan perairan tersebut. Ok, saya mudahkan (rujuk www.icc-ccs.org kemudian klik “IMB Piracy Reporting Centre”, kemudian klik “Life Piracy”…)

Kemudian, untuk menjadikan artikel tersebut lebih ‘catchy’, Hakim Joe menokok tambah dengan mendakwa:

The USN has also indicated that these new Hamilton class vessels will be renamed as the Transformer class to befit its billion Ringgit price tag and quite a few top RMN echelon are secretly hoping to name the first of these vessels Optimus Prime. Secret reports leaked from the Ministry of Defense however indicates that the first of these vessels be named KD Transformer 1Malaysia and to be painted bright fluorescent pink to enable instant visibility...

Pihak TLDM akan menamakan OPV berkenaan sebagai Optimus Prime/KD Transformer 1Malaysia? Kapal-kapal berkenaan akan dicat dengan warna pink untuk mudah dilihat? Apa punya tahap kecerdikan agaknya saudara Hakim Joe ni ya?

Untuk makluman pembaca, sehingga kini, belum ada apa-apa cerita mengenai hasrat TLDM untuk membeli sebarang OPV dari Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi akan dengan nama ‘Transformer’. (mungkin Hakin Joe terpengaruh dek movie Transfomer rasanya) atau Hakim Joe sudah benar-benar terdesak untuk menjadi kolumnis HERO di Malaysia-Today dengan menyiarkan artikel ‘sensasi’ tetapi hakikatnya KOSONG dan berunsur FITNAH semata-mata. Kewujudan artikel-artikel berkenaan dan ditambah dengan komen-komen emosi dari pembaca hanya akan memburukkan keadaan dan boleh menjejaskan kredibiliti TLDM. Saudara Hakin Joe, penulisan anda adalah SALAH dan ia membuktikan bahawa anda ‘KURANG CERDIK’...


Malaysia-Today? Apa tindakan anda?



Saturday, 5 November 2011

TAWARAN RPT PERWIRA UNTUK PESARA TENTERA OLEH KERAJAAN PERAK

Susulan daripada inisiatif kerajaan negeri Perak yang telah menawarkan 7,849 lot kediaman kepada pesara polis dan tentera pada kadar premium terendah ini iaitu RM500, kini, kerajaan Perak turut memberi mereka peluang mendiami rumah termasuk jenis banglo setingkat pada kos tidak melebihi RM150,000.

Gambar Hiasan: Pengarah AP Land menunjukkan contoh rumah
didialam Skim Perumahan Angkatan Tentera 1Malaysia
Selain banglo,  rumah berkembar setingkat, teres setingkat dan teres dua tingkat akan dibina diatas lot tanah berkenaan menerusi tawaran skim Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Perwira Negeri Perak (RPT Perwira). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari, berkata kerajaan negeri (Perak) memutuskan tidak hanya memberi lot kediaman semata-mata sebaliknya turut berserta pembinaan rumah kerana tidak mahu matlamat dan hasrat murni kerajaan negeri membantu golongan itu gagal jika mereka menjual lot berkenaan.  

Projek RPT Perwira akan dibiayai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Koperasi Perumahan Bekas Angkatan Tentera selain koperasi di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Dua RPT Perwira dicadangkan di seluruh daerah iaitu 11 skim RPT Perwira Khas dan tujuh skim RPT Secara Kuota yang semuanya merangkumi 10 daerah di negeri itu. Bekas polis dan tentera yang ditawarkan lot itu boleh memilih jenis rumah berdasarkan kemampuan masing-masing untuk didirikan di atas tapak berkenaan. Bagi banglo setingkat, ia tidak boleh melebihi RM150,000. Secara keseluruhan, kita akan cuba pastikan bayaran dibuat penerima adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran bagi semua rumah yang dibina melalui skim itu. Dari segi pembiayaan pula, koperasi akan menyediakan dana pinjaman bertujuan mengurangkan beban faedah pinjaman yang terpaksa ditanggung penerima” 

Datuk Ramly Zahari
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur
Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak


Skim berkenaan bukan saja terbuka kepada bekas polis dan tentera kalangan anak Perak malah mereka dari negeri lain tetapi sudah lama bekerja dan bermastautin di Perak.  

Borang permohonan boleh diperoleh secara rasmi pada 11 November ini manakala skim itu dijangka dilancarkan DS Zambry di Tapah Road, daerah Batang Padang sebelum akhir tahun ini.  

ASKAR SETIA menjangkakan bahawa lepas ni mesti ada mulut-mulut yang akan terus merungut mengatakan usaha murni tersebut adalah rentetan daripada usaha KERABAT, kerajaan negeri sudah paniklah dan pelbagai kritikan yang lain, walhal inisiatif sebegini semestinya salah satu daripada 'core business' Kerajaan Pusat/Negeri/ATM/LTAT/PBTM dan sebagainya untuk memastikan kebajikan bekas pesara tentera terus terbela. Kita tiada punya kuasa untuk menutup mulut-mulut tempayan puak-puak pembangkang yang semestinya akan putar-belit fakta mengkritik memutar belit fakta berkaitan usaha murni ini. Biarlah Si Luncai jatuh dengan labu-labunya, asalkan objektif utama inisiatif ini sampai kepada yang benar-benar berhak. Syabas kepada kerajaan negeri Perak. Askar Setia sentiasa optimis bahawa usaha murni sebegini akan di laksana oleh kerajaan negeri yang lain untuk bekas tentera.



HONORING ALL WHO SERVED!