Selepas melalui pengalaman menyelam sedalam 30 meter bersama kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui akan kemampuan kapal selam negara yang sebelum ini menjadi kritikan beberapa pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak dapat menyelam.
Guan Eng turut menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi,”
Guan Eng menyatakan bahawa beliau sangat tertarik dengan sikap profesionalisme pegawai pemerintah dan anak anak kapal dan menyatakan:
"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka...”
Askar Setia turut merujuk sumber dari rakan TLDM dan berharap agar kenyatan beliau ini diharap dapat menyelenyapkan kata-kata sumbang pembangkang khususnya DAP yang menuduh aset strategik negara tersebut tidak berupaya melakukan selaman. Guan Eng juga meminta sokongan semua rakyat atau mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan pengorbanan krew kapal selam TLDM dan malah menghargai mereka sebagai wira negara. Dalam memastikan kelancaran lawatan khas tersebut, TLDM telah menugaskan dua buah pesawat dan dua buah kapal perang TLDM. Pesawat Super Lynx dan Fennec digunakan bagi membawa deligasi dari Lapangan Terbang Anatrabangsa Langkawi ke KD LEKIU untuk dipindahkan ke KD TUN RAZAK. Dalam masa yang sama KD JEBAT ditugaskan sebagai platform petugas media untuk membuat liputan lawatan tersebut.
Tetapi, persoalannya....
1. Tunggu 2-3 hari lagi apabila penyokong buta tuli pihak pakatan rakyat akan terus mempersenda kemampuan kapal selam negara. Sebagai contoh, kita nantikan saja komen-komen pembaca di Malaysiakini dan lihat tulisan blogger-blogger yang sanggup menafikan perkara berlandaskan fakta dan menulis, menipu pembaca dengan cerita putar belit. Barangkali, Allah S.W.T sudah menutup benak fikiran mereka untuk berfikir dengan waras.Mereka-mereka ini yang saya suka gelar sebagai “Mekanik motor tapi mahu bercerita tentang anatomi badan manusia”. Yang menyedihkan. Ada pulak Mat Cai’e yang menyokong. Dah la sesat, menyesatkan orang lain pula.
2. Isu kapal selam negara akan selesai? Mungkin tidak. Pihak pakatan rakyat dan Guan Eng akan terus mengeksploitasi isu-isu berkaitan aset strategik pertahanan negara walau dengan apa cara sekalipun. Isu tersebut tidak akan selesai. Untuk apa? Adakah mereka-mereka ini ‘dibayar’ untuk terus mengorek, mendapatkan maklumat strategik pertahanan dan lain lain? Siapa tahu...Jangan kita lupa...di internet ada gambar ‘orang kuat Pakatan Rakyat’ berjumpa dengan wakil kedutaan Singapura. Untuk tujuan apa?
3. Kenyataan dan hasrat MENHAN yang “ingin menjemput" lebih ramai pemimpin politik pakatan rakyat untuk merasai dan melihat sendiri kemampuan kapal selam negara dengan turut menyelam bersama-sama kapal selam negara saya fikir wajar dirujuk semula. Akses kepada aset pertahanan strategik negara wajar dilakukan dalam kadar terhad dan terkawal.
4. Isu melibatkan KOS PEMBELIAN turut dijangka akan terus menjadi topik hangat blogger-blogegr pembangkang. Sudah ketandusan isu barangkali. Namun, isu berkenaan boleh memberi implikasi negatif kepada KEMENTAH/ATM. Ditambah pula komen pembaca yang tidak tahu apa-apa mengenai implikasi kos melibatkan penyelenggaraan dan pengoperasian kapal selam tersebut tetapi bertindak seperti HERO SERBA TAHU.
Ni lah satu-satunya masalah kita, apa hal lah dok bawak Guan Eng tu naik kapal selam. Kan ke dah dedahkan macam-macam. Politik pembangkang ni jangan di layan sangat, mereka ni semua kalau kerajaan yang buat semua tak betol. Yang betol deper saja. Zahid Hamidi pon satu bangang, nak cover story lah konon, last-last perkhidmatan TLDM yang jadi mangsa. Tu lah aku cakap, orang politik ni bangang. Tak pernah pakai logik akal.
ReplyDeleteApa-apa pun inilah masanya rakyat kena akur bahawa mereka have make a wrong judgement about the navy and her assets, terutama sub.
ReplyDeleteNavy The Best,
ReplyDeleteSaya tidak fikir bahawa keseluruhan rakyat memandang negatif dan skeptikal terhadap kemampuan TLDM. Hanya sebilangan kecil pengikut-pengikut BUTA pihak Pakatan Rakyat dan terdapat juga golongan SUKA-SUKA beri komen negatif. Itu lumrah alam internet.
Tp, sangkaan saya benar2 tepat. kerana, sekarang TLDM dihujani pula dengan isu kapal RM9b.