Saturday, 5 November 2011

TAWARAN RPT PERWIRA UNTUK PESARA TENTERA OLEH KERAJAAN PERAK

Susulan daripada inisiatif kerajaan negeri Perak yang telah menawarkan 7,849 lot kediaman kepada pesara polis dan tentera pada kadar premium terendah ini iaitu RM500, kini, kerajaan Perak turut memberi mereka peluang mendiami rumah termasuk jenis banglo setingkat pada kos tidak melebihi RM150,000.

Gambar Hiasan: Pengarah AP Land menunjukkan contoh rumah
didialam Skim Perumahan Angkatan Tentera 1Malaysia
Selain banglo,  rumah berkembar setingkat, teres setingkat dan teres dua tingkat akan dibina diatas lot tanah berkenaan menerusi tawaran skim Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Perwira Negeri Perak (RPT Perwira). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari, berkata kerajaan negeri (Perak) memutuskan tidak hanya memberi lot kediaman semata-mata sebaliknya turut berserta pembinaan rumah kerana tidak mahu matlamat dan hasrat murni kerajaan negeri membantu golongan itu gagal jika mereka menjual lot berkenaan.  

Projek RPT Perwira akan dibiayai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Koperasi Perumahan Bekas Angkatan Tentera selain koperasi di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Dua RPT Perwira dicadangkan di seluruh daerah iaitu 11 skim RPT Perwira Khas dan tujuh skim RPT Secara Kuota yang semuanya merangkumi 10 daerah di negeri itu. Bekas polis dan tentera yang ditawarkan lot itu boleh memilih jenis rumah berdasarkan kemampuan masing-masing untuk didirikan di atas tapak berkenaan. Bagi banglo setingkat, ia tidak boleh melebihi RM150,000. Secara keseluruhan, kita akan cuba pastikan bayaran dibuat penerima adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran bagi semua rumah yang dibina melalui skim itu. Dari segi pembiayaan pula, koperasi akan menyediakan dana pinjaman bertujuan mengurangkan beban faedah pinjaman yang terpaksa ditanggung penerima” 

Datuk Ramly Zahari
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur
Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak


Skim berkenaan bukan saja terbuka kepada bekas polis dan tentera kalangan anak Perak malah mereka dari negeri lain tetapi sudah lama bekerja dan bermastautin di Perak.  

Borang permohonan boleh diperoleh secara rasmi pada 11 November ini manakala skim itu dijangka dilancarkan DS Zambry di Tapah Road, daerah Batang Padang sebelum akhir tahun ini.  

ASKAR SETIA menjangkakan bahawa lepas ni mesti ada mulut-mulut yang akan terus merungut mengatakan usaha murni tersebut adalah rentetan daripada usaha KERABAT, kerajaan negeri sudah paniklah dan pelbagai kritikan yang lain, walhal inisiatif sebegini semestinya salah satu daripada 'core business' Kerajaan Pusat/Negeri/ATM/LTAT/PBTM dan sebagainya untuk memastikan kebajikan bekas pesara tentera terus terbela. Kita tiada punya kuasa untuk menutup mulut-mulut tempayan puak-puak pembangkang yang semestinya akan putar-belit fakta mengkritik memutar belit fakta berkaitan usaha murni ini. Biarlah Si Luncai jatuh dengan labu-labunya, asalkan objektif utama inisiatif ini sampai kepada yang benar-benar berhak. Syabas kepada kerajaan negeri Perak. Askar Setia sentiasa optimis bahawa usaha murni sebegini akan di laksana oleh kerajaan negeri yang lain untuk bekas tentera.



HONORING ALL WHO SERVED!


6 comments:

  1. Beruntung sungguh bagi bekas tentera yang diam di Perak, kalau Wak diam di Manjung sekarang mahu saja Wak mohon sama. Tapi biarlah itu bukan rezeki Wak, kerana Wak dah diam di kampung sekarang ni. Beruntunglah bekas yentera yang ada di Perak.

    ReplyDelete
  2. wah,org perak.pe lagi.mari ramai2 kita daftar nama.peluang keemasan ni.tq kerajaan perak n atm

    ReplyDelete
  3. dlm kedah habuk pun tarak yg tau nak makan besar masuk poket depa aja maklum la kerajaan la ni bukan perihatin sangat BN ambik balik tampuk pimpinan kalau tak ambik balik kedah akan kena jual yg ada tak tau nak buat keja duduk la pun org yg terdahulu dah buat dah HARAP BN AMBIK BALIK JANGAN CAKAP BANYAK

    ReplyDelete
  4. Ini baru betul, terbela juga nasib bekas tentera, negeri lain apa cerita ? Baru lah negara maju dan aman.

    ReplyDelete