Thursday, 8 September 2011

TERIMA KASIH ATM! : PROJEK MENAIKTARAF JALAN BALAK DARI LONG LOPENG KE BA’KELALAN, SARAWAK

Terima kasih ATM!!! Usaha murni Angkatan Tentera Malaysia terutamanya daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dalam menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan sejauh 75 km termasuk jalan ranting. Projek Jiwa Murni ATM yang merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM membina 126 buah pembetung dan membina lima buah jambatan modular Compact 200 untuk kegunaan masyarakat setempat.

Jalan sepanjang 63.5 km telah siap dinaik taraf dengan soil stabiliser dan diletakkan satu lapisan sealant. Manakala 39 km telah siap dengan dua lapisan sealant. Empat buah daripada 5 buah jambatan telah dibina dan sebuah lagi akan disiapkan pada 26 Ogos 11. Dijangkakan, projek berkenaan akan disiapkan pada 16 September 2011.







3 comments:

  1. bagus la, sekurang2nya walaupun negara aman sumbangan mereka tetap ade. di samping tugas menjaga persempadanan negara dan operasi lain.

    ReplyDelete
  2. Sumbangan ashkar tak pernah digembar-gemburkan, zaman awak dulu pon macam-macam kami buat, kami tak pernah pon mintak publisiti..cukup sekadar terima kasih dari rakyat sebagai tanda usaha dihargai dan alhamdulillah, kalau kita tengok banyok lagi yang ashkar dah buat dan depe semua tahu..masalahnya puak-puak pembangkang ni tahu nak mengata saja, raelitinya depe bukan tak tahu, saja nak buat onar...depe kan cerodik..cerodik buoh katakan..

    ReplyDelete
  3. inilah kesinambungan "tentera dan rakyat,berpisah tiada"

    ReplyDelete