Friday, 9 September 2011

KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK BOLEH DIMAAFKAN

Ekoran daripada kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero, timbul pelbagai reaksi terutama bekas tentera, homeguard, bekas polis dan ahli keluarga mangsa yang terlibat secara langsung dalam melawan komunis. Semuanya marah, kecewa serta menegaskan bahawa kekejaman komunis tidak boleh diketepikan dan dimaafkan.


"Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal." 

Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini".

'Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis. Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.



Onjining menunjukkan kaki kananya yang kudung 
terpijak jerangkap samar Pengganas  Komunis



Selain itu, kenyataan oleh 3 bekas komando iaitu bekas Pegawai Waren  Hussin Mahbeb dan Damanhuri Husin serta  bekas Koperal Yaacob Hasan dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia telah mengambarkan betapa marah dan geramnya bekas-bekas tentera ini terhadap kenyataan Mat Sabu. Mereka mencabar Mat Sabu untuk bertemu mereka dan menceritakan ketidakpuasan hati beliau terhadap pasukan keselamatan negara hingga sanggup mengangkat komunis sebagai wira. berita lanjut


Bekas anggota PPH 1/72 RASCOM, Sarawak pulak menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu menceritakan pengalaman bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH)  1/72 yang berkhidmat di Sarawak sejak tahun 1972 hingga 1981. Mereka menyoal Mat Sabu bagaimanakah sekiranya di antara yang terkorban itu adalah adik beradik Mat Sabu, adakah beliau mengizinkannya. Mereka juga tidak meminta Mat Sabu untuk melawat ke pusara atau mengalung bunga atau melawat mereka yang masih hidup. Tetapi tidak perlu la memperlekeh dan memperlecehkan mereka yang terkorban dengan darah dan nyawa. berita lanjut


Beberapa bekas pengawal kampong atau homeguard kaum cina Daerah Bera, Pahang iaitu Tan Kim Hock, Mohamed Tan Abdullah dan Koe Tan turut mengecam Mat Sabu kerana menjulang komunis dalam tragedi Bukit Kepong. Mereka menyifatkan bahawa hanya mereka yang gila dan hilang akal sahaja akan menyokong komunis. Mereka berharap pemimpin pembangkang tidak bermain politik dengan menjual bangsa dan negara. Tan Kim Hock  berkata, “Jagalah negara ini, sokonglah kerajaan sedia ada, banyak faedah sudah kita dapat setelah merdeka 54 tahun lalu”. berita lanjut



Dalam akhbar Sinar Harian, anak mangsa tragedi Bukit Kepung, Azlas Jaafar menegaskan beliau enggan berjumpa Mat Sabu.  Beliau sangat sedih dan tidak sangka sama sekali Mat Sabu sanggup akan mengangkat komunis sebagai hero. Beliau berkata “Saya tak akan maafkan dia. Jangan datang jumpa kami di sini, kami tidak mahu dan saya benci dia. Dia sepatutnya dikenakan hukuman. Sebenarnya dialah penderhaka dan pengkhianat negara.”

Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PKR yang menyokong kenyataan Mat Sabu ini perlu segera meminta maaf kepada pejuang-pejuang negara dan saudara mara kepada mereka yang terkorban dalam menjaga keselamatan negara. Mereka perlu memohon maaf kepada balu-balu anggota keselamatan yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong.


6 comments:

  1. tu la cakap ikut sedap mulut je. jangan semua bnda nak politikkan, cari la benda lain klau nak dijadikan isu pun kenapa pasal pehlawan dan pasukan keselamatan jugak yang nak di jadikan modal, kenapa dah habis modal ke orang2 politik sekarang ni,...cakap je la pasal itik ke, kambing ke. angkasa lepas ke..ni tak pasukan keselamatan jugak la dijadikan modal.....

    ReplyDelete
  2. saya menyokong komen anda, memang benar penguasa (orang politik) semua bercakap je pandai sedangkan banyak hal/masalah yang harus di perkasakan buat rakyat dan negara, lihat sahaja gejala sosial yang masih tak dapat di bendung dan masalah penyelewengan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Yang aku peliknya ialah masih ada di kalangan bekas angkatan tentera dan polis masih menyokong perjuangan PAS, ini yang aku tak boleh terima. Dan ada pula ibu bapa yang anak anak mereka juga bekerja sebagai polis dan tentera masih menyokong parti PAS ini, berbagai bagai kata nista, caci, maki hamun terhadap anggota keselamatan tetapi ada di kalangan mereka masih menyokong pembangkang. Pelek bin ajaib.

    Lepas ini jika mat sabu nak buak laporan polis saya cadangkan jangan terima suruh dia pi lapor kepda PKM dan biar PKM siasat.

    warga sebelum merdeka

    ReplyDelete
  4. hmm..mat indera diktakan sbgai pngkianat bgsa,bgaimna pula dgn dato bhaman,mat kilau,adakag mereka dianggap sbg pngkianat??

    ReplyDelete
  5. cuba sedare-sedare sekalian baca blog ni...

    http://penditakainsingkat.blogspot.com/2011/02/rupa-rupanya-parti-melayu-pas-adalah_17.html

    Ramadhan fitri yang saya kenal merupakan seorang pelajar yang memang aktif dalam berpolitik. Tapi, KASIHAN saya lihat pelajar cerdik pandai mcm tu masih xdapat kemuka bukti yang kukuh tapi keluarkan fakta atas pagar. sama seperti org politik cakap!

    ReplyDelete
  6. Awak sebenarnya tak boleh tengok gambar-gambar macam ni, sedih, hiba bercampor marah akan timbul..negok kawan-kawan yang putuih kaki, putuih lengan, rasa macam nak nangih semula..walaupun awak sendiri pernah kena tembak di susuk kiri namun alhamdulillah masih cukup sifat badan..kalaulah kudong kaki, jawabnya tak kawin le aku dengan Cik Sopiah, dulu kira macam ratu kebaya Tanjung Piandang tu yeop...Kome semua main sedap cakap je komunih tu hero, cuba kome selidik sikit pasai komunih Bintang 3 bunuh orang-orang kampong kat Batu Pahat dulu..pasai apa..pasai orang kampong tak sokong depe punya perjuangan parti..adakah kekejaman tu kome anggap sebagai satu kebiasaan..tak pernah dibuat orang yeop bunuh orang sebab tak sokong parti..tapi komunih buat..bukan setakat tu saja, siap masokkan orang dalam guni campak dalam sungai, disuruh gali kubor lepas tu depe hentak dengan tapak udi, tertunggin masok kubor, ditembak, tak sempat baca talkin teruih kambus, tu aku cakap, kalau setakat belajar sejarah dari Tanjung Tualang sampai ke Ulu Cepor saja, baik kome rentikan bercakap pasai sejarah..kome semua yang sepupu-sepapat Mat Sabu, suroh dia cerita cerita sikit pasai kejadian tu, agak-agak berani ke dia cerita???

    ReplyDelete