Wednesday, 8 May 2013

DILEMA MB SELANGOR - KHALID IBRAHIM PALING LAYAK... AZMIN & DR RANI BOLEH BLAHHHHH...

Percaturan dan Konflik perebutan kerusi MB Selangor

KEMELUT CALON MB SELANGOR

Jika dilihat kepada PAS dan PKR, masing-masing memenangi 15 dan 14 kerusi. Maknanya PAS lebih 1 kerusi berbanding PKR. Dari segi heirakinya , PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB. Namun demikian jangan lupa perana  DAP. Mereka juga ada peranan untuk memberikan restu kepada parti mana yang bakal menjadi MB. Sudah tentu mereka juga inginkan seorang MB yang mempunyai visi dan misi yang paling hampir dengan mereka. Kalau tidak silap aku, DAP sudah pasti akan menyokong PKR. Jadi pilihan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. 

Percakaran antara mereka berdua sudah menjadi
 rahsia terbuka kepada umum (Open Secret)

PAS DALAM DILEMA

PAS tidak boleh buat apa-apa kerana itu adalah keputusan teramai. Dalam masa yang sama ADUN BN tidak boleh membantu. Jadi terpulang kepada Sultan untuk merestui siapa yang baginda restui untuk menjadi MB. Sultan tidak terlibat dengan politik. Baginda hanya mahukan seorang MB yang boleh menjaga negeri dan membawa kesejahteraan rakyat baginda. Jadi aku tidak fikir Sultan akan campur tangan. Baginda akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh Parti kecuali jika baginda mendapati ADUN tersebut mempunyai moral yang kurang bagus. Jadi Azmin Ali aku fikir tidak akan direstui oleh Baginda.  

DAP KHIANATI PAS JIKA TAK SOKONG CALON PAS JADI MB SELANGOR

Dengan menyokong PKR, bermakna PAS terlepas peluang untuk menjadi MB. Ianya membawa maksud tersirat bahawa DAP telah mengkhianati PAS kerana kenapa DAP tidak menyokong PAS sedangkan PAS memiliki kerusi yang lebih besar berbanding PKR. PAS akan menerima sahaja apa jua keputusan yang diputuskan kerana itu memang sudah menjadi adat di dalam sebuah Pakatan. Suara majoriti suara dituruti. Jika PAS membantah, bermakna PAS telah ingkar. Hubungan akan menjadi keruh dan jika PAS di singkirkan dari Pakatan, DAP dan PKR masih boleh membentuk kerajaan.

azmintwiter

AZMIN MERACAU NAK JADI MB SELANGOR

TETAPI.... Lain pula ceritanya apabila PKR sendiri masih berteka teki siapakah calon paling layak untuk menjadi MB Selangor. Adakah Khalid Ibrahim atau Azmin Ali? Azmin Ali pula dilihat meracau-racau dan melobi namanya untuk menyandang jawatan penting tersebut. Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.

AZMIN ALI BUKAN PILIHAN ISTANA

Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar. Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

PAS SEDIA USUL CALON MB SELANGOR

Dr Rani (PAS) turut disebut-sebut calon tebaik PAS
 untuk jawatan MB Selangor

OK.. Azmin Ali dah dok mencanang bahawa beliaulah manusia paling layak menjadi MB Selangor. Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata jika parti itu terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar, ini membuktikan PAS sentiasa diperkotak-katikkan rakannya dalam pakatan terbabit. PAS perlu menuntut mendapatkan kuasa kerana jumlah kerusi yang dimenangi parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, adalah individu paling layak mengetuai kerajaan negeri berkenaan, lebih-lebih lagi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah dalam kalangan orang Melayu.


Jika PAS terpaksa tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar, ia membuktikan parti itu sentiasa menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya dalam pembangkang,”

- Norman Toha


Abdul Rani berkata, beliau bersedia diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika mendapat mandat daripada kepemimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 

“Jika saya diberi tanggungjawab, saya sedia menerimanya sama ada sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri. Terserah kepada pucuk pimpinan,”

- Dr Abdul Rani

Khalid Ibrahim paling layak jadi MB Selangor!

PAS SANGGUP BERI PELUANG KEPADA PKR - KHALID IBRAHIM MENANG!!!

Tetapi, lain pula cerita yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali yang menyatakan bahawa PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13). Katanya lagi, atas 'semangat setia kawan' dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. Tetapi, jika Khalid Ibrahim benar-benar menjadi MB Selangor, beliau perlu melantik lebih ramai pemimpin PAS dalam barisan EXCO bagi menunjukkan keseimbangan pembahagian jawatan berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Harap-harap begitulah ye...

16 comments:

  1. mmg elok khalid yg jadi MB. Aku ingat dialah paling layak. Selangor under khalid dah capai mcmx kemajuan, kurangkan hutang dsb. Dia lebih berpengalaman dan tak der skandal mcm Azmin aiskrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemajuan dalam membiarkan sampah tak berkutip, bekalan air kerap terputus dan keruh serta menambahkan bilangan rumah urut haram jangan kita lupakan. Satu kemajuan yang BN tak akan capai selama memerintah 55 tahun. Syabas Khalid... portfolio adat Melayu boleh beri lagi pada PAS parti yang tak mengaku Melayu tu ye...

      Delete
  2. Elok, tp masalah air x selesai2 ape kesnya. Betul2 deadlock antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Yg jdi mangsa, rakyat selangor sendiri. Aku x kisah sape nk jdi MB, tpi toloonggg lah...selesaikn masalah air ni.

    ReplyDelete
  3. Sedih melihat rakyat Sgor ni terutama Melayu beragama Islam.Tak serik-serik di permainkan olih Sepet.Pada anda penyokong PAS bukalah mata sikit,anda berhak bersuara kerana memenangi lebih kerusi.Ketaatan pada Ketua ada batasnya,ianya bolih dibantah jika keputusan merugikankan akar umbi dan Ketua hanya mementingkan diri sendiri.Niat utama untuk menegakkan syiar Islam di Negeri,tapi pengalaman 5 tahun yang lepas tak kan semudah itu untuk dilupakan jika orang dari kelumpok yang sama memerintah.Fikir fikirlah sendiri.Salam

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah ... berkat doa guru yang agung lagi suci dan mempunyai karamah yang tak terbilang ... maka puak-puak yang batil akan dan pasti berpecah-belah. marilah kita terus bermunanjat dengan keberkatan doa TGNANM semoga dengan keberkatan doa kita dan doa TGNANM maka makin cepatlah puak yang batil itu berpecah-belah dan insyaAllah akan hancur berkecai dilanda tentera ah-zab.

    ReplyDelete
  5. Tak merasa la rakyat Selangor merasai HUDUD ala PAS di Selangor. Dapat pulak MB dari parti jual pil kuda. Negeri Islam pun idak, negeri sekular mungkin ye.

    ReplyDelete
  6. Maaf ckp.....sya sokong klu anggota PAS yg jdi MB.....biar dia hpuskn klab2 mlm...judi intrnet...rumah2 urut....kdai2 no spt kat klntan mna ada kdai no.....kilang arak...biar DAP tahu bhwa Parti PAS adalah sbuah parti yg x bleh d cucuk hdung....tgas dlm syiar ISLAM......

    ReplyDelete
  7. Dikesempatan ini PAS wajib pimpin selangor utk UBAH
    I. jaga imej islam - imarahkan masjid
    ii. tutup rumah urut - punca maksiat
    iii.hapuskan 'pemberi pinjaman berlesen'=ahlong
    iv. benteras habis2an iklan haram di jalanan, pintu pejabat hatta di lampu isyarat dan paling teruk menutup papan tanda.
    (cara ini akan hapuskan ahlong)
    'BERANI KERANA BENAR'

    ReplyDelete
  8. ini semua salah umno...

    ReplyDelete
  9. selangor ada masalah air ke...tak tahu pulak walau dah lama duk selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni duduk mana bro? Kalau perumahan elit / kondo, lain la, kami ni rumah pangsa je. Mmg masalah air terjadi..

      Delete
  10. pas lebih layak..klu MB dari PKR senang ler DAP membuat percaturan..makin byk rumah urut, kedai arak, pusat karaoke, ah long..klu MB dr PAS aku syorkan tutup kilang arak Carlsberg, Anchor Beer tu sume sblm bala dari Allah turun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Bala Allah tak memilih sesiapa, kalau turun, satu kawasan akan kena..

      Delete
  11. aku setuju sbb dalam PKR ada cina..

    ReplyDelete
  12. Masalah air Selangor? Saya rasa masalah air tu cepat je selesai. Saya dah 5 tahun menikmati air free sejak pindah rumah baru. Sampah 3x seminggu dtg kutip. No complains...

    ReplyDelete
  13. Masalah air Selangor? Saya rasa masalah air tu cepat je selesai. Saya dah 5 tahun menikmati air free sejak pindah rumah baru. Sampah 3x seminggu dtg kutip. No complains...

    ReplyDelete