Sunday, 28 April 2013

KERANA TERLALU TAKSUB KEPADA ANWAR, JENERAL PKR SANGGUP MENIPU PENGUNDI JOHOR BAHRU



Calon PKR bagi kawasan Parlimen Johor Bahru, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dikatakan melanggar tiga etos ketenteraan dengan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara. 


Sebagai seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD) perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab, kata bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Amir Baharudin. Beliau berkata Md Hashim sudah melanggar tiga etos ketenteraan iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta integriti. 

"Ini secara tidak langsung memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan. Sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan politik," katanya pada ceramah di kampung Plentong Tengah di sini malam semalam. 

Amir yang dikenali dengan panggilan mesra Pak Guntor berkata Md Hashim perlu menjaga maruah tentera khususnya pasukan yang pernah dipimpinnya. Amir berkata tindakan beliau bersama rakan-rakan bekas panglima angkatan tentera mengadakan demontrasi sebelum ini bukan disebabkan Md Hashim menyertai PKR tetapi kerana kecewa atas penghinaan yang dibuat calon itu. 

"Kami tidak bantah dia bersama PKR kerana itu hak dia sebagai rakyat Malaysia untuk berpolitik, tetapi kami kecewa sebab dia memperlekeh pasukan keselamatan," katanya. 


Beliau berkata Md Hashim yang memiliki Sarjana dalam Kajian Perang tidak pernah mempunyai pengalaman di medan tempur sebagaimana yang didakwa. "Pasukan yang ke Bosnia itu hanya sebagai pengaman dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pasukan pertempuran. 

Mereka yang mengalami pengalaman bertempur hanya pasukan yang pergi ke Somalia," katanya. 


Beliau berkata sekiranya Md Hashim mahu membuat perubahan pada pasukan tentera Malaysia beliau patut melakukannya semasa menjadi PTD dari Januari 1999 sehingga Disember 2002...


13 comments:

  1. Dan ini semua salah UMNO...salahumno ni.. bala ni bala... Beliau pernah dihumban menjadi KERA BERTARAF PTD oleh puak2 umno... begitu hinanya beliau dikera-kerakan oleh umno.. memang salah umno...!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Dah memang dia berkata benar,
    Iaitu berkata tentang SALAH LAKUNYA sewaktu DIAMANAHKAN oleh pemerintah.

    ReplyDelete
  3. "Bagi saya beliau banyak buat perubahan seperti penubuhan 10 Bgd Para, Filem Lt Andan, mengadakan CD video Klip TD, Laman Web Tentera Darat, Mempebaharui BTDM agar ianya nampak menarik, Expedisi Genggaman Hariamau dan lain-lain. Rasa saya beliaulah merupakan jeneral yg terbaik antara jenera-jeneral yg ada di Malaysia..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg baiknya sangat. Beliau tidak suka meghormati org bawahan dia. Tanya di CSM bila kawan aku kata dia hempas frame gambar dia hanya kerana senget sedikit. Kalau peristiewa di Bosnia lagi hingga pegawai dia sendiri panggil kumpulan dia LIPAN BARA. Aku di sana dulu. Apa kisah anggota dia potong kayu salib dijadika kerusi, apa kisah anggota dia bercinta dgn gadis Croat hinggakan org Croat mengamuk dan mengepong tentera Malaysia setelah dia balik ke Msia. Tentera Serb tembak Mortar ke arah bandar Konji, org lain mengambil perlindungan di dalam kubu di dalam bangunan dan sekiranya peluru tu jatuh mmg kena ke arah kami tapi dia di mana dlm kereta perisai. Sepatutunya dia bersama kami kalau mati matilah bersama ini tidak..Jd kalau nak cerita banyak lg. Kalau setakat buat filem,tulis buku tu bkn primary task tentera.Dia juga patut berterima kasih pada mantan PM Tun M kerana memilih dia jadi PTD dan memotong berpuluh2 jeneral yg lebih senoir dari dari. Dia nak pilih parti mana itu terpulang tapi jgn perlekehkan tentera yg pernah dia pimpin. Aku student pada Dato Amir (Pak Guntur). Salam Pak Guntur....

      Delete
  4. hari ini dia belot, nanti kalau dia dapat kuasa orang lain belot.. so apa kesudahannya?..akhirnya semuanya tak tenteram.. kerana dia dah memulakannya... maka termakbullah hasrat musush musuh negara untuk melihat negara hancur.. mangsanya.. kita ni semua rakyat marhain yang tak cukup bekal.. bagi aku apa pun alasan yang diberi.. kalau boleh dihukum bunuh kerana treason , hukum bunuh sahaja...

    ReplyDelete
  5. Kalau dikatakan pihak pembangkang PR menipu rakyat dah payah untuk mempercayainya. ini semua disebabkan orang ramai dah mengetahui bahawa umno adalah raja penipu dimalaysia.
    Dari apa yg aku baca tiadalah penipuan yg dia katakan. hanya memperlekehkan pasukan keselamatan dan tiadalah dia menipu sesiapa...melainkan zaid hamidi yang terang2 berbohong mengatakan tentera laut filipina menembak mati lebih 30 orang pahlawan sulu ketika hari penamaan calon dimalaysia..dan kononnya jika PR memerintah melayu akan lemah. pooorah umno. kepala hotak hampa. parti kelentong rakyat adalah umno. haprak. Haram undi aku untuk umno kini dan selamanya. biar depa mampoih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti kelentong rakyat iallah pkr, haram undi aku untuk pr

      Delete
  6. dia kata k/tangan kerajaan sebagai kera nt bila pr memerintah k/tangan tidak akan diberikan apa apa seperti sekarang.mana mika semua nak makan.tak ke sama jugak nt cara nya.masa tu dia pulak blih dipanggil bapak kera.....bodo punya jenderal.klu nak ceramah tu cerita lah idea lain.xke akan kena balik pada diri sendiri.kah...kah...kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau PR perintah kakitangan kerajaan hanya di beri makan pisang ...

      Delete
  7. Rockers,
    Pahlawan Sulu,Bangang punya statement,Saya berharap sangat di satu hari nanti ada anak,adik,abang atau saudara mara sdr gugur mempertahankan negara dan ada orang yang berotak macam sdr mengatakan Mati Katak pada sdr.Jangan riak dan sombong,ALLAH itu maha berkuasa dan telah pun menunjukkan beberapa contoh kekuasaan Nya ketika ini.Bukalah mata sikit,lihat di sekeliling sdr,jangan bersikap jumud.Biar kita buta mata jangan buta hati.UMNO tidak rugi kalau kehilangan undi sdr,malah amat bersyukur kerana orang macam sdr memang tidak layak menjadi ahli.Salam

    ReplyDelete

  8. BEKAS IGP MENJADI PENASIHAT KESELAMATAN

    Penglibatan Musa sebagai penasihat keselamatan ke majlis keselamatan PR adalah:
    1.PR yakin amat yakin bersunggoh yakin bahawa akan menjadi huru hara selepas 5 hb Mei.
    2.PR tidak yakin akan kemenangan BN.
    3.Mengambil preemptive action .(sendiri fikir senario senario dan opsyen)
    4.Tidak yakin akan impartiality instituti polis dan tentera.
    5.Mencukupi barisan terlatih dan berpangkat tinggi kententeraan dan polis ATM,TLDM,TUDM PDRM untuk ada networks dalam pegawai tinggi tentera dan polis serta majlis DYMM Raja Raja.
    6.Tunjuk ada kredibilty kapada semua .
    7.Juga untuk memberi kesedaran kapada komponen pati PR bahawa PR ta mau Arab spring bermula dari PR,dan ahli mereka patuh garis panduan agar tidak mencetus apa apa yang akan mengundang tidak balas.
    8.Akan memberi nasihat bersama dengan bekas anggota panglima dan pensyarah University pertahanan kapada PR , bila Ah Beng dapat jadi Menteri kewangan, di kategari apakah belanjawan pertahanan dan kepolisan dapat di kurang kan,tanpa menjejaskan tahap keselamatan negara, dan guna penjimatan untuk sokong akujanaji PR.
    9.Untuk siasat lebihan perbelanjaan pertahanan ketirisan bocor dan lain2 .
    10. Melengkap kan barisan kepimpinan secara UMUM dengan kenytaan" kita ramai TAN SRI TAN SRI..
    seterus dan lain lain.
    Dan yang utama sekali, setiap anggan anggan cita cita rangkaian dapat di lakukan dan di laksanakan.
    Goverment is BIIIIIIG GGG bizness, berbillionbillion RM selama lima tahun,berbillioon RM, untuk di beri kapada manafaat kapada semua ahli ahli yang telah susah payah menyokong PR susah payah, mesti dapat penghargaan, GOVERMENT is BIIIIIIGGGGG Bizness.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  9. Typical Pakatoons mentality,buka tembelang,bukan untuk membela rakyat tapi mengaut harta kerajaan.Ditakdirkan PR memerintah dalam jangkamasa satu tahun 40% anggota kerajaan akan diberhentikan,tidak ada lagi anggota SB dan PGA, ini telah pun dinyatakan olih Tony Pua dan Nurul,kita tidak tahu algi apa akan terjadi pada ATM.Sdr saperti di atas ada kemungkinan terlibat atau saudara mara sendiri diberhentikan,baru padan,Belajarlah dari Negeri Sgor,gah saja jadi MB, tapi kiri kanan sepet yang control.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak yakin sb akan dihapuskan malah disogok kaw kaw oleh Nuar untuk lindungi beliau .. bukti dah ada dan dia pernah guna dan salah guna kuasa itu ..

      Delete