Friday, 26 April 2013

1,000 AHLI BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) TELAH 'BOOKING' MAUT



Kurang Ajar!!! Tak serik-serik dan kenal dek untung!!

Menurut Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.


Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.

- SINAR

6 comments:

  1. datang saja ba..jgn malu2..
    orang sabah tak kan berdiam diri

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah , tq orang sabah, sama sama lah kita jaga MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. Mereka tidak akan datang..Kerana gangguan sebelum ini sudah ditetapkan Tuhan ada sebabNya..namun tidak kali ke-2...

    Bersama-sama kita bernazar kepada Allah swt supaya ia tidak akan berlaku...

    ReplyDelete
  4. dtg jak la.. cuma kali ni mungkin kami tanam kamu urang dlm laut sak..

    ReplyDelete
  5. salam orang2 sultan sulu,
    kita berjumpa di medan saja. tak ada guna kita bercakap dalam media. sila datang dan kami sambut dgn senang hati. kalau mau ambil sabah please fikir berkali2 kerana sultan kamu dan tok wan kamu yang jual sabah kerana kempunan wang ringgit. sorry bahasa kurangggg sikit.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete