Tuesday, 19 March 2013

MENGAPA ANDA PERLU TOLAK PAKATAN JENERAL EXPIRED INI?


Bila Askar Setia bagi HINT di FB bahawa seorang bekas pegawai tentera berpangkat Lt Jeneral  telah menolak tawaran RM500,000.00 yang ditawarkan oleh PKR jika menyertai parti berkenaan, komen-komen dari para sahabat memang amat menarik hati saya. Alhamdulillah, masih ada bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang masih celik hati, waras dan tidak gelap mata dengan tawaran yang RM500,000.00 untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menjadi anjing pencacai untuk memburuk-burukkan kepimpinan ATM.

Kisah 5 orang bekas Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian yang dianjurkan oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak pihak kerana mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan ATM/KEMENTAH sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi seperti ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...


My name is General Jack.. Jack Palance
I ada jual rokok batang...
Daripada pangkat jeneral kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan perkhidmatan. Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali sebagai Jack Palance yang menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang mempunyai rekod kesalahan menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa beliau menjawat jawatan sebagai Komander Malbat 1 di Bosnia.


Penyalahgunaan kuasa beliau sebagai pegawai kanan tentera ATM turut berlaku semasa beliau menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang telah ditangkap menyalah gunakan kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan itu sahaja, semasa jeneral Jack Palance menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar status’ cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.

Ahh.. banyak lagi hendak disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Pertahanan dan mungkin bertanding di PRU 13 di Parlimen Setiawangsa, kini anda sudah tahu latar-belakang penyangak tersebut...

Menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat
semasa insiden Sauk di Bukit Jenalek

Lain pula cerita Lt Jen Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan menyalahkan pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan anggota tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk.Saya fikir Datuk dah tua dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan Datuk beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan sembunyi dalam reban ayam ajeAtaupun, Datuk perlu dibekalkan dengan kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang. 

Nampak usang dan hodoh kan prasarana ATM ni?
 (Aku perli Datuk Ghafr laa)


Mengenai kes Lahad Datu, Datuk bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itu lah, gagal ini lah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden Sauk/Bukit Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So, Datuklah boss yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti Mat Amin dan konco-konconya seperti Mej Jamaludin Darus yang merupakan anak buah Datuk dahulu..Lupa kaa?

Enjin jet dah...Lepas ni enjin motor EX-5 jiran aku pulak..
Cerita pasal Jeneral yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak payahlah saya ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog saya. Jika anda mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila rujuk entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk luahan hati warga Log TUDM pun ada.

Ada bersusun lagi cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan disiarkan pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol Nazari Mokhtar (Bersar), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon atau menteri pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput ni dah sapu.


Kepada pak jeneral KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah, malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan untuk urusan pengebumian...

45 comments:

  1. TQ.....Semua nya ada kes rupa nya.....patut lah Pong!panG!pong!Pangg! ceramah....yg keluar PKR ialah org bijak pandai...yg masuk Pkr lak yg bodo piang...sekolah tak tinggi dapat pangkat tinngi...bila nak insaf!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas pun macam tu...yg bodoh piang tak faham agama pi berceramah satu malaya...yg alim ulamak cerdik pandai d singkirkan ..Tahniah

      Delete
    2. dgn keluarnya bijak pandai dlm pkr,tersingkirnya alim ulama dlm pas,si pakar putar belit dan tinggi semangat perkauman terus dipertahankan dan diberikan kuasa dlm dap..

      Delete
    3. Ye ke ni.... tak join PAS atau PKR macamana boleh kata begitu. Kita orang berani kata kat UMNO sebab dulu memang kita orang orang umno. Memang tahu benar..

      Delete
    4. Apa nak jadi dgn semua bekas bekas jeneral ni..habis semua rahsia kerajaan masa dia berkhidmat didedahkan kepada puak MOMUNIS yg menjadi musuh dia dulu..papatah MELAYU MUDAH LUPA memang layak dilabelkan kepada semua mereka2 ini yg masih kemaruk mengejar jawatan dlm pembangkang yg sememangnya seronok menggunakan mereka2 ini kerana pernah berjawatan tinggi dlm ATM..habis digodamnya ATM ni..sedarlah anda-anda semua..siapalah anda sebelum ini jika tidak diterima masuk dlm tentera dahulu...sudah2 lah..perbuatan anda hanya menguntungkan puak2 yg bersekongkol dgn KOMUNIS..ingatlah anda telah digunakan dan digula2 kan oleh mereka ini..KOMUNIS tidak lagi memerangi kita dan tinggal dihutan..mereka ini ada disekeling kita menghentam kerajaan dlm politik..hendak menubuhkan kerajaan dgn apa cara sekalipun..agar semua agenda mereka tercapai...Hak2 istimewa MELAYU akan terhapus dibumi sendiri... renung2 kan lah...

      Delete
  2. Jeneral yg lain tak nak la komen tapi kalau yg dari TUDM tu memang tahu la sangat-sangat kisahnya sebab aku EX-AIRFORCE elok la tu masuk geng yg nak jatuh gaung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl 2..dinasihatkn bhenti sbb bnyk masalh..mmg ptut pun msuk pkr..

      Delete

  3. mangkok hayun mana nak ingat......ingat hanya pada duit!!!

    ReplyDelete
  4. Lucu memang lucu dengan askar setia ni bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan perkhidmatan. Untuk meneluskan statement awak tolong bagi data2 LLP yg mempunyai rekod kesalahan yg join PR jangan cakap sedap mulut nanti jadi fitnah dan takutlah dosa fitnah itu lebih berat dari dosa membunuh. Tentang bab prasarana di kem2 tentera untuk LLP memang amat menyedihkan contohnya kejadian lif di TLDM Lumut hingga mengorbankan Isteri kpd anggota tentera. Lihatlah juga di kuarters2 LLP betapa daifnya perabut yg ada dengan hanya rumah 2 bilik dan lift sentiasa rosak serta kerap anggota serta keluarga terperangkap. Bercakap biar berfakta dan realiti jangan hanya berfantasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejadian lif jatuh di Naval Base Lumut tu masalah senggelaraan yang tidak betul dan tidak ikut jadual. bukan masalah prasarana ATM yang lapuk..kalau lapuk, keluarga-keluarga anggota tentera dah tinggal dalam kuarters buruk..bukan dalam apartment... Alfatihah pada isteri anggota berkenaan....

      Delete
    2. ko jgn nk buat fitnah la...semua yg dalam PR adalah yg terbaik didalam ATM dahulu...orang yg telus di dalam melaksanakan tugas...cuba check balik rekod perkhidmatan di org...ttng kes rokok kt MALBAT baik ko check balik...siapa yg kena siasat...jgn buat fitnah...klu ko bercerita dgn org yg x tau blh la...

      Delete
  5. Ade bokti ke hang dok cakap ni.. cer cita .. cer cita

    ReplyDelete
  6. askar wataniah patut la sedap sgt cakap ...aku malas nk komen byk2 ...aku mmg dari tahun 1985 lg udah tk sokong pemimpin umngok ni perabih harta rakyat utk sukusakatnya aje ...sedar la diri kalau nk ckp ..mmg benar apa yg bekas jenderal ckp tu ...bodoh piang punya bekas TA ni

    ReplyDelete
  7. Salam ....menyebar fitnah dan mendedahkan keaiban sesama muslim adalah perbuatan yg dibenci dan dilaknat Allah. Semasa.masih ada masa, bertaubatlah dan mohon maaf kepada mereka2 terlibat, itu lebih baik buat sahabat....moga2 Allah mempermudahkan usaha kita menegakan hukum Allah dibumiNya ini...aameenn...

    ReplyDelete
  8. Kalau betul bekas jeneral ni bermasalah dah lama kena dakwa dimakamah. Terutama yg melibatkan rasuah. Mereka tidak didakwa kerana bila bicara di makamah banyak yg akan terbongkar. Banyak pembelian peralatan & senjata di tentukan oleh menteri bukan pegawai yg terlibat. Akibatnya banyak peralatan yg rosak atau tidak berkesan. Mereka yg tidak bersekongkol dgn menteri biasanya disingkir dari memegang jawatan dlm GLC. Hanya yg kuat mengampu dan makan komisen kaya raya.

    Buktinya laporan audit negara menyatakan beberapa juta RM diserahkan kpd syarikat tanpa nama syarikat semasa pembelian kapal NGPV dulu. Banyak lagi pendedahan penyelewengan dibuat oleh ketua audit negara setiap tahun. Kenapa ia tidak diambil tindakan? Kerana ianya melibatkan menteri, kroni dan pegawai berpangkat tinggi. Adakah laporan audit negara itu bohong? Kenapa tindakan tidak diambil kpd mereka yg terlibat?

    Abuamir

    ReplyDelete
  9. apalah nak jadi mereka ni..nasib badan...lupakah mereka budi yang telah diberikan kerajaan kepada mereka semasa dalam perkhidmatan dulu...umpama habis madu sepah dibuang....kecewa dengan mereka ni....

    ReplyDelete
  10. Nak sambung kontrak dengan kerajaan, SPRM (BPR) akan cek satu per satu tuduhan-tuduhan. General Hashim Hussein disambung 2 kali oleh kerajaan BN. Dua kali di soal siasat oleh SPRM (BPR). Kedua-dua kali tiada bukti. Ada bukti buat tuduhan tak berasas ni? Nak kena saman juga ke tuan punya blog ni?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. ang terang-terang salah, tak nak pula tulis... Berat sebelah!

    Sila tulis yang ni yang terang-terang ada bukti. Ada pekdah nya...

    http://youtu.be/9Q582WOuJ10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo kawan..cuba ko komen yg teruk2 pasal pembangkang kt blog pembangkang. ..haha komen ko tu terus tak tersiar tau..majority blog pembangkang mcm tu kecuali suara pakatan rakyat

      Delete
  13. Just like most UMNO/BN bloggers you are trying to hide behind your pseudonym. The way you write and narrate your stories is typical of the BN/UMNO bloggers making use of unrefined and almost vulgar language. Your writing of the people in your blog lacks much proof of their wrongdoings. Many of your sweeping statements can be very vulnerable to being sued by those whom you mentioned in your blog. Blogging without facts and proof of people you intent to smear their characters will end up you being dragged into legal conflict. If those whom you mentioned in your blog have sufficient proof of your slandering then there is little doubt you will taken to the court to make your defense.

    ReplyDelete
  14. Aik! Kenapa comment anak Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien kena remove? Apa dia tulis sampai kena remove?

    ReplyDelete
  15. Askar Setia,

    Jelas anda cuma ingin menyatakan suatu keburukan yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya semata-mata agar public akan memandang serong terhadap mereka-mereka ini. Saya tidak kenal siapa Brig Jen Hadi semasa di dalam perkhidmatan tetapi saya tidak sekali-kali akan membenarkan sesiapa mencemarkan maruah Jen Tan Sri Hashim dan Lt Jen Dato' Ghaffir yang saya kenal secara peribadi. Kedua-dua mereka adalah "guru" yang saya hormat keperibadian mereka. Saya mengagumi keperibadian kedua-dua mereka dan tidak pernah meragui prinsip-prinsip mereka yang tidak pernah berubah sejak saya mengenali mereka, Tan Sri sejak 1978 dan Dato' sejak 1980.

    Adakah kamu yakin dan tahu secara peribadi kebenaran tuduhan kamu? Saya berani mengatakan yang kamu hanya melemparkan tuduhan semata-mata tanpa ada rasa bersalah bahawa kamu telah memfitnah mereka-mereka ini. Dan keberanian dan keyakinan saya ini adalah kerana saya sendiri adalah pegawai MALBAT 1 di Bosnia dan tahu sendiri setiap butir tentang kebenaran "kes" penjualan rokok bebas cukai tersebut. Dan untuk tuduhan-tuduhan lain, jawatan saya semasa saya berkhidmat membolehkan saya mempunyai "access" kepada siasatan kes-kes tersebut. Tidak perlu saya mengulas tuduhan-tuduhan kamu tetapi cukup saya katakan bahawa kesemuanya adalah cubaan untuk menjatuhkan beliau semasa di dalam perkhidmatan. Tuduhan kamu akan salah laku semasa beliau menjawat jawatan Pesuhjaya Tinggi di Pakistan tidak berani saya komen kerana saya tidak tahu mengenainya tetapi secara logiknya, jika ianya berasas, mengapa beliau masih diberi kesempatan diberi jawatan penting di Wisma Putra selepas itu oleh PM? Kesimpulannya jelas, kesemua tuduhan kamu adalah fitnah semata-mata.

    Dan cubaan anda untuk menggambarkan kelemahan Dato' Ghaffir dengan mengaitkan insiden Sauk. Please Askar Setia, don't make yourself look stupid even if you are really stupid. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ini adalah isu keselamatan tetapi jika anda benar-benar seorang bekas pegawai tentera dan bukan anggota LLP, saya pasti kamu tahu apa yang saya katakan.

    Saya tidak ada masalah jika kamu berasakan kamu harus melakukan sesuatu untuk menunujkkan kesetiaan kamu kepada Agama, Bangsa dan Negara. Saya juga tidak ada masalah jika kamu menunjukkan rasa benci yang teramat sangat kamu kepada PR kerana kamu adalah penyokong setia BN. Tetapi saya tidak akan membiarkan kamu jika kamu, didalam keghairahan kamu membuktikan kesetiaan kamu itu, kamu menabur fitnah untuk menjatuhkan maruah orang-orang yang telah lama saya anggap sebagai bapa saya sendiri. Cuba muhasabah diri kamu, banyak lagi cara lain yang boleh kamu lakukan selain dari mengumpul dosa memfitnah dan mengaibkan orang. Jagalah standard kamu sebagai bekas Pegawai Tentera, be an 'Officer and a Gentlemen"!

    ReplyDelete
  16. Anon di atas ni,
    Masa awak dlm service dulu agaknya kedua dua Jen di atas ini memang cable sdr ke.Masaalah nya sekarang adalah kreditiabliti kedua duanya sudak elek.Masuk politik mau tak mau kena kutuk orang lain,yg sedihnya orang yang dikutuk adalah badan yang memberi pencen la ni.Tak malu ke.The question now why amongst few hundred x Generals still alive did not have the mentality of these 5 x Generals.I know the first answer from you will be they are apple polisher or UMNO Supporters.These Generals esp the 2 mentioned were frust menonggeng for not being selected as any Board Members of AF GLCs.You talk about Officer and a Gentlemen.Were the action of these 2 x Generals reflect what you had said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello brother,

      Pertama sekali, saya tidak menyorokkan identiti saya, saya bukan "Anon di atas ni" saya menulis menggunakan nama sebenar saya, Ramli M. Sorip, remember that name Ramli M Sorip. Jadinya, saya berani dan bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis, bukan hanya tahu membebel, mencaci, menuduh tetapi tidak mahu orang tahu siapa saya, tidak berani bertanggungjawab atas apa yang saya katakan. And you are definitely wrong my dear friend, jangan main serkap jarang dan menuduh sebarangan, throughout my 20 years of service, never a single time I seek from anyone to enhance my career or get me out of any troubles. And for your information, bukan hanya 2 bekas General di atas sahaja yang kenal rapat dengan saya, there's a lot others and more senior than both of them at that too. Sorry brother, my career advancement in the service was personally well earned, tak main cable. Anyway, forget about me, I am not the main character here.

      Now, back to the issue that you raised. I beg to differ with your suggestion that both these ex-Generals has lost credibility. No, I think, both their credibility have just been further enhanced. Otherwise, why should everyone trying to discredit them if they no longer has any, logic? What I did was just to defuse wild accusations based on my personal knowledge and not hearsay. I was there, I know what happened. So, who's words hold water, mine who happened to be a key witness to the case or the author, Askar Setia who I am definitely sure only writes based on hearsay. Yes, all the allegation were investigated, but none found to have basis. In fact, there's a lot others.

      Let's not talk about all other ex-Generals, but what's wrong with these 2 ex-Generals mentality? Just because they choose to be with the opposition you think they have gone insane? Dan apa maksud kamu, dia kutuk "badan yang memberi pencen la ni"? Adakah kamu bermaksud, kalau Pakatan Rakyat menerajui kerajaan, pencen tu takkan dapat lagi ke? Grow up man.

      Dan satu lagi, Dato' Ghaffir rejected offers to be Board Members of GLC, and Tan Sri has been made High Commissioner to Pakistan after their retirement. So, issue frust menonggeng tak pernah timbul. Like I said brother, never accuse a person if you do not know the fact. They are indeed an officer and gentlemen and deserves all the respect.

      And I am saying this because I know the facts. And yes, remember my name, RAMLI M SORIP, and I stand responsible for whatever I said!

      Delete
  17. Untuk kelima-lima General ni, 'rtd' mereka tu aku rasa stand for 'retarded' lah. Untuk yang 5 orang ni sajalah and those yang cannot keep their mouth shut to defend the nation and their own integrity. Kharrk Ptuiiiih....

    ReplyDelete
  18. Sdr Ramli,
    You think you are the only x svc who knows the fact and worked under the noses of these 2 x Generals.Tolonglah,you Pakatan Goons always in the state of denial.I respected Dato Ghafir very much when he was in the svc,but his statements recently hurt the personnels who are fighting the en of the nation.It is dangerous to get involved in politic as you easily become emotional.How do you know he rejected any offer and of all you know he was not been offered.For Jack Palance he should be grateful that the govt selected him to be The Commissioner Pakistan.Tak kiralah siapa perintah,memang betul pencen masih ada,tetapi sebagai saorang Islam kita patut berterima kasih dan bersyukur di atas pemberian pencen olih Govt of the Day dan bukan mengutuknya.Talked about Officer and Gentleman,there is something wrong with you if you still accept the actions by these few Generals reflect this famous quotation.Good luck and May ALLAH bleassed you always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon (whoever you are!),

      You clearly lost the plot here. My earlier comments was just rebutting the author's wild accusation by stating the truth based on my personal account not any hearsay. Is truth a denial? I know the truth and I feel obligated out of my respect towards those gentlemen to state them. I don't expect anyone to be convinced, less you take it with an open mind. Anywhere between those lines are denials? Don't get confused between rebuttal and denial my dear friend. And tell me, which part of Dato' Ghaffir statements that can hurt a soldier's feeling? I don't see any, less you don't understand his simple language.

      I've stated what I want to state and there's nothing more, I am not here to convince anyone. I don't owe any explanation on how I know whatever that I have said because I stand responsible for whatever I state. I don't hide behind any pseudonym, I sign off my statement with my real name.

      I respect your comments, hence I believe mine deserves to be respected too. But the way you replied to my comments clearly shows that you don't deserve to be respected. I think you are lost and disillussioned. You accused me of using those 2 gentlemen as my cables while I was in service, naaaa. Besides, I never claimed that I was "the only" officer who knows or worked under them, did I? (mind you I am a retired Army Officer, when you say "x-svc" it refers to the rank-in-file. An Officer is clearly a different breed and I am proud to be one, just if you doesn't know!). Are you trying to discredit me too? There's no reason to do so but do as you please. It only make you look more a jack-ass all the same.

      Well, say whatever you want, I've said my piece.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Soalan saya mudah saja. Adakah kita perlu menyokong UMNO sedangkan kita tahu penyelewengan berleluasa? Salah ke kalau rakyat nak cuba Kerajaan Baru? Tak salah kan. Saya nak ajak saudara semua mengembara ke Kem Sikamat, jom kita lihat sendiri. Kenapa ye ramai bekas tentera menyokong Pembangkang selepas bersara?

    ReplyDelete
  21. Apa awak ingat nak memerintah negara main cuba-cuba ke.Buka mata sedikit tengok apa jadi di Sgor,Kedah Png dan Kltan tak payah cakap la.Apa masaalah dengan Kem Sikamat.Betul ke ramai X tentera sokong Pembangkang. Yang kita tahu hanya segelintir yang berhenti 10,15 dan 18 tahun perkhidmatan yang tidak berpencen,macam di tempat saya duduk di warong dari pagi hingga t/hari buka pekong di dada.Tapi ada juga yang tidak berpencen tapi bijak menggunakan kemudahan yang disediakan olih kjaan,mereka masih bolih hidup dengan tenang,pokoknya rajin.Apa maksud sdr penyelewengan berleluasa.Apa jaminan ia nya tidak berlaku kalau PR menang.Ada kah contoh di Ktan tanah diberi pada Cina haprak,penduduk setempat diabaikan itu bukan penyelewangan.Jangan pandai bercakap saja tapi sebenarnya tin kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju setuju setuju...buat apa nak sokong org yg d ragui sngt2

      Delete
  22. Kalau dia berani jgn makan duit pencen yg tiap2 bulan dia dapat dari kerajaan...mintaklah pada PR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit pencen SEBAT, naik pencen SEBAT, BRIM pun sebat kot, lepas tu salak dan gigit kuat2 tgn yg memberi ni...inilah betul2 HAMPAS kata NIK AJIH tu..

      Delete
    2. Sah 2 orang diatas ni tak sekolah atau lulus darjah 6 shj sebab terlalu daif memahami apa itu Kerajaan dan Parti Memerintah.

      Delete
  23. peduli ape aku derg masuk PR ke x..yg penting aku benci PR aku benci Anuar King of Syaitan..
    woii haram jadah penyokong PR, jgn jd cm babi laa..Anuar sanggup jual agama korang buta ke atau mg terlalu bodo utk nampak??

    ReplyDelete
  24. Aku sama sekali tidak akn mengadaikan negara ke tangan anuar n dap..aku tak ada perdana menteri dari dap n pas..lgbt..kurang beragama..biarlah kepimpinan sekarang yang menjaga hak bumiputera..

    ReplyDelete
  25. PRU kali ni bukan antara PR atau BN tetapi tentang kelangsungan Islam dan Melayu di Malaysia

    ReplyDelete
  26. Sdr Ramli M Sorip

    Anda memang seorang officer and a gentlemen.Persoalan yg ditimbulkan memang benar seperti apa yg anda katakan atas topic diatas. Persoalan lain ialah wajarkan seorang bekas pegawai kanan tentera bercerita isu kelemahan dan kekurangan dari aspek keselamatan secara terbuka/public.Tidak kah ada saluran tertentu dan jika gagal diambil tindakan haruskah dia berusaha dengan cara yg lebih berhemah untuk menyalurkan ketidakpuasan hati general tersebut.Tidakkah mereka2 ini tertakluk kepada akta rahsia rasmi dan sumpah taat setia mereka kepada negara.Tidakkah nanti musuh mengambil kesempatan kelemahan ini menakluki negara secara halus atau kekerasan.Harap dapat dihuraikan segala kemuskilan sy diatas.TK


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara anon 23 March 2013 13.31,

      Kalau ini isu yang ditimbulkan, memang saya sependapat dengan saudara. Segala bentuk pandangan, kritikan dan perbahasan yang berkaitan dengan isu keselamatan dan pertahanan seharusnya dibahaskan secara terhad. Boleh secara terbuka, tetapi di kalangan audience yang dapat memahami apa yang diperdebatkan, semuga apa yang ditimbulkan dapat digunapakai dan tidak dipolitikkan. Munkin mereka ada alasan mereka sendiri, namun saya merasakan kedua-dua Panglima ini tidak seharusnya membuat komen sedemikian, apatah lagi di pentas politik.

      Tetapi, apa yang saya pertikaikan di sini adalah tulisan keterlauan oleh pengarang yang jelas mempunyai niat serong untuk menjatuhkan maruah kedua-dua bekas Panglima tersebut. Munkin kedua-dua mereka silap menimbulkan isu berkenaan di pentas politik pembangkang tetapi adakah ini cukup untuk melayakkan mereka-mereka ini dituduh sebagai pengkhianat, pembelot, orang yang tidak tahu mengenang budi dan seterusnya dikeluarkan cerita-cerita yang tidak sahih kebenarannya atau dengan lebih tepat satu fitnah. Dan yang menyedihkan apabila ianya mengundang komen-komen liar dan "kurang ajar" dari kebanyakannya orang awam yang tidak pernah mengenali siapa kedua-dua bekas Panglima ini. Tidakkah kita juga turut berasa malu apabila kredibiliti kedua orang bekas Panglima TD dihina dan diperlekehkan secara keterlaluan? Pada saya ini adalah perbuatan yang tidak adil, tidak beretika dan jauh sekali dari norma-norma kehidupan seorang yang berilmu dan bertamadun, apatah lagi seorang warga bekas Pegawai Tentera. Justeru itulah saya rasa terpanggil untuk membentangkan kebenaran, membetulkan fakta mengikut apa yang saya tahu, bukan mengikut apa yang saya dengar.

      Setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih jalan masing-masing dan kita seharusnya menghormati pilihan orang lain. Tegur-menegur adalah baik, tetapi biarlah secara beradab dan beretika serta jangan sekali-sekali keterlaluan sehingga memfitnah untuk menjatuhkan maruah mereka.

      Delete
  27. betul.. betul..
    nasihat lah bekas jenaral tu.
    adakah kenyataan bekas jeneral itu ada benar nya.
    kami xtau.. juga benar kah tuduhan2 kepada bekas jenaral jg betul. kami jg xtahu.. jd jgn lah kuar kan kenyataan yg menyakit kan hati dan menyakitkan mata..

    ReplyDelete
  28. Bak kata orang tua tua, bangkai gajah jangan ditutup dengan daun keladi.....itupun kalau fahamlah. macam officer kan

    ReplyDelete
  29. ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...
    ???
    Malu!!! Dengan gaya penulisan dan idea saudara pemilik blog, saudara rupanya masih gagal memahami apakah perbezaan di antara PARTI dan KERAJAAN MEMERINTAH.
    Shame on you!!

    ReplyDelete
  30. Bekas wataniah rupenyer....tu pasal x respect ngn mantan panglima....aku ley paham knp dia hentam mantan panglima...pasal dia x training mcm kadet sebenar....

    ReplyDelete
  31. Kalu wataniah ni mmg lebey sudu dr kuah...sedangkn regular sendiri pun x belebey2 mcm wataniah...huh...suda2 la admin..

    ReplyDelete