Friday, 22 February 2013

PANGLIMA ATM PERUT KEMBUNG, TENTERA WAJAR DILUDAH, TENTERA KAKI JUDI


PANGLIMA ATM PERUT KEMBUNG...

TENTERA WAJAR DILUDAH...

TENTERA KAKI JUDI...

Itulah ungkapan hinaan yang ditujukan kepada Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang disiarkan di dalam laman web Suara Pakatan Rakyat. 

Dalam pada masa Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba memujuk dan meyakinkan beberapa bekas jeneral ATM untuk membantu jentera parti tersebut memenangi pilihanraya, laman web pihak pembangkang dengan beraninya menghina seluruh warga ATM secara terbuka. Adakah kata-kata tersebut merupakan nilai anggota tentera kepada mereka? Wajar diludah? Wajar dicerca dan dihina?

Anggota ATM turut digelar sebagai PENGANGGUR BERGAJI, LEMBEK dan KURANG DISIPLIN. Pencacai (penulis dan pemilik laman web pihak pembangkang) tersebut seolah-olah lupa bahakan menafikan bahawasanya keamanan dan kemakmuran negara ini adalah berteraskan perngorbanan anggota ATM dan pasikan keselamatan yang lain. 

Persoalannya, adilkah Panglima dan anggota tentera dilabel sebegitu rupa? Dicerca sedemikian rupa? Dalam pada masa pihak pembangkang sibuk mengatur jentera parti mereka melalui KERABAT, KOBAT, PAHLAWAN dan lain-lain organisasi haram sepertinya, melaung-laungkan janji kebajikan dan keadilan buat anggota tentera namun, apa yang tersirat adalah sebenarnya, anggota tentera termasuk veteran tentera dianggap seperti sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. 

KERABAT + KOBAT = MUSIBAT

Askar Setia sempat copy salinan artikel-artikel berkenaan seperti yang disiarkan di laman web Suara Pakatan rakyat kerana mungkin artikel tersebut akan diarahkan untuk di padam sekiranya ia tidak menepati citarasa perjuangan Anwar Ibrahim. 

Ini bukan FITNAH... ini KENYATAAN. Masihkan anda mahu menyokong pihak pembangkang? Rakan-rakanku, sedarlah bahawa penghinaan sebegitu rupa akan dikenang sehingga akhir hayat. Kurang ajar!



Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Artikel 1 yang disiarkan pada 21 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI

Page 1
Page 2
Page 3



Artikel 2 yang disiarkan pada 22 Februari 2013. Rujuk artikel DISINI


Page 1
Page 2

Page 3

Masihkah anda percaya pihak pembangkang akan membela anda?





20 comments:

  1. Komen utk gambar/artikel pg 3...pantai kawasan lahad Datu dan begitu juga kawasan pantai disemenanjung amat luas. Nak kawal setiap meter tak mampu dan tak ekonomikal. Negara lain yg ramai tentera pun tak mampu...

    ReplyDelete
  2. Tuan-tuan,
    PR ini tahu mereka akan kalah PRU,mereka berani membuat kenyataan di atas,jika di takdirkan mereka memerintah,walaupun perlembagaan meyatakan ATM mesti taat pada Kjaan,adakah Jeneral-Jeneral dan Tentera lain yang telah dikutuk ini akan benar-banar ikut perintah.Jangan samakan anggota Tentera dengan Penjawat Awam lain.Silap silap mereka ambil alih kuasa dan istihar Martial Law,kumpulan anti establiment yang pertama saperti orang PR nilah yang mereka cari dulu dan dibicarakan atas tuduhan khianat atau treason.Kalau dalam Martial Law kalau didapati bersalah hukumannya adalah death by firing squad.Belajarlah dulu mengenai sejarah dengan negara yang pernah dikuasai pihak tentera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Suara Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan Pakatan'

      http://www.malaysiakini.com/news/208734

      http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/suara-pakatan-rakyat-tidak-ada-kena.html

      http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/utusan-siar-berita-dari-sumber-palsu.html

      Delete
  3. Kalo nak buat impose pun buat betul2 le

    ReplyDelete
    Replies
    1. kantoi tahap gaban bro editing tu.. mmg bangang nk mampus... x agak2 nk buat fitnah.. lagi satu klu btul gambar tu apa bodoh sgt RP tu... bodohya sapa yg percaya tu

      Delete
  4. ya rabbi...selamatkanlah negaraku

    ReplyDelete
  5. takkanlah nak layan daun terop sorang2...gila babun apa...agak2 ahhh nak kutuk askar puunn, nak super impose pun biarla logik...bagi yang buta mata dan buta hati mesti caya bulat2..terus caya tanpa usul peksa...ampunkanlah tangan orang yang buat ni ya allah

    ReplyDelete
  6. Silap kita juga,pergi judi tempat awam,minum arak tempat awam,baru2 ni lt kol kena tangkap minum arak kt setiawangsa bersama konco2nya.Salah siapa?pegawai kanan tu.byklah lg.berubahlah kearah islam,bknnya ubah peringkat bawah saje,peringkat atas jg kena berubah.Baik pegawai tentera atau LLP sendiri pn ada kutuk pihak atasan dan tak berpuas hati.diceritanya pada org awam tentang ketidakpuasan hati.ini memberi tanggapan yg silap org awam pd peringkat tertinggi.buat satu2 perkara tu,berfikirlah.biar kita dok atas,pandangan atau pendapat llp kena dengar jg.Masa berkhidmat..yes datuk,ya tuan,yes tan sri,bila dah pencen,selisih bahu pun org tak tegur.adalah something wrong diri kita tu.

    ReplyDelete
  7. KAGAT..AMBILLAH TINDAKAN.JLNKANLAH T/JWB ANDA.JGN DOK NASIHAT LLP JE,BERANI2KANLAH DIRI UTK MENASIHATI PEG ATASAN.

    ReplyDelete
  8. saya amat tertarik dengan komen diatas,yg mana kesah pencerobohan dilahat datu sabah,nampaknya kelalaian disalahkan llp ini saya kurang setuju sebab walau apa pun arahan perlaksanakan tugas bermula dari pegawai maksudnya kalau kawasan tu duduk 1 kompeni OC lah yg bertanggong jawab memberi arahan kepada llp,saya mengaku ada juga kes terpencil yg mana pegawai dan llp cuai disebabkan melaksanakan perkara yg diluar tugas.

    ReplyDelete
  9. Tuan-tuan,
    Kita jangan kelam kabut,fahami protokol atau SOP,kalau ada di kalangan tuan-tuan yang bukan dari kalangan anggota tentera jangan buat andaian dan spekulasi.Peristiwa di Lahad Datu ini setakat ini belum ada penglibatan secara terus dari pihak Tentera.Situasi masih bolih ditangani olih pihak Polis yang menerima arahan dari KDN,kerana memang tugas hakiki Polis menjaga Ketenteraman dalam negeri dan tugas utama ATM dalah untuk mempertahankan negara dari ancaman negara asing atau di takluki.Itu sebab kita ada Kementerian Pertahanan bukan Kementerian Perang sebagai contoh.Seperkara lagi saya ingin menegaskan Anggota Tentera pada amnya telah dilatih sebegitu rupa yang amat mementingkan Disiplin.Definasi Disiplin untuk Anggota Tentera adalah..To follow Orders without asking questions..contoh terbaik disiplin di Padang Kawad.Mengenai amalan meminum arak,ianya telah lama diharamkan melalui Penerapan Nilai-Nilam Islam yang diarahkan olih mantan PM,Tun Mahathir pada awal tahun 80an.PERNAMA[dulu NAAFI] tidak lagi menjual arak dan semua Wisma Perwira dan Bintara arak diharamkan.Ada kemungkinan ada di kalangan pemblok ternampak anggota tentera minum arak di restoran,eloklah siasat dahulu,mungkin mereka ini dari yang bukan Muslim saperti Iban,Kadazan dan lain-lain.Tidak dinafikan peranan KAGAT,banyak aktiviti keagamaan telah diadakan di unit-unit,ceramah tiap hari Jumaat,dialog bersama Pegawai semasa Break Naafi dan banyak lagi.Belum pernah diketahui di mana dari kalangan Pemerintah melarang anggota KAGAT melaksanakan aktiviti keagamaan di pasukan.Sekadar maklumat SAalam.

    ReplyDelete
  10. Anon 10.50,
    Sama juga dgn kes Mendiang Kanang,tak mengaku,tapi dunia pun tahu.

    ReplyDelete
  11. hahaha... itu la taktik cacai pembangkang... dia dah baling tahi..pastu sorok tangan...

    bila propaganda tidak bertepatan dengan agenda Buar Berahim, cepat-cepat depa buat penafian...semuanya salah UMNO/BN..

    ReplyDelete
  12. ce tengok ni

    Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR

    http://www.selangorku.com

    ReplyDelete
  13. Seakali menipu,orang percaya,dua kali,bolih diterima tapi kalau dah banyak kali,walau ianya betul sahih pun orang dah tak percaya dah.Bangang mana yang nak menyamar.Terdesak suruh orang sendiri buat blog hayun kerajaan lepas itu main wayang yang blogger ini nak sabotage PKR.Poorah tak laku dah.

    ReplyDelete
  14. macam haram jadah suara pakatan anak haram ni.. agak2 la nk serang pun.. ada agenda lain kot haprak2 ni.. lagi satu nk super impose pun x btul.. mcm haram je impose... kantoi woooiiiii

    ReplyDelete
  15. saya rasa mungkin tak perlu respon kepada apa sahaja yg dipost kan di blog suara pakatan rakyat. jika anda selalu membaca blog tersebut anda akan mendapati wrong vibe from the blog. that blog more like a joke. just my 2 cent

    ReplyDelete
  16. hahahah blog suarapakatanrakyat tu blog palsu... hanya Utusan saja yang percaya... tengok tajuk berita dan gambar gambar pun dah tahu ni blog palsu untuk tujuan provokasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu tiada laporan polis dibuat oleh mana mana NGO pro BN/UMNO terhadap blog tersebut... sebab tu tiada siasatan dibuat... padahal kalau ikut betul.. dah lama dah kena....

      Delete