Thursday, 3 January 2013

KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA - LEGASI KEPERWIRAANYA AKAN TERUS BERSAMA KAMI


PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau
(kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu,
16 September tahun lalu

KUCHING – Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

kanang anak langkau

Amat menyedihkan. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila mendapat berita bahawa Datuk Kanang Anak Langkau telah meninggal. Pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah!

Biografi ringkas Kanang Anak Langkau doleh dilayari DISINI


AGI IDUP AGI NGELABAN




















5 comments:

  1. Takziah untuk keluarga Mendiang.Walaupun berlainan Kor pernah membuat operasi bersama pada tahun 70an.Semangat,keberanian dan berdisiplin tinggi yang mendiang miliki perlu menjadi contoh kepada parajurit sekarang ini,malah untuk rakyat amnya.

    ReplyDelete
  2. Sedih bila dengar kematian Datuk Temenggong Kanang Anak langkau. Kehilangan pahlawan negara yang tiada tolok bandingannya.
    Tapi sedikit sebanyak rasa bangga kerana pernah menyokong dan menyiarkan artikel supaya mendiang Datuk diberikan pencen khas sempena anugerah tertinggi negara dan diberi penghormatan ketika Hari kebangsaan dan melibatkan diri dalam ceramah seluruh negara tentang keselamatan negara.
    Takziah kepada keluarga mendiang Kanang Anak Langkau. Jasamu tetap dikenang hingga bila bila.

    http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. takziah dari sy yg berada di batalion ke 8 rejimen renjer diraja(PARA)unit lama mendiang

    ReplyDelete
  4. Datuk Kanang was just simply a hero. AGI IDUP AGI NGELABAN, bukan saja untuk jaman perang. Selagi masih bernyawa masih berjuang, slogannya yang boleh digunapakai menuju Malaysia maju 2020.

    ReplyDelete
  5. RENJER AGI IDUP AGI DOT ODT DOT Ini meraka sendiri yg cakap

    ReplyDelete