Wednesday, 31 October 2012

PENYERAHAN 'WILAYAH TENTERA' TANAH SOROB - PERCATURAN MENGUNTUNGKAN ATAU SEBALIKNYA?



Inisiatif Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Datuk Dahalan bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia di MINDEF dua hari lalu membuka laluan penyerahan semula 1020 ekar tanah Sorob kepada penduduk Tempasuk/Kedamaian. Semasa pertemuan itu, Rahman disertai dua ADUN- ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan ADUN Kedamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan. 

Pertemuan antara wakil rakyat yang mewakili penduduk Tempasuk dan Kedamaian itu adalah julung-julung kalinya dibuat antara Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tanah Sorob pada tahun 70-an menjadi suatu isu setempat yang luarbiasa, kerana berlakunya penentangan penduduk terhadap pemilikan tanah itu oleh tentara. Malah dalam penentangan itu berlaku kematian rakyat tempatan yang bernama Nasip, kerana mendiang tidak berganjak dan tidak mahu berpindah daripada kawasan yang ditakriifkan sebagai wilayah tentera.

Sorob adalah sebuah perkampungan di kawasan Tempasuk dan didiami oleh kaum-kaum yang ada di Kota Belud dan di kampung ini lah terletak Kem Sorob atau kemudian dikenali sebagai Kem Paradise. 

Selepas pertemuan itu- Datuk Rahman menulis di Facebook beliau "Syukur. Perjumpaan saya, Datuk Musbah dan Datuk Herbert bersama Panglima Angkatan Tentera mengenai permohonan tanah tentera di kota belud berjalan dengan baik pagi ini. Pihak tentera bersetuju secara dasarnya untuk keluarkan 1020 ekar daripada gazet tanah tentera. Kg Bangkahak dan kg Rosok akan mendapat sebahagian dari kawasan itu. 

Ada beberapa kg lagi sekitar Tambulion yang perlu disiasat dan dilapor semula. Apa pun saya berterima kasih kepada tentera kerana memahami kehendak rakyat. Satu jawatankuasa khas mengenai isu ini peringkat daerah kota belud juga akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Wakil-wakil rakyat akan turut serta. 

Wakil tentera juga akan hadir. Saya lihat ada jalan penyelesaian dalam isu-isu kampung yang melibatkan tanah tentera ini. Bukan semua permohonan dapat dipertimbangkan tetapi sebahagian besar akan dapat diselesaikan. Saya akan maklumkan butiran terperinci dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah.

Copy & paste daripada blog Suara Rakyat Suara Keramat

Askar Setia sempat berborak seorang rakan bekas pegawai tentera yang pernah berkhidmat di Kem Paradise bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai isu tersebut. Beliau  agak skeptikal dengan keputusan penyerahan tanah seluas 1020 ekar kepada kerajaan negeri untuk dikomersialkan. 

Menurut pandangnya, KEMENTAH  dan kepimpinan tertinggi ATM seharusnya lebih peka dan berpandangan jauh dalam hal sebegini lebih-lebih lagi melibatkan dua persoalan terpenting:

PERTAMA: Di manakah anggota tentera hendak melakukan latihan ketenteraan kerana tanah yang digazetkan untuk tentera telah diserahkan kepada kerajaan negeri? 

Harus diingat bahawa latihan yang berterusan dan konsisten amat penting dalam melahirkan anggota yang sentiasa siap sedia untuk sebarang keperluan dan kebarangkalian. Latihan juga merupakan 'satu kebajikan' untuk anggota tentera kerana tanpanya, seseorang anggota itu mungkin tidak akan mampu untuk menghadapi situasi sukar sekiranya berlaku peperangan. Atau terdapat penggantian tanah lain untuk tujuan latihan ketenteraan namun, ia belum dapat dipastikan. Sekiranya tanah tersebut tidak digantikan dengan satu kawasan yang lain yang sesuai, ia merupakan satu kehilangan 'aset' berharga buat Angkatan Tentera malaysia. 

KEDUA: Adakah faktor kebajikan bekas tentera dan anggota yang masih berkhidmat akan terbela dan terjamin sekiranya kawasan tersebut dikomersialkan?

Isu pemilikan tanah dan rumah kepada anggota tentera dan bekas tentera merupakan salah satu isu utama yang sering digembar-gemburkan di media. Tanah seluas 1020 ekar  itu mempunyai nilai komersial yang mempunyai prospek hartanah yang menguntungkan dimasa hadapan ekoran lokasinya yang amat strategik. Namun, adakah 'tempias' keuntungan tersebut akan dapat dikongsi bersama dengan ribuan tentera dan bekas tentera disana? Sudah pasti harga perumahan akan melonjak naik ekoran 'permainan harga hartanah' dan akan menyebabkan kesulitan untuk golongan tentera dan bekas tentera untuk memiliki tanah dan rumah. Dalam aspek ini juga, persatuan-persatuan bekas tentera seperti PBTM - Sabah sewajarnya memainkan peranan yang penting dan memainkan watak utama dalam menyuarakan isu-isu berkaitan kebajikan bekas tentera di kawasan berkenaan. Jangan dok diam sahaja.

Atau mungkin penyerahan tanah ini berlandaskan win-win stiuation kepada kedua-dua pihak? Perkara ini masih belum dapat dipastikan namun, apa pun yang berlaku, biarlah ia boleh memberi sedikit kemanisan selamanya kepada pejuang-pejuang negara kita. 


HONORING ALL WHO SERVED

















24 comments:


  1. Terkejut dan terkedu dengan kenyataan Panglima Tentera (orang Kelante) nak serah tanah askar kat Sabah!.

    Pelik dan menghairankan, yang menghairankan adalah pemimpin PAS di Kelantan nak beri tanah kat bekas askar, tetapi yang peliknya orang kelante kat KL nak beri serah tanah askar kat orang lain!

    Kenapa ini berlaku sedangkan semua tahu askar dan bekas askar bukannya kaya raya tapi hidupnya ada yang masih merempat tak tentu hala. Kalau dia bina rumah dan jual kat askar dan bekas askar kan lebih baik dan berkebajikan namanya. Mungkin harganya lebih murah sebab tak perlu bayar harga tanah. Lagi pun tanah tu dekat kat bandar Kota Belut, dalam masa 5 tahun harganya tentu tinggi!

    Lagi pun, adakah kerajaan negeri nak ganti!.

    Tindakan ini akan hanya memberi kelebihan kat Pembangkang sebab askar lihat kerajaan dan BN rampas hak askar!.

    Sebaik-baiknya tarik balik kenyataan tersebut!!!

    ReplyDelete

  2. Askar boleh latih kat laut pulak lah...

    ReplyDelete

  3. Apakah ini desakan politik!!!!

    ReplyDelete

  4. Adakah ini keputusan Majlis AT!!!.

    ReplyDelete

  5. Langkah yang sangat2000X TIDAK BIJAK.

    ReplyDelete
  6. klu ada agenda tersembunyi yg tak untung kepada ATM tak wajar le macam tu. Tanah umpama emas sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. kawasan banyak balak kot. cek balik...

    ReplyDelete
  8. klu buat ladang kelapa sawit kementerian pertahanan pun ada banyak untuk kat ATM dan warga hu hu

    ReplyDelete
  9. PAT dan MP jangan boros sangat..

    ReplyDelete
  10. PAT dan MP jangan boros sangat...

    ReplyDelete
  11. Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete
  12. Silakan... amat dialu-alukan...

    ReplyDelete
  13. Kampung luba gonti ada kes tanah di ambil oleh taman kinabalu...kayu yang ditebang dalam kawasan pemilik tanah untuk buat rumah sendiri ditahan oleh pihak taman kinabalu...dan ada penduduk kampung disaman kerana menebang kayu untuk buat rumah kini org tersebut sudah meninggal. Harap kes ini diberi perhatian pihak berwajib.

    ReplyDelete
  14. Kampung luba gonti ada kes tanah di ambil oleh taman kinabalu...kayu yang ditebang dalam kawasan pemilik tanah untuk buat rumah sendiri ditahan oleh pihak taman kinabalu...dan ada penduduk kampung disaman kerana menebang kayu untuk buat rumah kini org tersebut sudah meninggal. Harap kes ini diberi perhatian pihak berwajib.

    ReplyDelete
  15. serah tanah askar?.. PAT pun dah nak berpolitik dalam hal ini.. sepatutnya ianya dibincangkan dalam MAT dan sy berpendapat keputusan ini membelakangkan kehendak peg dan anggota ATM sendiri...

    selepas ini, PAT boleh melobi utk jadi menteri ataupun diplomat...

    ReplyDelete
  16. kepada semua pengomen yang bijaksana...seharusnya anda faham bagaimana pihak tentera telah merampas hak penduduk asal di kawasan tersebut sebelum komen.. fahamilah keperitan orang asal di sana,tanah untuk di jadikan tapak rumah pun susah hendak dapat... lain lagi gangguan semasa latihan pihak tentera, lain lagi kes bom meletup, bom yang tersasar ke kampung sekitar... penyerahan tanah ini amat bermakna bagi penduduk asal kerna ada beberapa buah tempat masih tersimpan kubur-kubur lama nenek moyang kami.. jadi orang yang tidak tahu keadaan orang asal disini, sila memahami...tq

    ReplyDelete
  17. Pelik sungguh ..ramai yang komen guna anonymous...alangkah bijaknya kalau menggunakan nama yang sebenar atau samaran aje...

    Berbalik kepada apa yang di lakukan ATM tentang penyerahan tanah...mungkin ada yang tersirat dan tersurat...kita tak tahu...???? melalui pengalaman saya lah...apa yang di lakukan oleh Panglima-Panglima ni memang sukar di jangka sebab ini di namakan strategi...sebab itu mereka layak menjadi Panglima Angkatan Tentera...

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Baru jumpa.
    SIla click atau C&P dan search : www.saffanskot22.com

    ReplyDelete
  19. saya org kota belud.....tanah askar kota belud kg rosok..patut kah penduduk asal kg kota belud diusir dari tanah dan rmh mereka?...apa ne? kenapa org kg ditindas ?

    ReplyDelete
  20. sama2 la kita fikir mna yg patut dibuat....

    ReplyDelete
  21. ada personel AW di Sabah sekarang kaki ampu pegawai pas tu yg jd persoalan dia bukan mempunyai dokumen sah tp boleh jd anggota AW?kuat ampu sehingga bleh pegang jwtn koperal..ampu pegawai sehingga sarjan dan encik a.k.a pegawai waran pun dia boleh makan..apa crita ni?memang AW suka ambil personel kuat ampu?..kalau x pecaya pegilah sendiri kat Kem Kota Belud kem Paradise skrg dimana dia bertugas..FIY Nama ic dia tidak sama dengan nama d surat beranak..dpt IC projek, asal usul famili dia adalah dr Zamboanga Philipine. Sila ambil perhatian kmungkinan dia ni agen kiram juga. Nama beliau Thulke a.k.a Dac..sial la mamat ni kuat ampu..yang tidak puas ati -warga kem paradise kota belud-

    ReplyDelete
  22. hampir habis tanah orang kampung tu diambil pihak tentera utuk latihan..lain lagi bom bom yg tersasar..terkena ternakan..nak bercucuk tanam pun tak dapat kerana dianggap menceroboh..beberapa org dah mati terkena bom..gangguan semasa latihan..tembakan sana sini..bom meletup sana sini....ada siapa peduli?..org kampung akur sja..apa salahnya tanah diberi diberi balik..tanah latihan tentera yg dirampas dari org kg tu sgt luas..setakat 1200..itu tak sampai suku..org kampung nak bercucuk tanam tak dapat..habis tanah diambil oleh taman negara dan pihak tentera..ada sesiapa rasa keperitan mereka?apapun tak dengar khabar beritapun tanah tu dikeluarkan..ini hanya pancingan kepada pilihanraya yg tidak lama lagi ketika itu..janji dicapati

    ReplyDelete
  23. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete
  24. Ngam lah tanah beri semula kpd penduduk kmpug sorob. Atau patut keseluruhan tanah di kampung rosok ini dipulangkan semula kpd pnduduk asalnya yg telah turun temurun stay..kerana kebanyakan tanah kmpug Rosok telah dirizabkan. Ekar atas nama pemilik hanyalah d atas secabik kertas hakikatnya tanah hampir keseluruhan kampung rosok milik kerajaan.. Luasnya tanah melayu kenapa kami menjadi mangsa tanpa papasan ke atas tanah yg telah di ambil..perbuatan kerajaan sama lah seperti diberi betis nak pula paha.

    ReplyDelete