Seramai 125,708 pegawai dan
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima bayaran insentif khas
RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari depan. Insentif khas itu membabitkan peruntukan RM301 juta. Bagi menghargai peranan pasukan
simpanan angkatan tentera pula, elaun khidmat bertugas anggota biasa dinaikkan
RM2 kepada RM6 sejam, manakala elaun pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam
berbanding kadar elaun lama, RM5.80 sejam.
YA! Pelbagai insentif yang diberikan kepada pegawai, anggota serta
pesara tentera dalam Bajet 2013 adalah simbol pengiktirafan kerajaan terhadap
jasa dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam pada masa kita
dihujani dengan pelbagai tohmahan, pujukan, janji-janji bulan dan bintang oleh
sesetengah pihak yang hanya tahu berjanji, Bajet 2013 telah membuktikan bahawa golongan
tentera tidak pernah terlepas daripada perhatian kerajaan.
Kini jelas bahawa penelitian terhadap insentif dan
aspek kebajikan anggota ATM sentiasa diberi penekanan secara menyeluruh
daripada golongan pegawai dan anggota, tetapi juga kepada pesara tentera.
Kenaikan Elaun Bertugas. Kenaikan
elaun bertugas itu membabitkan 65,000 anggota simpanan ATM merangkumi askar
Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara. Sebagai menghargai jasa bekas
tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun, kerajaan akan
menyumbangkan RM1,000 (one-off) kepada 224,000 pesara tentera ini yang mana peruntukan
sebanyak RM224 juta akan dikongsi bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera.
Skim Insurans. Kerajaan juga bersetuju
memperuntukkan RM12 juta bagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans
Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Skim itu akan memberi had
perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera
dan polis yang sedang berkhidmat. Syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM pula akan ditambah
baik dengan kelayakan masuk bagi jawatan pegawai ditingkatkan kepada Ijazah
Sarjana Muda Kepujian.
Kelayakan Minimum SPM. Untuk
pengambilan askar askar pula, kelayakan minimum ditingkatkan kepada Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop tugas. Kerajaan turut bersetuju untuk
meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah time-based,
anggota prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan
tahun perkhidmatan dengan memenuhi syarat serta prestasi memuaskan. Usaha itu akan memberi faedah
kepada 78,123 anggota membabitkan peruntukan sebanyak RM107 juta.
Askar Setia juga amat bersetuju langkah kerajaan mengumumkan beberapa
syarat kemasukan ke skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (seperti diatas) yang
ditambah baik mampu mempercepatkan lagi proses penyediaan modal insan anggota
yang berpengetahuan serta bertaraf dunia. Pemberian pelbagai insentif termasuk
peluang kenaikan pangkat melalui kaedah time-based
akan mempercepatkan lagi proses melahirkan anggota bersenjata yang bermoral
tinggi.
Selain daripada itu, penambah baik kelayakan masuk bagi jawatan pegawai
kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian mampu menyediakan modal insan
berpengetahuan tinggi. Askar Setia turut mengharapkan agar pengumuman Bajet
2013 akan dapat menaikkan serta mengukuhkah moral semua anggota untuk terus
berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi.
HONORING ALL WHO SERVED!
terbaik!!!
ReplyDeleteSdra,
ReplyDeletePandangan saya:
1. Bekas bekas tentera tidak berpencen perlu bersyukur banyak2. Mereka seharusnya tahu bahawa mereka bukannya warga yg istimewa yg perlu mendapat perhatian sepenuhnya sebilangmasa. Semua pesara kerajaan baik bekas pekerja keretapi, JKR, guru dll semuanya telah menyumbangkan tenaga dan nyawa utk rakyat dan negara.
2. Kementah khususnya peringkat pengubal dasar tidak hanya melihat dari bentuk imbuhan kewangan semata-mata sebagai menghargai jasa mereka.
3. Syor bantuan secara menyeluruh termasuk pesara berpencen dan warga yg masih bertugas dalam jangka panjang bukannya secara terpisah.
4. Kementah gagal `melihat dan menerokai' ruang semasa berbanding PDRM yg dilihat bersemangat dan bersapadu membantu anggotanya dgn tidak mengira kategori perkhidmatan.
5. Adakah laungan 0ne-off ini akan berulang setiap kali pilihan raya menjelang!. Sewajarnya isu ini bukannya menjadi bahan politik.
"Mereka seharusnya tahu bahawa mereka bukannya warga yg istimewa yg perlu mendapat perhatian sepenuhnya sebilangmasa."
DeleteTolong lah.... Kena tgk darjat orang jugak ke nak bagi bantuan ke tidak... Betul lah orang kata, buat baik bejuta kali pun, kalau buat salah sekali je, habis hilang yang baik. Nampak yang jahat saja.. Kau ingat semua bekas tentera tidak berpencen ni saja2 berenti sebelum pencen ke?? Kau nak keluarkan kenyataan pun, kau kena pastikan 100% betul. Nanti menimbulkan perasaan tidak enak dalam diri orang lain pulak.
ReplyDeleteKenapa bekas tentera tak diberi potongan khas utk membeli rumah pertamanya! Mana dia koperasi perumahan tentera!!!
ReplyDeletePERNAMA....lebih baik beli kat F.O.S!!!lebih murah dan senang.
Saudara,
ReplyDeleteWalaupun saya telah bersara dari ATM lebih 16tahun yang lalu, semagat dan kesetiaan saya masih utuh kepada ATM dan kerajaan.
Tapi yang membimbangkan saya adalah kerajaan banyak memberikan insentif kepada yang masih berkhidmat tidak seperti masa saya dahulu tetapi mengapakah masih terdapat dikalangan Pegawai muda dan sederhana muda begitu tidak profesional dalam menjalankan tugas mereka sehingga ada dikalangan mereka masih meminta-minta dengan cara yang salah kepada pihak yang berurusan dengannya.
Dicadangkan ATM meletakkan pasokan Risiknya atau Cawangan Khas di formasi-formasi yang berurusan dengan lubuk kewangan kerajaan.
one-off rm1000 = sekali tgk mcm menghina. 2 kali tgk mcm memancing. apa2 pun rezki jgn ditolak.
ReplyDeleteTerima kasih semua....moga2 bajet 2014 nnt..bounty sukarela pulok dinaikkan drp RM500 kpd RM1000. Insyallah makin ramai lagi sukarelawan... Bolehlah tubuh NS tanpa paksaan....
ReplyDeletepada bulan januari ni elaun akan ditambah sembanyak rm85 menjadikan elaun khidmat berjumlah rm200.. kerajaan pandai bercakap tunjuk baik.. tentera diberi insuran berkelompok,bukankah insuran ni dah lama ditubuhkan oleh atm,tapi kenapa perlu diheboh-heboh pada buget 2013..?? pegawai atasan kita tak berjiwa sekental dahulu.. sebab apa ikut telunjuk kerajaan bulat2.. tapi pandai pula nak peringkat bawah mantap.. erhm.. tah apa2.
DeleteTumpang lalu...Pembetulan:
ReplyDeleteBukan semua yang dapat elaun Rm 200 tu.
Pegawai Tugas Iktisas seperti Doktor, Jurutera di kecualikankeran ??????
yang Pastinye PHD..Perasaan Hasad Dengki Tahap Gaban...Berapa ramai sangat Doktor dan Jurutera dalam ATM?
Keadilan ...dimana keadilannya?
Adakah sebab mereka berotak sebab itu tak layak dapat?
Fikir..fikir...