Wednesday, 31 October 2012

PENYERAHAN 'WILAYAH TENTERA' TANAH SOROB - PERCATURAN MENGUNTUNGKAN ATAU SEBALIKNYA?



Inisiatif Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Datuk Dahalan bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia di MINDEF dua hari lalu membuka laluan penyerahan semula 1020 ekar tanah Sorob kepada penduduk Tempasuk/Kedamaian. Semasa pertemuan itu, Rahman disertai dua ADUN- ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan ADUN Kedamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan. 

Pertemuan antara wakil rakyat yang mewakili penduduk Tempasuk dan Kedamaian itu adalah julung-julung kalinya dibuat antara Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tanah Sorob pada tahun 70-an menjadi suatu isu setempat yang luarbiasa, kerana berlakunya penentangan penduduk terhadap pemilikan tanah itu oleh tentara. Malah dalam penentangan itu berlaku kematian rakyat tempatan yang bernama Nasip, kerana mendiang tidak berganjak dan tidak mahu berpindah daripada kawasan yang ditakriifkan sebagai wilayah tentera.

Sorob adalah sebuah perkampungan di kawasan Tempasuk dan didiami oleh kaum-kaum yang ada di Kota Belud dan di kampung ini lah terletak Kem Sorob atau kemudian dikenali sebagai Kem Paradise. 

Selepas pertemuan itu- Datuk Rahman menulis di Facebook beliau "Syukur. Perjumpaan saya, Datuk Musbah dan Datuk Herbert bersama Panglima Angkatan Tentera mengenai permohonan tanah tentera di kota belud berjalan dengan baik pagi ini. Pihak tentera bersetuju secara dasarnya untuk keluarkan 1020 ekar daripada gazet tanah tentera. Kg Bangkahak dan kg Rosok akan mendapat sebahagian dari kawasan itu. 

Ada beberapa kg lagi sekitar Tambulion yang perlu disiasat dan dilapor semula. Apa pun saya berterima kasih kepada tentera kerana memahami kehendak rakyat. Satu jawatankuasa khas mengenai isu ini peringkat daerah kota belud juga akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Wakil-wakil rakyat akan turut serta. 

Wakil tentera juga akan hadir. Saya lihat ada jalan penyelesaian dalam isu-isu kampung yang melibatkan tanah tentera ini. Bukan semua permohonan dapat dipertimbangkan tetapi sebahagian besar akan dapat diselesaikan. Saya akan maklumkan butiran terperinci dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah.

Copy & paste daripada blog Suara Rakyat Suara Keramat

Askar Setia sempat berborak seorang rakan bekas pegawai tentera yang pernah berkhidmat di Kem Paradise bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai isu tersebut. Beliau  agak skeptikal dengan keputusan penyerahan tanah seluas 1020 ekar kepada kerajaan negeri untuk dikomersialkan. 

Menurut pandangnya, KEMENTAH  dan kepimpinan tertinggi ATM seharusnya lebih peka dan berpandangan jauh dalam hal sebegini lebih-lebih lagi melibatkan dua persoalan terpenting:

PERTAMA: Di manakah anggota tentera hendak melakukan latihan ketenteraan kerana tanah yang digazetkan untuk tentera telah diserahkan kepada kerajaan negeri? 

Harus diingat bahawa latihan yang berterusan dan konsisten amat penting dalam melahirkan anggota yang sentiasa siap sedia untuk sebarang keperluan dan kebarangkalian. Latihan juga merupakan 'satu kebajikan' untuk anggota tentera kerana tanpanya, seseorang anggota itu mungkin tidak akan mampu untuk menghadapi situasi sukar sekiranya berlaku peperangan. Atau terdapat penggantian tanah lain untuk tujuan latihan ketenteraan namun, ia belum dapat dipastikan. Sekiranya tanah tersebut tidak digantikan dengan satu kawasan yang lain yang sesuai, ia merupakan satu kehilangan 'aset' berharga buat Angkatan Tentera malaysia. 

KEDUA: Adakah faktor kebajikan bekas tentera dan anggota yang masih berkhidmat akan terbela dan terjamin sekiranya kawasan tersebut dikomersialkan?

Isu pemilikan tanah dan rumah kepada anggota tentera dan bekas tentera merupakan salah satu isu utama yang sering digembar-gemburkan di media. Tanah seluas 1020 ekar  itu mempunyai nilai komersial yang mempunyai prospek hartanah yang menguntungkan dimasa hadapan ekoran lokasinya yang amat strategik. Namun, adakah 'tempias' keuntungan tersebut akan dapat dikongsi bersama dengan ribuan tentera dan bekas tentera disana? Sudah pasti harga perumahan akan melonjak naik ekoran 'permainan harga hartanah' dan akan menyebabkan kesulitan untuk golongan tentera dan bekas tentera untuk memiliki tanah dan rumah. Dalam aspek ini juga, persatuan-persatuan bekas tentera seperti PBTM - Sabah sewajarnya memainkan peranan yang penting dan memainkan watak utama dalam menyuarakan isu-isu berkaitan kebajikan bekas tentera di kawasan berkenaan. Jangan dok diam sahaja.

Atau mungkin penyerahan tanah ini berlandaskan win-win stiuation kepada kedua-dua pihak? Perkara ini masih belum dapat dipastikan namun, apa pun yang berlaku, biarlah ia boleh memberi sedikit kemanisan selamanya kepada pejuang-pejuang negara kita. 


HONORING ALL WHO SERVED

















Tuesday, 30 October 2012

CERITA-CERITA PANAS YANG WAJIB DIBACA

Salam, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Agak lama Askar Setia tidak menulis dan ia bukanlah disebabkan kekalahan pasukan ATM di tangan pasukan The Red Warrior, Kelantan. Kesibukkan kerja yang bertimbun dan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha antara ‘punca’ penyebab saya tidak menulis untuk beberapa hari kebelakangan ini.


Pelbagai isu berkaitan Angkatan Tentera Malaysia dan keselamatan awam telah tersiar di laman-laman media utama termasuk media baru. Blogger-blogger tidak akan melepaskan peluang untuk mengutarakan isu-isu seperti hasrat DAP untuk memindahkan pangkalan TUDM Butterworth ke Juru yang ditentang hebat oleh kepimpinan tertinggi pangkalan berkenaan. Samada cerita itu benar atau tidak, saya tidak hairan kerana puak-puak chauvanis itu akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memindahkan kepentingan bangsa dan negara dari  tanah Pulau Mutiara itu. Adakah anda sedar?

Gambar Hiasan

Selain itu, kita juga digemparkan dengan pembabitan 2 orang rakyat malaysia yang berumur 21 dan 28 tahun yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan pengebom berani mati di Syria dan telah ditahan oleh perisikan tentera di Lubnan. Malahan mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan pergerakan Al Qaeda. Sumber daripada akhbar Lubnan, Al-Joumhouria mengatakan mereka telah direkrut sebagai pengebom berani mati Al Qaeda oleh rakyat Malaysia sendiri. Menurut Panglima Angkatan Tentera, berkemungkinan individu-individu ini mendapat latihan dan pendedahan daripada rangkaian kumpulan pengganas di negara-negara jiran. 

Oh ya. Tidak ketinggalan mengenai cerita satu inisiatif positif daripada Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen (PBTTB – Perak) yang telah mengadakan mesyuarat agung khas bagi membangunkan satu badan koperasi persatuan berkenaan. Koperasi tersebut diwujudkan untuk melipat gandakan aktiviti ahli persatuan tersebut dalam industry pertanian. Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan 9 Renjer Taiping dilihat sebagai satu langkah yang positif dan bijak dalam menerangkan fungsi sesebuah persatuan yang boleh memberi pulangan kepada ahli-ahlinya. Inisiatif ini juga boleh membuktikan bahawa bekas tentera yang tidak berpencen mampu ‘berbuat sesuatu’ untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga masing-masing dan diharapkan agar lebih ramai bekas tentera tidak berpencen di Perak dapat menyertai aktiviti ini.


KERABAT? KOBAT? Satu habuk pun tarakkk

Pembabitan bekas tentera terutamanya yang tidak berpencen dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan perniagaan yang dibangunkan oleh persatuan masing-masing adalah jauh lebih mulia daripada menyertai persatuan-persatuan haram seperti KOBAT dan KERABAT yang hanya tahu menghentam dasar kerajaan dan membuat pelbagai tuntuan yang tidak masuk dek akal. Manakan tidaknya, pemberian RM1000 one-off kepada bekas tentera tidak berpencen tidak lama lagi pun hendak dihentam sana dan sini. Soalan saya, apakah janji-janji KOBAT dan KERABAT yang telah ditunaikan? Daripada isu pemberian tanah, pelbagai borang tanah FELDA hinggalah memorandum 9 muka surat (31 tuntutan) kepada Anwar Ibrahim... Memorandum yang mungkin hampir sama telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat oleh KERABAT,  tetapi jelas bahawa sampai sekarang...SATU HABUK PUN TARAKK...

Oh ya, orang kuat PKR Pahang iaitu bekas sarjan Mesin Taip dengan tidak semena-mena telah tergesa-gesa BLOCK saya daripada FB. Barangkali beliau khuatir fitnah dan tohmahan beliau untuk menghasut bekas tentera selalu diperlekeh oleh saya dan rakan-rakan yang lain ataupun khuatir perilaku salah beliau akan didedahkan? Wallahu ‘Alam. Pokok pangkalnya, saya sarankan agar bekas-bekas tentera agar menyertai persatuan atau pertubuhan yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan kalian. Buatlah pilihan bijak.. 


Pihak kerajaan sentiasa peka dan prihatin mengenai
isu kebajikan bekas tentera

Kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen, saya sarankan agar cepat-cepat mengambil dan mengisi borang pemberian one-off RM1000. Borang-borang berkenaan boleh didapati di seluruh pejabat PBTM dan JHEV bermula pada 2 November ini. Pemberian RM1000 berkenaan akan diberikan pada Januari 2013. - Sebar-sebarkan dan sampai-sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain ya!

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila layari FB Jabatan Hal Ehwal Veteran di SINI

HONORING ALL WHO SERVED

Wednesday, 17 October 2012

PIALA MALAYSIA - ATM VS KELANTAN : PERLAWANAN EPIK YANG MENDEBARKAN

Saya cukup suka gambar ini!
Pertemuan yang dijangka sebagai pertemuan epik diantara pasukan ATM dan Kelantan dalam merebut Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini memang amat mendebarkan. Pelbagai tekaan, taktik dan komen yang dapat dibaca dan didengari dari hari ke sehari dan tentunya, pemain dan penyokong tegar merasakan debarannya yang berlipat kali ganda. ATM membuktikan status mereka sebagai Juara Liga Perdana dan sebuah pasukan berstatus kelab dijangka mampu memberikan saingan kepada Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan.


Aset utama ATM ialah barisan pemain berpengalaman dan pernah menjuarai Piala Malaysia seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Rezal Zambery, Irwan Fadhli Idrus, Farizal Harun, Azmi Muslim, Bruno Martelotto dan Marlon Alex James.

Aidil, Zaquan, Hairuddin, Rezal, Farizal dan Irwan merupakan bekas pemain Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia di musim 2009 dan 2011, manakala Azmi Muslim dan Marlon membantu Kedah menjadi juara 'treble' 2 tahun berturut-turut, sementara Bruno juga pernah membantu MPPJ menjuarai Piala Malaysia pada musim 2003.

ATM turut diperkuatkan penjaring terbanyak Liga Perak perdana 2011, Fitri Omar yang kali ini cemerlang bermain di posisi pertahanan kiri disamping Zaquan Adha, bekas penyerang kebangsaan yang dialihkan ke bahagian sayap kanan.


Pemain tumpuan bagi ATM sudah tentulah kepada penyerang import berbahaya yang merupakan penjaring kedua dan keempat terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 21 gol iaitu Marlon Alex James dan Hairuddin Omar dengan 12 gol.

Rekod pertemuan ATM vs Kelantan sejak 2007

Marlon setakat ini telah menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan ketika menewaskan Terengganu 2-1 dan 1 gol ketika menentang Kelantan.


Bagi Kelantan, semestinya Bojan Hodak akan menurunkan skuad terbaiknya bagi menyekat kemaraan ATM  dan mencari kemenangan bergaya – menjuarai Piala Malaysia 2012. Bojan Hodak walaubagaimana pun mengakui ketiadaan dua tonggak utama, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohamad Ghaddar, sedikit menggusarkan beliau menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini. 


 "Ketiadaan mereka berdua bakal memberikan sedikit kesulitan kepada Kelantan dalam usaha merangkul kejuaraan ketiga selepas menjulang Piala FA dan Liga Super musim ini. Saya ada taktik tersendiri menjelang pertemuan itu, dan ia sedikit melegakan saya apabila ATM turut kehilangan bek berpengaruh, Irwan Fadly Idrus. Saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan dan tetap mahu beri persembahan terbaik ketika berdepan ATM pada perlawanan akhir nanti. Saya kini tertumpu kepada Norshahrul Idlan Talaha, Afiq Azmi, Mohd Ramzul Zahini Adnan dan Azlan Ismail. Saya juga mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Indra Putra Mahayuddin dari bahagian tengah ke posisi penyerang,".

-Bojan Hodak

Keampuhan benteng Kelantan yang diterajui Subramaniam dan Obinna dijangka mampu mengikat Marlon Alex James dan Hairuddin sementara Daudsu dan Zairul perlu berusaha lebih untuk mengunci pergerakan Christie Jayaselam dan Zaquan Adha.


Walau apa-pun jua, Askar Setia berharap agar kedua-dua pasukan akan mempamerkan mutu permainan yang tinggi sehingga saat yang terakhir. Selain itu, penyokong-penyokong kedua-dua pasukan diharapkan agar cuba mengelakkan provokasi dan tindakan  keterlaluan yang boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini. 


ATM vs KELANTAN
Apa jangkaan keputusan yang anda fikirkan?



 ATM akan memakai home kit, Kelantan away kit.

 Penyokong ATM masuk pintu A.

Penyokong Kelantan pintu C.

 Pintu SSA mula jam 4 ptg.

 FAM hanya cetak 60k tiket, 30k utk Kelantan, 30k utk ATM. 10k tiket pendahuluan telah dberi kpd ATM & KAFA.

 Selebihnya akan djual di Stadium pada 19 haribulan jam 9pg-7mlm

Tuesday, 16 October 2012

RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT) REPUT - ISU YANG BAKAL DISENSASIKAN TIDAK LAMA LAGI



Pembinaan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) oleh Kementerian Pertahanan menelan kos lebih RM3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta daripada peruntukan siling bagi projek tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah sebanyak RM1,742.12 juta. Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta. Bagaimanapun, kos ini telah meningkat kepada RM1,297.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM174.43 juta, menurut laporan yang diedarkan di Dewan Rakyat.


Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek RKAT yang dibina dalam RMKe-9 itu dan pengurusan satu RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya. Secara keseluruhannya, Kementerian Pertahahan melaksanakan 38 projek RKAT meliputi pembinaan 9,445 unit rumah dan sehingga Disember 2011, sebanyak 37 projek siap manakala satu projek lagi masih belum siap dan telah dikategorikan sebagai:

 "projek sakit"

Laporan audit juga menyatakan bahawa daripada 37 projek yang siap, didapati sembilan projek dibawa ke RMKe-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta. Ini kerana sembilan projek tersebut mengalami banyak kecacatan dan kerosakan pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan.

 

Berdasarkan semakan audit, enam projek RKAT di Lembah Klang yang dibina oleh Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (Syarikat USL) mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan pembinaan yang paling tinggi. Semakan audit mendapati Syarikat USL juga gagal menyelesaikan antara 1,493 hingga 2,085 aduan kerosakan dan kecacatan dalam tempoh atau selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

Jabatan Audit Negara turut menegur Kementerian Pertahanan di atas kelemahan dalam pengurusan projek RKAT hingga memaksa kerajaan menanggung kos tambahan. Kementerian sepatutnya merampas jaminan bank setelah Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan sebaik sahaja tamat tempoh tanggungan kecacatan. Kementerian juga tidak sepatutnya mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) memandangkan kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor.


Sumber: MStar dan Navy The Best

Isu berkaitan kecatatan dan kerosakan yang berlaku dalam kebanyakkan rumah RKAT bukanlah satu perkara baru dan ia sering menjadi 'buah mulut' kebanyakkan pegawai dan anggota ATM. Askar Setia turut pernah beberapa kali mendengar keluhan beberapa pegawai  dan anggota yang tinggal di RKAT KEMENTAH termasuk di Desa Tun Hussein Onn (DTHO) yang telah menyatakan kekesalan mereka kerana tinggal dalam rumah 'seperti tidak siap' ekoran siling yang runtuh, paip bocor yang menyebabkan limpahan najis 'orang atas' dan pelbagai kes lagi sedangkan kuarters berkenaan merupakan kuarters baru!

Pemberian kemudahan kuarters RKAT boleh saya klasifikasikan sebagai 'satu rahmat' kepada pegawai dan anggota ATM namun, pihak KEMENTAH seharusnya memastikan rumah-rumah berkenaan utuh dan selamat untuk didiami. 

Artikel ini bukanlah sengaja dibuat untuk menyalahkan KEMENTAH dan pemaju semata-mata tetapi diharapkan agar langkah-langkah pembaikpulihan dapat dilakukan dengan kadar segera. Isu kediaman dan tempat tinggal adalah perkara pokok untuk sesebuah keluarga dan ia boleh menjejaskan moral dan semangat seseorang anggota/termasuk penjawat awam yang tinggal di kuarters-kuarters berkenaan. Perkara lama ini wajar diberi perhatian sepenuhnya agar kelemahan-kelemahan seperti ini tidak terus menjadi bahan bincangan sesetengah pihak yang hanya akan merugikan dan memburukkan imej KEMENTAH di mata masyarakat.




Monday, 15 October 2012

PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT

USS George Washington (CVN 73) dan KD Jebat (FF 29) dan KD Lekiu (FF30)
TLDM mengadakan latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Passage Exercise (PASSEX) bersempena dengan kunjungan tiga buah kapal perang Amerika Syarikat ke Pelabuhan Klang baru-baru ini. Latihan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan juga meningkatkan persefahaman di antara tentera laut kedua-dua negara.

Kapal yang terlibat adalah iaitu KD JEBAT dan KD LEKIU manakala Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengaturgerakkan Aircraft Carrier, USS GEORGE WASHINGTON, Destroyer, USS MCCAMPBELL dan Frigate USS VANDERGRIFT.


Latihan dilaksanakan 20 batu nautika barat daya Pulau Pangkor. Pelbagai jenis latihan telah dilaksanakan di antaranya latihan manuvra dan komunikasi yang terdiri daripada kibaran bendera serta pancaran lampu bagi mengoptimumkan peluang yang diperolehi ini. Latihan manuvra bersama kapal pengangkut pesawat USS GEORGE WASHINGTON dan aksi akrobatik yang dipamerkan oleh pesawat Super Lynx serta Sea Hawk yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ternyata pengalaman yang mengujakan bagi kesemua warga kapal yang terlibat.


Eksesais pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya dan membuktikan kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara maju. Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang. Bravo Zulu!!

Sumber: Navy The Best


USS George Washington (CVN 73), KD Jebat FF 29, KD Lekiu (FF 30)
dan USS Vandergrift (FFG 48)

Sebelum ini, banyak desas-desus (hero-hero politik kosong tanah air terutamanya Mat Sabu dan Mahfuz yang melatah tidak tentu pasal) mengkritik kehadiran kapal pengangkut USS George Washington di Malaysia namun jelas hanya untuk memenuhi kepentingan parti politik mereka sahaja.Kritikan tersebut sengaja dibuat untuk mengalihkan pandangan, pendapat umum dan memadamkan ingatan masyarakat terhadap isu tajaan jutaan Dollar USD oleh pihak-pihak tertentu kepada organisasi-organisasi seperti SUARAM dan entiti media yang kononnya bebas seperti Malaysiakini.


Ironinya, apakah mereka ini pendek akal dan tidak tahu mengenai kepelbagaian inisiatif diplomatik ketenteraan yang telah dipraktikkan oleh kebanyakkan negara bedaulat iaitu lawatan serta persinggahan kapal perang ke pelabuhan-pelabuhan negara lain di serata dunia? Sebagai contoh, Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera milik TLDM sendiri  pernah mengadakan pelayaran "Sailing Around The World" ke benua Eropah dan saya difahamkam KLD berkenaan telah singgah ke sebanyak 24 buah pelabuhan! Ada puluhan malah mungkin ratusan lagi inisiatif diplomatik seperti itu telah dibuat oleh TLDM sendiri dan tidak larat rasanya untuk saya ingati tiap satu daripadanya.

Sebagai seorang perokok tegar, inilah 'buah tangan' - Lighter ZIPPO USS George Washington
 yang dapat saya beli sebagai kenangan menaiki kapal induk berkenaan
Walaupun, jika diperhalusi dengan lebih mendalam, lawatan tersebut mungkin membawa mesej bahawa kekuasaan ketenteraan Amerika Syarikat berada di mana jua dan ingin mewujudkan kesan psychological appearance mereka disini dibawah kelolaan pentadbiran US Pacific Command (USPACOM) di Hawaii yang mengkoordinasi aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat untuk mempertahankan keselamatan kepentingan negara berkenaan di Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, Askar Setia melihat lawatan USS George Wahington ke negara ini sebagai satu langkah positif untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik ketenteraan Kuala Lumpur-Washington. 

Friday, 12 October 2012

PERJUANGAN 120 MINIT ATM BERBALOI - TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK ATM

EPIK!


Perlawanan diantara pasukan ATM dan Lions XIII yang benar-benar menggentarkan jiwa saya malam tadi. Turun naik darah dibuatnya.Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak ATM yang telah melakar sejarah baru pasukan bola sepak berkenaan apabila berjaya melangkah Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia tahun ini. 

Pasukan ATM telah berjaya menewaskan pasukan Lions XIII di dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Selayang, Selangor. 


 Penantian dari tahun 1966 kini telah berakhir! 

Para pemain ATM telah mempamerkan tahap kecekalan dan ketabahan yang amat tinggi dan berhak mendapat pujian. Manakan tidak, ATM terus mengasak sehingga ke saat terakhir meskipun Lions XIII dijangka akan memenangi perlawanan berkenaan. 


Jaringan saat terakhir oleh Marlon Alex James telah meruntuhkan harapan penyokong negara jiran yang jelas ‘melopong’ dan kecewa kerana tidak menyangka Marlon mampu menanduk tepat ke arah gawang gol pasukan pelawat berkenaan. 

Bermain dan berhempas pulas selama 120 minit bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan tahap kecergasan, stamina dan kekuatan mental yang optimum. Namun, pasukan ATM terus berjuang sehingga mengheret perlawanan berkenaan ke penentuan sepakan penalti. Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20hb Oktober ini akan menyaksikan pasukan ATM akan berhadapan samada Kelantan atau Selangor yang akan beraksi Stadium Shah Alam malam ini.

TAHNIAH ATM

Monday, 8 October 2012

SELAMAT PULANG HERO SEMPORNA - TAHNIAH LK I PPP (PKL) ESTINO TANIYU



Perenang solo Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M), Estino Taniyu, yang berjaya merentasi Selat Inggeris pada 21 September lalu, disambut sebagai wira oleh warga Semporna. Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 24 tahun itu menerima sambutan meriah daripada lebih 2,000 penduduk Semporna yang berkumpul di Kampung Bangau-Bangau, tempat kelahiran Estino.


Turut menyambut kepulangan Estino, yang mencipta rekod dengan renangan selama 13 jam 45 minit dan 45 saat, ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 



Estino menamatkan renangan solo anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia di Sandy Beach, Calaif, Perancis pada jam 10.20 malam (waktu Malaysia) selepas bermula di Dover Beach, United Kingdom pada 8.41 pagi (waktu Malaysia).  Shafie, menganggap Estino sebagai wira dan kejayaan beliau mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya menawan Selat Inggeris merupakan satu kebanggaan, bukan sahaja kepada warga Semporna malah rakyat Sabah dan Malaysia, secara keseluruhan. 

"Ini satu catatan rekod yang amat memberangsangkan dan mengharumkan nama baik negara kita dan masyarakat Kampung Bangau-Bangau, Semporna ini. Saya penuh yakin, ini akan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk tampil berbakti mengharumkan nama bangsa.  "Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Estino, anak kampung yang dalam usia muda, 24 tahun berjaya mengharumkan nama baik negara kita. Ini adalah dorongan dan galakan yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku penaung Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia,"


Kejayaan Pandelela Renong meraih pingat gangsa di pentas Olimpik dan yang terbaru, oleh Estino, merupakan manifestasi kemampuan penduduk luar bandar mencapai kejayaan di pentas dunia, jika diberi peluang.  Estino begitu teruja dengan sambutan besar-besaran yang diberikan penduduk Semporna serta Shafie, dan berterima kasih kerana beliau sendiri tidak pernah menerima sambutan sebegitu rupa sebelum ini. 


Mengulas cabaran ketika berenang merentasi Selat Inggeris, Estino berkata, selain suhu air yang sejuk, arus laut serta kapal dagang yang lalu-lalang adalah rintangan yang perlu diatasi.  Bagaimanapun, katanya, dengan latihan mental dan fizikal mental, pengalaman sebagai anak kampung merangkap anak nelayan selain sokongan rakan sepasukan serta Angkatan Tentera Malaysia, beliau berjaya menamatkan renangannya dengan catatan masa yang baik.


TAHNIAH ESTINO!