Beberapa
blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk
“The “I” Files” tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga
4 boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan
bacaan penulis, “I” pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau
“Anwar Ibrahim” bagi orang Malaysia.
Tidak
dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada
itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar. Setahu
penulis, “John Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang
Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.
Namun,
siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama
ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan
oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut
politik veteran. Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak
pernah lagi diketahui umum.
Jonathan
Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi
‘Ketuanya.’ Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan,
mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat
memahami tugasan beliau.
Penulisan
beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali
menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh
dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka.
Kisah
dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana
mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan,
perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara
perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim”
menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.
Smith
jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran
rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah
sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini
adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang
perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang
digambarkannya melalui penulisannya.
Namun,
jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari
negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui
rakyat negara ini sendiri.
Apa yang
pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa
wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith
telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas
mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.
Menurut
Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran
dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik
yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi,
berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Kaum Cina
dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan
Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!
Tetapi
pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr.
Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi – kecuali satu,
iaitu di hati sanubarinya.
Di mana Tun
Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam
perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar
berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!
Bagaimanapun,
seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama. Namun, ia tetap
wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih
menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari
sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.
Sumber :
Beruang Biru (mykmu.net)
Baca keseluruhan Bab The "I" Files DISINI
p/s: artikel dan kesemua artikel dalam The "I" Files hanya boleh dibaca oleh mereka-mereka yang terbuka hati dan akalnya sebelum membuat analisis perihal landskap politik Malaysia. Pengikut TOTOK mana-mana parti terutamanya pengikut TOTOK penama "I" tersebut tidak digalakkan untuk meneliti penulisan berkenaan...
elok tak faham sbb nanti terpengaruh ,sbb skrg pengarang guna NLP untuk tukar minda..
ReplyDeletesebab itulah saya sering katakan..t. mentaliti masyarakat Malaysia ni masih diperingkat dunia ketiga.. kita membaca bukan untuk mempengaruhi dan dipengaruhi..ia untuk exercise intelek kita.
ReplyDeletejika budaya membaca penulisan kritikal dianggap tidak sesuai, jadi..debat politik di Malaysia juga belum sesuai untuk dianjurkan... kerana apa...
kerana mentaliti lapuk..tidak mahu dan tidak mampu berfikir dengan kritikal..
bro... teman post bro nyer link kat FB teman.
ReplyDeleteTQ bro for info.
peninglaa@yahoo.com
No prob..Silakan..terima kasih..sebar2kan ilmu dan maklumat yang memberi manfaat...
ReplyDelete