Wednesday, 1 August 2012

PADA MASA KITA BERBALAH MENGENAI POLITIK, AKIDAH ANAK-ANAK KITA DISONGSANGKAN SECARA PERLAHAN


Seorang guru yang bertugas di Sekolah Melayu, Kampung Melayu, Johor Bahru mendedahkan terdapat aktiviti Kristinisasi melalui penjualan buku untuk merosakkan minda pelajar-pelajar sekolah.

“Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. 

“Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar “angel” yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini,”kata Cikgu Rahmat di laman facebooknya. (CIKGU RAHMAT)

Katanya lagi guru besar sekolah berkenaan telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. 

“Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. 

“Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu.

Terjemahan ayat Kursi yang jelas salah dan menyesatkan

“Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 

“Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian,”katanya. 

Nama penerbit. Tiada butiran lain seperti nombor pendaftaran
syarikat dan butiran lain.

Cikgu Rahmat juga turut memuat turunkan buku-buku yang diselit dengan ayat-ayat Al Quran tetapi mengadungi fakta-fakta yang salah. Koleksi buku-buku itu boleh dilihat di SINI.

Pada rakan-rakan pembaca, sama-sama kita kongsikan maklumat ini dalam Facebook dan lain-lain cara. Untuk kita, keluarga kita, anak-anak kita dan masa depan agama Islam di Malaysia. Jangan leka berpolitik, taksub dengan cerita-cerita di internet dan kita terlepas pandang untuk memeriksa pengisian rohani untuk keluarga kita. 

3 comments:

  1. Inilah yg terjkadi bila pemimpin melayu/umat melayu asyik sibuk bpolitik dan bangsa lain ambil kesempatan.
    bersatu kt teguh, bercerai kt roboh.

    ReplyDelete
  2. Ini cerita lama brooo dah lebih 12 tahun...
    ... cari lah cerita baru...

    ReplyDelete
  3. cerita mengenai penyebaran ajaran akidah songsang oleh pihak-pihak tertentu memang sudah lama berlaku dalam masyarakat. Malahan ia berlaku sejak lahirnya Islam dimuka bumi ini.

    Jadi, jika Anon 10:43 merasakan ia cerita lama, mungkin ada benarnya. Tetapi, modus operandi yang dijalankan di Johor Bahru itu adalah yang terbaru dikesan.

    Saya bukan menyiarkan cerita lama mahupun baru...Tiada istilah cerita lama atau cerita baru kerana puak kafir tidak akan selesa melihat penyatupaduan umat Islam. mereka akan terus menyelinap dan memporak perandakan umat Islam secara halus...sehingga hari Kiamat.

    paling tidak pun, lepas tanggungjawab saya untuk saling menyampaikan pada saudara sesama Islam.

    ReplyDelete