Wednesday, 2 May 2012

MENYINGKAP 78 TAHUN PENGORBANAN TLDM


Salam... Askar Setia kembali berblogging setelah menyepi sementara. Bukan kerana 'berputus asa' kerana diasak hebat oleh beberapa individu/pengikut politik yang buta.. Cuma pulang ke kampung untuk urusan perniagaan dan pembelian aset. Alhamdulillah... Mereka yang sering mengasak saya sering menggunakan kenyataan bahawa saya ni tidak layak berbicara mengenai hal ketenteraan kerana saya ni Territorial Army (TA) lah, tidak lama dalam service lah dan berbagai-bagai kritikan lagi. Namun, ironinya, mereka hanya tahu mengkritik...menghentam itu dan ini..itu salah lah..ini salahlah..  tidak mengapa..biarlah saya yang TA ni terus menulis demi kebenaran dan kebaikan bersama. Jika kalian yang telah mendapat pelbagai keistimewaan dan kemudahan semasa berkhidmat dahulu tidak mahu membela ATM, tidak mengapa.. Biarlah TA yang kerdil ini terus menulis kerana tidak sanggup melihat ATM menjadi subjek mainan politik kotor sesetengah pihak. 

Baru-baru ini, kecoh mengenai kenyataan DS Nizar kononnya mendapat berita bahawa Perdana Menteri (PM) telah menemui Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan menggesa agar ATM berbuat 'sesuatu' sekiranya BN tumpas dalam pilihanraya umum yang akan datang. DS Nizar pula dengan bangga menyatakan bahawa PAT telah memberi maklumbalas bahawa ATM tidak akan berkompromi dengan BN dan tidak akan berbuat apa-apa pun sekiranya BN tumpas.

Namun.... Persoalannya, adakah benar PM ada berjumpa dengan PAT? Apabila PAT dan kesemua panglima dari ketiga-tiga perkhidmatan telah mengadakan press conference untuk menafikan perkara tersebut... Barulah DS Nizar mengatakan bahawa beliau sebenarnya tidak pasti dengan kesahihan berita berkenaan ..  Apa punya jenis makhluk Tuhan lah sampaikan sanggup berbohong, menagih simpati orang ramai dan menabur dusta demi kelangsungan karier politik beliau... 

Apa yang menyedihkan lagi apabila ada sesetengah golongan pembaca terus menyatakan sokongan terhadap DS Nizar walaupun jelas telah diperbodohkan dan diperkudakan dengan pembohongan-pembohingan yang dinyatakan. Hendak buat macam mana..Golongan tersebut adalah golongan yang telah dibutakan akal dan hati untuk menolak kebenaran dan menerima pembohongan. Moga Allah S.W.T membuka pintu hati masing-masing. Amin...

Jika hendak berdebat mengenai politik Malaysia ni..maka sampai Kiamatlah memang tidak habis. Yang membangkang akan terus membangkang walaupun kebenaran jelas didepan mata. Ok.. put  that thing aside. Sempena sambutan Hari TLDM yang ke 78, saya memetik nukilan sahabat saya dari Navy The Best seperti dalam blog beliau... Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM YANG KE 78.. Khas buat NAVY PEOPLE yang disayangi....

Dalam diam tak diam, 27 April 2012 nanti genaplah 78 Tahun TLDM mengabdikan dirinya untuk kesejahteraan Malaysia dalam aspek pertahanan maritim. Sepanjang tempoh tersebut TLDM telah tempuh pelbagai cabaran selain berdepan dengan laluan berliku yang penuh pahit-getir. Namun TLDM tetap setia, berbekalkan motto “SEDIA BERKORBAN” segalanya diharungi dengan penuh tabah. Banyak perubahan telah berlaku baik dalam aspek kepimpinan, pembangunan aset, pembangunan modal insan serta role and task TLDM (transformasi dari Brown ke Green dan dari Green ke Blue Water Navy).



Satu ketika dulu mungkin tidak terlintas di benak fikiran kita bahawa Malaysia sebagai sebuah negara 'kerdil', mampu memiliki kapal selam serta aset-aset ketenteraan yang canggih. Namun itulah hakikat perubahan yang berlaku dalam TLDM. Tidak keterlaluan jika NTB katakan rakyat dan dunia harus akur bahawa segala pencapaian yang dikecapi sekarang adalah hasil pengorbanan yang dicurahkan TLDM. Pengorbanan TLDM bukan sahaja untuk negara, malah meliputi keselamatan antarabangsa seperti penghantaran kapal serta anggota ke Teluk Aden bagi menangani ancaman lanun. Walaupun pelbagai pengiktirafan dunia diperolehi namun TLDM tidak pernah mendabik dada dan jauh sekali berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai.


TLDM akan terus kekal tranformasi menerusi anjakan paradigma bagi mengekalkan kredibilitinya. Pucuk pimpinan TLDM sentiasa merancang agar TLDM kekal relevan dan terus maju bagi mencapai misinya untuk menjadi World Class Navy. Masih terngiang di telinga NTB akan satu amanat Panglima Tentera Laut di suatu ketika dulu “TLDM kini telah memiliki Armada yang dilengkapi keupayaan perang tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah air. Justeru, Armada masa depan adalah angkatan laut yang seimbang dalam keupayaan tiga dimensi tersebut. TLDM akan meneroka, membangun, menguji dan mengguna pakai konsep dan teknologi terkini sebagai rangka kerja untuk transformasi apabila berurusan dengan keupayaan sistem pertahanan maritim masa depan."


IsnyaAllah berkat usaha gigih semua warga TLDM, visi untuk menjadi "Tentera Laut yang berkualiti" dan misi "menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk melindungi kepentingan maritim Malaysia semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang" akan dapat direalisasikan, InsyaAllah. Walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mencalarkan imej TLDM, namun hakikat yang mereka perlu sedar ialah, tanpa TLDM, pertahanan Maritim Malaysia akan polos.

Navy The Best - SEDIA BERKORBAN

p/s: Oh ya...TLDM juga akan mengadakan Hari Terbuka Armada sempena sambutan tersebut pada 5 Mei 2012 di Pangkalan TMDLM Kota Kinabalu jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Banyak aktiviti yang akan dianjurkan seperti konsert, drift, auto parade, boat ride, pertandingan memancing dan pelbagai lagi. Dan apa yang lebih mengujakan ialah..orang awam akan dibenarkan untuk melihat kapal perang milik TLDM. So, pada pembaca yang berada di KK, jangan lepaskan peluang ini...




11 comments:

  1. Orang tak layan fitnah dan propaganda politik murahan mavam tajuk posting kau ni..jangan merapu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce cite kt aku propaganda en ayam taik..?
      hg sendiri meletakkan nama selaku taik ayam bermakna hg menyamakan diri hg dengan taik ayam kah? murahan sungguh diri hg tu.. puihh..

      Delete
  2. Banyak lagi topik lain kau boleh ambik..woi TA..kau ngaku lah kau pwngikut totok dacing dan keris karat.pergi mampos ngan politik ala yahudi korang..asal bukan UMNO

    ReplyDelete
  3. Apa lah ko askarsetia, cari lah maklumat sendiri selain C/P kat blog. Pembaca bukan nak lihat ko dengan C/P tapi hasil penyelidikan ko. Macamana orang nak respect ko sebagai penulis atau ko memang petationwritter sahaja.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ko bagilah ayat yang bernas sikit

    ReplyDelete
  6. TA apa pun tak boleh

    ReplyDelete
  7. memang lumrah juak pembangkang..tidak akan pernah suka dengan khabar positif especially berkaitan ATM. Semuanya hendak dikaitkan dengan politik. Betapa rendahnya tahap pemikiran mereka.

    Saya tidak kisah jika dihentam atau dikritik. Blog is just blog. Anehnya, ada yang dakwa blog ini blog politik? Cuba kalian baca keseluruhan artikel di blog ini. Ada berapa artikel mengenai politik sampah seperti yang didakwa?

    copy and paste? c'mon lah. ini adalah blogging. everybody borrows.. jika c/p beberapa artikel yang bagus, apa salahnya?? Tugas kita untuk menyampaikan berita sahih dan saya tidak pernah menganggap ia satu kesalahan. Malahan..saling menyampaikan perkhabaran benar adalah satu ibadah..Tidak seperti kebanyakkan blog politik yang hanya c/p tanpa usul periksa kesahihan sesuatu maklumat.

    memang saya sudah jangka, blog ini akan dihujani dengan kritikan keldai-keldai politik yang tidak habis-habis mengaitkan blog ini dengan sesuatu parti politik. Nak buat macam mana? mereka itu buta hati dan akal untuk berfikir dengan waras. otak mereka hanya tertulis POLITIK..POLITIK..POLITIK..

    saya akan terus menulis tanpa rasa takut kerana yang BENAR akan tetap BENAR. Jika yang pernah berkhidmat dalam ATM, pernah mendapat pelbagai kemudahan semasa berkhidmat tidak mahu mempertahankan ATM...

    Tidak mengapa..biarlan TA ini yang terus mempertahan dan menyayangi ATM. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Salam Veteran 17

    Blog ini BUKAN BLOG POLITIK. saya wujudkan blog ini untuk berkongsi maklumat berkaitan pencapaian ATM, kejayaan-kejayaan ATM, projek Jiwa Murni dan beberapa pendapat saya yang lain berkaitan isu-isu melibatkan ATM.

    Cuma, beberapa pembaca sering mengkritik dan mengaitkan blog ini dengan politik.

    Sama-sama kita berkongsi maklumat mengenai kejayaan ATM..

    ReplyDelete
  9. Terime kasih askarsetia, tapi apa yang saya lihat dari penulisan tuan, seolah olah menjurus pada politik. Jika nak mempertabatkan warga anggota ATM atau yang telah bersara ini blog nya. veteran17.blogspot.com

    ReplyDelete