Wednesday, 29 February 2012

KD LAKSAMANA HANG NADIM SELAMATKAN PEMANCING.. BRAVO ZULU TLDM!




Lumut, 28 Feb – Kapal milik TLDM dari Skuadron Korvet ke-24 Kelas Laksamana, Kapal Diraja (KD) LAKSAMANA HANG NADIM telah berjaya menyelamatkan tiga orang pemancing  mangsa bot karam. Dalam kejadian tersebut, tiga orang pemancing Marzuki bin Daraman, 52 tahun, Zulkhairi bin Abdul Rahman, 47 tahun dan Mualim bin Giyar, 40an, dari Teluk Muroh ditemui sedang terapung-apung di lokasi 30 batu nautika Barat Daya Pulau Pangkor berdekatan dengan Pulau Jarak.


KD LAKSAMANA HANG NADIM sewaktu menemui mangsa,  sedang dalam siri rutin rondaan berterusan dan pengawasan keselamatan maritim oleh kapal-kapal TLDM di Perairan Selat Melaka. 



Menurut mangsa, bot yang dinaiki mereka sedang bersauh di kira-kira 400 meter arah Selatan Pulau Jarak kerana berlindung dari cuaca buruk, ombak dan angin kencang mulai jam 1 pagi 27 Feb. Pada kira-kira jam 3 pagi angin kencang dan ombak kuat telah menghanyutkan bot ke arah Pulau Jarak. Cubaan mereka untuk membongkar sauh dan meninggalkan kawasan perairan tersebut telah gagal akibat enjin bot tidak dapat dihidupkan dipercayai disebabkan oleh masalah bateri.



Pada jam 11 pagi dalam keadaan air surut, bot yang sedang terapung-apung telah dipukul ombak kuat sehingga menyebabkan bot jenis fiber ini terhempas di batu besar di kawasan perairan tersebut dan pecah. Akibat daripada hempasan tersebut, keseluruhan bot ditenggelami air dan ketiga-tiga mereka terpaksa berapung untuk menyelamatkan diri.


Pada kira-kira jam 12.45 tengahari, KD LAKSAMANA HANG NADIM yang sedang meronda dikawasan tersebut telah mengesan ketiga-tiga mangsa dan bertindak memberikan bantuan menyelamat. KD LAKSAMANA HANG NADIM yang dalam rutin rondaan, kemudiannya telah menyerahkan ketiga-tiga mangsa kepada Tim Sentosa di Pos Pemerhati Pulau Jarak untuk bantuan lanjut. Ketiga-tiga mangsa kemudiannya telah dipindahkan dari Pos Pemerhati Pulau Jarak ke atas sebuah lagi kapal TLDM iaitu Kapal Tunda Diraja (KTD) PENYU yang sedang dalam rutin penghantaran logistik kepada Tim Sentosa di Pos Pemerhati Pulau Jarak kira-kira jam 4.45 petang.


Dalam masa yang sama, Daerah Maritim 3 (DM3) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah dimaklumkan mengenai kejadian oleh Pusat Operasi TLDM di Markas Armada telah menugaskan aset mereka KM TUGAU untuk bantuan. KM TUGAU telah membuat pertemuan dengan KTD PENYU pada jam 11.45 malam di posisi 8 batu nautika Barat Daya Pangkor Laut dan ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada KM TUGAU untuk di bawa pulang ke Jeti APMM Kg. Acheh.

Mangsa selamat tiba bersama KM TUGAU di Jeti APMM Kampung Acheh pada kira-kira jam 12.35 malam 27 Feb

Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada TLDM


p/s: Cerita-cerita sebegini sepatutnya wajar dihebahkan secara meluas kepada masyarakat agar mengetahui betapa besarnya jasa-jasa pengorbanan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya kepada masyarakat. Mungkin ada yang akan memperlekeh dengan mengatakan "eleh..Askar Setia copy and paste jugak".. Tetapi...


Saya ingin mengingatkan bahawa, segala artikel yang disiarkan adalah berlandaskan fakta dan tidak dicedok dari mana-mana blog melukut di tepian gantang. Paling tidak pun, perkongsian maklumat MESTI SAHIH dan jika tidak, tiada bezanya dengan menyebarkan FITNAH.


Apa yang berlaku adalah kita sering dimomokkan dengan fitnah dan cerita-cerita negatif yang tidak jelas hujung pangkal dan kesahihannya. Lebih menyedihkan, ada dikalangan bekas tentera yang sanggup 'menjual maruah' dengan  menjadi kuda tunggangan parti-parti politik dengan menjadi ejen menyebarkan artikel-artikel 'murahan' dan tidak habis-habis mengkritik kepimpinan kerajaan dan ATM. Mungkin tidak cukup 'forward-roll' semasa berkhidmat dahulu. 

3 comments:

  1. Alhamdulillah, good job to all. FYI, I experienced onboard Hang Nadim in year 1997 if I not mistaken when she just arrived to Malaysia for NAVY. At that time I was a cadet officer, by the way now I'm ranked Captain in Armed Forces. All the best to Hang Nadim crews & NAVY especially, double thumbs up...

    ReplyDelete
  2. Tim Sentosa yang berada kat Pos Pemerhati Pulau Jarak tu adalag Anggota2 Tentera Darat Malaysia dari Rejimen Sempadan.

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada warga Tentera, semoga Allah melindungi pengorbanan kalian..

    ReplyDelete