Thursday, 29 December 2011

TAHNIAH MEJAR DAVID TEO!...TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UNTUK ANDA


Askar Setia mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerbit paling produktif di Malaysia, Mr David Teo yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Syor-Syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 untuk menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat). Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.


Mejar David Teo merupakan salah seorang anggota Platun Seni yang diperkenalkan oleh KEMENTAH bersama-sama dengan artis lain. Saya secara peribadi pernah mendengar pelbagai rungutan (terutamanya dari kalangan anggota tentera) yang merasakan latihan mereka tidaklah seteruk mana dan layak digelar sebagai ‘Platun Manja’ namun, saya memandang tinggi pada sesiapa sahaja yang berani menyahut cabaran untuk menyertai Askar Wataniah. Salute lah! Biarlah apa orang nak kata, yang penting mereka berani!


Namun, kini ATM/KEMENTAH telah menjadi sasaran kritikan ramai pihak (terutamanya juak-juak politik) dalam pelbagai aspek termasuk kemampuan aset-aset pertahanan negara untuk dioperasikan. Dari cerita mengenai kapal selam sehinggalah jaket kalis peluru milik ATM telah menjadi bahan kritikan dan sendaan ramai pihak. Ironinya, saya rasa amat aneh kerana yang berkata sedemikian semuanya tidak langsung memiliki pengetahuan mengenai apa yang dipertikaikan.

KEMENTAH dan ATM secara khususnya wajar mengambil kesempatan sebegini untuk mewujudkan lebih banyak cerita bersiri, cerita pendek dan jika boleh, penerbitan filem ketenteraan bagi mempamer tahap keupayaan dan kemampuan ATM dalam mempertahankan negara. Jika perlu, tonjolkan kemampuan sebenar aset-aset pertahanan kita (dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM). Saya tertarik dengan kenyataan Mejar David Teo semasa majlis pemakaian pangkat tersebut yang lebih kurang berbunyi seperti ini:

"Satu dunia takut dengan kehebatan askar Amerika Syarikat kerana filem-filem tentera mereka yang ditayang di seluruh dunia"

Dengan adanya platform kerjasama ATM/KEMENTAH dengan pihak industri perfileman tanah air, ia merupakan satu langkah bijak dan amat positif dalam mengenengahkan lebih banyak tayangan ketenteraan di televisyen dan di pawagam-pawagam.


Sebagai contoh, pihak PDRM telah mengambil satu langkah yang amat bijak dalam mempromosi profesion kepolisan dengan penyiaran drama-drama mengenai tugas PDRM dalam mengawasi dan menjaga keselamatan dalam negara. Drama-drama seperti Roda-Roda Kuala Lumpur, Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Marin yang mempamerkan pengoperasian dan tugas PDRM telah memberi implikasi positif terhadap tanggapan masyarakat tehadap peranan dan tugas anggota polis. Bukan itu sahaja, drama bersiri iaitu ‘Berek’ (yang menceritakan kehidupan isteri-isteri anggota polis di berek-berek polis) telah turut menyumbang kepada pembentukan imej positif PDRM di mata masyarakat. Oh ya.. Cerita-cerita berkenaan ditayangkan pada masa peak hour yang sudah pasti mempunyai kadar tontonan dan hit yang amat tinggi.



Kepada Mejar David Teo, penganugerahan pangkat tersebut wajar dijadikan amanah dan pemangkin kepada anda agar lebih bersemangat dalam menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah.

 BUKAN JANJI...TAPI PASTI

Thursday, 15 December 2011

LIM GUAN ENG AKUI KEMAMPUAN KAPAL SELAM NEGARA, TETAPI......

Selepas melalui pengalaman menyelam sedalam 30 meter bersama kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui akan kemampuan kapal selam negara yang sebelum ini menjadi kritikan beberapa pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak dapat menyelam.

Guan Eng turut menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi,”

Guan Eng menyatakan bahawa beliau sangat tertarik dengan sikap profesionalisme pegawai pemerintah dan anak anak kapal dan menyatakan:

"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka...”




Askar Setia turut merujuk sumber dari rakan TLDM dan berharap agar kenyatan beliau ini diharap dapat menyelenyapkan kata-kata sumbang pembangkang khususnya DAP yang menuduh aset strategik negara  tersebut tidak berupaya melakukan selaman.   Guan Eng  juga meminta sokongan semua  rakyat   atau mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan  pengorbanan krew kapal selam TLDM dan malah menghargai  mereka  sebagai wira negara. Dalam memastikan kelancaran lawatan  khas tersebut, TLDM telah menugaskan  dua buah pesawat dan dua buah kapal perang TLDM.  Pesawat Super Lynx dan Fennec digunakan bagi membawa deligasi dari Lapangan Terbang Anatrabangsa Langkawi ke KD LEKIU untuk dipindahkan ke KD TUN RAZAK. Dalam masa yang sama KD JEBAT ditugaskan sebagai platform petugas media untuk membuat liputan lawatan tersebut.

Tetapi, persoalannya....

1.         Tunggu 2-3 hari lagi apabila penyokong buta tuli pihak pakatan rakyat akan terus mempersenda kemampuan kapal selam negara. Sebagai contoh, kita nantikan saja komen-komen pembaca di Malaysiakini dan lihat tulisan blogger-blogger yang sanggup menafikan perkara berlandaskan fakta dan menulis, menipu pembaca dengan cerita putar belit. Barangkali, Allah S.W.T sudah menutup benak fikiran mereka untuk berfikir dengan waras.Mereka-mereka ini yang saya suka gelar sebagai “Mekanik motor tapi mahu bercerita tentang anatomi badan manusia”. Yang menyedihkan. Ada pulak Mat Cai’e yang menyokong. Dah la sesat, menyesatkan orang lain pula.

2.         Isu kapal selam negara akan selesai? Mungkin tidak. Pihak pakatan rakyat dan Guan Eng akan terus mengeksploitasi isu-isu berkaitan aset strategik pertahanan negara walau dengan apa cara sekalipun. Isu tersebut tidak akan selesai. Untuk apa? Adakah mereka-mereka ini ‘dibayar’ untuk terus mengorek, mendapatkan maklumat strategik pertahanan dan lain lain? Siapa tahu...Jangan kita lupa...di internet ada gambar ‘orang kuat Pakatan Rakyat’ berjumpa dengan wakil kedutaan Singapura. Untuk tujuan apa?

3.         Kenyataan dan hasrat MENHAN yang “ingin menjemput" lebih ramai pemimpin politik pakatan rakyat untuk  merasai dan melihat sendiri kemampuan kapal selam negara dengan turut menyelam bersama-sama kapal selam negara saya fikir wajar dirujuk semula. Akses kepada aset pertahanan strategik negara wajar dilakukan dalam kadar terhad dan terkawal. 

4.         Isu melibatkan KOS PEMBELIAN turut dijangka akan terus menjadi topik hangat blogger-blogegr pembangkang. Sudah ketandusan isu barangkali. Namun, isu berkenaan boleh memberi implikasi negatif kepada KEMENTAH/ATM. Ditambah pula komen pembaca yang tidak tahu apa-apa mengenai implikasi kos melibatkan penyelenggaraan dan pengoperasian kapal selam tersebut tetapi bertindak seperti HERO SERBA TAHU.


Thursday, 8 December 2011

GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perceptiondan  "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:

 “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” 

Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.


Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, 


"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

            Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.


Agenda Setting Plan
Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence


            Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).

p/s: Dipetik dan diubahsuai dari Blog Merapu Sakan.