Thursday, 3 November 2011

REALITI ASKAR PENCEN DAN POLITIK - Pandangan Blogger Ex-Komando

TEPAT DAN BERNAS!

Itu yang saya boleh jelaska mengenai idea dan pandangan yang amat bernas dari blogger 'excdo' mengenai senario menjadi 'askar pencen' dan realiti politik Malaysia. Saya harap, pembaca dapat menghayati maksud yang hendak disampaikan oleh beliau.




Sejak bergelar askar pencen ini, Den selalu jugak berfikir, kenapa ramai askar yang dah pencen tidak menyokong kerajaan. Den tidaklah sampai nak membuat survey untuk mencari jawapannya, tapi dari hasil pergaulan dan kefahaman Den, Den telah mengkategorikan di antara askar pencen yang tidak menyokong kerajaan di dalam empat kumpulan.

Kump  Pertama: Terdiri dari mereka yang mungkin merasa kehidupan mereka lebih  susah   selepas berhenti dan merasakan perjuangan mereka selama ini di dalam perkhidmatan  tidak dihargai. Justeru itu mereka menyalahkan kerajaan di atas kekurangan mereka sekarang. Grup ini Den golar Grup tak sodar diri, salah sendiri    tetapi suka menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri.

Grup kedua: Terdiri dari mereka yang  mungkin, rasa kerajaan sekarang ‘terlalu banyak dosa’ dan mereka ingin mendekati diri pada agama dan memilih parti yang dikatakan memperjuangkan Islam sebagai jalan terbaik . Grup ini mungkin nak mencari nur keimanan yang  sejati dan bagi mereka hanya parti yang menggunakan nama ISLAM sahaja yang mampu membimbing mereka. Grup ini Den tak kisah...itu pilihan masing-masing...

Grup  Ketiga:  Terdiri dari mereka yang nak menjadi orang politik. Mereka  adalah  kerana askar pencen ini gian nak berpolitik dan nak menjadi orang politik, jadi parti pembangkang adalah ‘platform’ yang mudah untuk  mereka naik sebagai pemimpin politik. Ini  geng oportunis dan suku sakat ayam jantan berkokok berdegar-degar...riuh  sekampung...lupa kek ekornya bergelumang najis..

Grup Keempat: Terdiri dari mereka yang, mungkin tidak menyokong kerajaan kerana atas dasar dan pandangan peribadi yang berbeza dan tidak menyukai corak pemerintahan kerajaan sekarang. Grup ini lebih liberal dan mungkin mempunyai pandang tersendiri....Grup ini tidak   menjadi masalah kepada sesiapa..hak mereka nak sokong ....sesiapa...terpulanglah kepada mereka.


(Untuk askar pencen, lihatlah anda dalam grup mano , kalau anda pihak menyokong pembangkanglaa..kalau anda pihak yang menyokong kerajaan macam Den , bukanlah bermakna kita dipihak yang benar dan baik...Cuma kita membuat pilihan atas cita rasa sendiri....dan penilaian sendiri...pokoknya...siapa yang benar , siapa yang salah, siapa yang baik siapa yang buruk....hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya. Dan berdoalah ...Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita).

Dan dari  ‘pengamatan’ Den golongan pertama dan ketiga adalah kumpulan yang paling ramai tidak menyokong kerajaan sekarang berbanding dengan golongan kedua dan keempat. Apa pun jumlahnya Den tidak risau kerana pada pandangan Den itu hak masing-masing.....kalau benar kerajaan sekarang tidak ‘betul sokmo’ macam yang diwar-warkan mereka, biarlah kerajaan tu tumbang..tiada sebarang implikasi besar pada Den. Dalam pada itu Den hormat pada grup kedua dan Keempat, kerana Den rasakan alasan yang diberi oleh mereka boleh diterima pakai . Dan Den secara peribadi merasa mereka berhak memilih jalan mereka sendiri bersandarkan kepada kebebasan untuk bersuara .

Tetapi apa yang Den kesalkan adalah bekas askar dari grup Pertama dan Ketiga Dan ke banyakkan dari grup inilah yang selalu mengapi-apikan  askar-askar yang masih berkhidmat supaya menentang pemerintah sekarang . Bila isu “taat setia “ kepada pemerintah mereka salah tafsirkan  dengan menyatakan bahawa askar mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung sahaja dan bukan kepada kerajaan , justeru itu askar tak perlu patuh dan  taat kepada kerajaan sekarang . Bagi Den ini pandang orang yang suka berfikir secara lalu dan tidak mahu berfikir secara halus dan mendalam.

Sebabnya, kalau betul-betul askar ini dah mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung, maka mereka sepatutnya mesti juga taat setia kepada pemerintah/kerajaan sekarang. Rasionalnya, Agung telah memberi mandat dan kepercayaan [ restu] kepada PM dan kerajaan sekarang untuk memerintah negara, maka adalah menjadi kewajipan bagi askar yang telah mengaku untuk taat setia kepada Agung turut mengiktiraf mandat dan kepercayaan yang Agung berikan kepada kerajaan untuk memerintah.

Den tak  akan ambik pusing dan tak ambik peduli , fasal askar pencen menyeru askar pencen yang lain supaya menentang kerajaan sekarang. Bagi Den itu hak mereka. Itu sebabnya penubuhan KOBAT  [kononnya kor bekas AT]yang  telah diberi ‘special treatment ‘ oleh seorang tokoh PKR di Pahang tidak langsung menggusarkan Den. Biaq peii laa..apa salahnya...ada juga persatuan bekas tentera yang lain yang mendapat sokongan dari pihak UMNO dan sebagainya. Cuma yang Den kesalkan ada cara  “suku sakat kobat ini cuba meraih sokongan dengan anggota yang masih berkhidmat dan juga askar pencen. Mereka lebih kepada  “meludah dan memburukkan institusi ketenteraan dan kerajaan yang memerintah “...part ini yang Den tak berapo goma nie.

 Den berharap sangat kalau yea pun nak meraih simpati pada bekas askar dan yang masih berkhidmat untuk tidak menyokong kerajaan..gunakanlah cara yang lebih berhemat dan janganlah seolah-olah ‘nak meludah lak’ institutsi ketenteraan dan kerajaan yang mungkin pernah memberi ‘sedikit kebaikan’ kepada anda di sepanjang perkhidmatan anda dulu...Den pasti  “mesti ada kebaikan yang anda telah perolehi semasa berkhidmat dulu”....kalau tak nak ucapkan terima kasih kepada ATM dan kerajaan pun tak apa....tapi janganlah sampai nak meludahkan dan memburukannya..sebab walaupun Den dulu tak jugak ‘sentiasa di layan dengan baik semasa di dalam ATM ‘dulu tapi hati dan jiwa Den tetap SAYANGKAN ATM!

Itu sebab bilo dah pencen nie masih mahu dikenali sebagai ASKAR PENCEN DENGAN MENGGUNAKAN TITLE BERSARA..SEBAB DEN BANGGO PERNAH BERKHIDMAT DENGAN ATM YANG TELAH MEMBIMBING DEN, WALAUPUN ADA KETIKANYA DEN TIDAK DILAYAN DENGAN SEWAJARNYA SEMASA DI DALAM ATM DULU. BAGI DEN ITU ADALAH DISEBABKAN MASALAH INDIVIDU YANG BERKUASA PADA MASA ITU DAN BUKANNYA SALAH INSTITUSI ATM.

Jadi sebagai penutup, Den Cuma nak memaklumkan kepada askar-askar pencen bahawa, kalau nak burukkan ATM dan kerajaan sekarang pun berpada-pada dan sertakan dengan bukti yang sahih . Tempah jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita pernah mencari makan/rezeki takkan kita nak hina dan memburukkanya pula...kalau tak setuju sangat pun ...janganlah meludah secara keterlaluan. Dan pada askar yang masih berkhidmat....berfikirlaa secara terbuka....adakah kerajaan sekarang ini benar-benar tidak prihatin kepada anda sehingga mengabaikan anda semua . Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

  1. setuju! penyokong kerajaan akan terus sokong BN. Penyokong Pembangkang akan terus sokong Pembangkang! Nasib bekas tentera perlu terus dibela.

    ReplyDelete
  2. A superb article and it should be read by all, either the current service people or those who had already retired. Mintak cedok sikit untuk dimuatkan dalam blog Navy The Best untuk diolah semula.

    ReplyDelete
  3. klu kjaan cm bangnan spe nk skong krjaan dplih oleh rkyat xkre org 2 ske ke x lantak die la.. klu dh jd krjaan kre kuasa lbih la xblh rkyat nk bgkang pe ingt krjaan 2 tuhan ke.. puuiihhh...!!!!

    ReplyDelete