Monday, 17 October 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG? KOBAT.. ALAHAI KOBAT

C70 ini bukan milik
 Feriddy
Kalau baca tanpa guna akal memang kesian bunyinya terhadap bekas tentera Mohd Firdaus Feriddy Abdullah. Tapi dengan sedikit ilmu yang ada saya rasa banyak pembohongan yang KOBATPR buat. Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya nak bagi HINT sikit kat sini. 

Cuba perhatikan gambar yang KOBATPR sertakan, ok sekarang cuba fokuskan kepada gambar motor tu, ok sekarang cuba tengok saiz tayar motor tu. Motor kapcai ke motor besar tu? Honda C70 ke? Sahih, kompom, alberto..itu motor besar tu..macamana kata hidup penuh kedhaifan kalau mampu beli motor besar? Minyak setangki dah berapa? Tayar sebijik koman-koman RM300, itu nak kata derita lagi. Kalau bagi saya memang derita, bukan sebab anak sakit, tapi sakit nak bayar cukai jalan, sakit nak bayar insuran. 


Keduanya, saya rasa hairan bila KOBAT katakan "HABIS MADU, SEPAH DIBUANG ". Zalim sungguh KOBATPR membuat fitnah sebegitu. Susah nak cari makan, cuba pergi JHEV negeri, banyak peluang kerja yang tersenarai, cuma nak tak nak saja. Masalahnya kebanyakan memilih, nak rezeki tu sampai terus kat tangga rumah, kerja senang, gaji nak banyak.

Macamana tu?? Pasal penyakit anak, jangat nak buat fitnah, bawa kad pesara tu tunjuk kat hospital, tentu-tentu dapat rawatan percuma. Di Kuala Lumpur, Hospital Tunku Mizan ada, di Lumut, Perak hospital 96 HAT ada, KINRARA ada. Cuma perlu bawa anak sahaja, selebihnya rawatan adalah percuma. Sebab itu wujudnya JHEV, PBTM. Masalah kita sekarang ialah serba-serbi nak bersuap, payahlah kalau macam tu.

Ini tidak serba-serbi nak salahkan ATM dan yang pastinya kerajaan akan dikaitkan.  Kalau betul KERABAT nak bantu, Hah!! Bantulah sekarang, kenapa nak tunggu sampai PRU baru nak kotakan janji-janji manis tu. Janganlah raih publisiti secara murahan. Itu masalahnya bila Presiden Persatuan Tak Berdaftar bercakap, tukang sokong pencacai (25 persen! macam cerita 3 Abdul). 

Elok sangatlah, yang sorang berhenti Lt Kol sebab kuat ngap, yang sorang berhenti Kapten juga sebab ngap. Mereka kenyang perut, veteran yang termakan hasutan terlopong....NGA-NGA.

p/s: Saya teringat kisah bekas askar di Lenga, Muar yang menerima bantuan dari rancangan TV3 'Bersamamu'. Dari pandangan mata, memang jelas beliau tinggal di rumah usang yang serba tak lengkap. Tapi, siapa tahu, tanah sawit berekar-ekar dia ada. Dah dia gemar kehidupan macam tu. Apa nak buat. Dah TV3 bagi macam-macam dan dapat 3 ekar tanah free.. Sapu aje la... 




8 comments:

  1. Askarsetia,

    Saya syorkan agar askarsetia pergi buat semakkan ke atas warga tentera ni. Kalau Kerabat reka berita bohong (memang perangai dia pun), hentam habis2san. Jgn beri ruang dia nak eksploit ATM dan negara.

    ReplyDelete
  2. ni pemalas nama dia ni... xabes2 dari mula service sampai dah brenti keje nk kebajikan je..

    ReplyDelete
  3. Kat kg aku pon ramai jer org susah.tp xder la smpi gunakan parti pembangkang kuarkan kat blog yg diorg 2 susah.sdar la dri tue cket beb.bekas askar.dlm askar pon da mcm2 da org ajar utk survive tp x diajar utk meminta minta.sedar la woi.buat malu kat bekas bekas askar yg laen jer.
    Cheers!

    ReplyDelete
  4. bekas tentera ni memang susah. kenapa mesti nak hentam dia pulak! nama je askar setia..tapi rakan seprjuanganpun nak belasah tanpa usul periksa!

    ReplyDelete
  5. Salam hormat kepada Askar Setia dan semua rakan. Pada pandangan NavyTheBest, tiada siapa berniat untuk menghentam bekas askar Mohd Firdaus. Cuma timbul kesangsian apabila melihat kepada aset yang dimilikinya. Apa yang dikatakan Askar Setia termasuk di dalam laman blog NavyTheBest pun ada cerita yang sama, beliau hanya perlu pergi berjumpa dengan pegawai di JHEV, NavyTheBest sendiri pernah pergi ke JHEV KL kat jalan TAR, memang banyak tawaran kerja yang diberi kepada bekas ATM cuma masalahnya mereka tak mahu. Cuba datang ke HAT Tengku Mizan atau 96 HAT, bersepah bekas tentera datang ambil ubat. NavyTheBest pernah pergi ke HAT tengku Mizan bawa anak yang terbelah tapak kaki, ubat rasanya dekat sebakul. NavyTheBest cuma bayar seringgit sahaja. So apa lagi yang ATM tak buat untuk bekas anggotanya.

    Melainkan!!!Anggota yang diberhentikan, dibuang dengan keji, atas sebab-sebab disiplin atau senang cerita PEMBERHENTIAN YANG DIKAITKAN DENGAN PELANGGARAN AKTA ANGKATAN TENTERA 1972, maka itu tepuk dada tanya seleralah.

    ReplyDelete
  6. kepada mana-mana skot, yang dh (r) ni, ingat2 lah sapa diri kita, kita ni ada maruah,mana yang yang patut kita buatlah,toksah lah nak harap simpati orang je....walau kita (r) pangkat pbt pun,selagi ada ikhtiar, ada rezeki..ulat dalam batu pun bleh idup, apa lagi kita..baru lah org awam ni respek ngan kita,ya tak?

    ReplyDelete