Friday, 23 September 2011

KD PARI.... IA SATU KEMALANGAN!

Letih saya membaca (dah tak lalu sebenarnya) cerita-cerita dan tuduhan mengarut yang disiarkan blogger-blogger mengenai KD Pari - Fast Attack Craft (FAC) yang tenggelam. Yang anehnya, semua 'tukang karut' tersebut, tidak langsung memiliki apa-apa pengalaman mengemudi kapal mahupun pengetahuan tentang kapal. Kadangkala, geli hati pun ada baca cerita-cerita yang disiarkan. 


Kapal Peronda PRC yang kelihatan berhampiran Spratly's Island

Untuk makluman pembaca, setiap detik kemalangan berlaku (tak kira di mana jua) berpunca daripada pelbagai faktor (mekanikal dan human error) dan tidak terkecuali kepada KD PARI.  Insiden separa tenggelamnya KD PARI berlaku sewaktu krew kapal hendak memenuhi keperluan tugas untuk melindungi perairan Malaysia daripada dicerobohi oleh kapal People's Republic of China (PRC).


Jatuhnya pesawat dari angkasa, tenggelamnya kapal (termasuk KD PARI), perlanggaran kenderaan dan sebagainya bukanlah satu insiden yang pelik. Ianya berlaku mengikut kehendak qada dan qadar Illahi jua, Apa yang pasti, diyakini pihak TLDM akan melaksanakan siasatan terperinci bagi menentukan punca sebenar kemalangan KD PARI.
  
Yang pelik dan anehnya, belum sempat pihak TLDM membuat siasatan terperinci, ada bloggers  pro-pembangkang yang berkepentingan seolah-olah kemaruk untuk mensensasikan insiden ini. Pihak bloggers ini pula mendapat maklumat daripada individu yang bersifat anti-establishment dengan motif untuk discredit TLDM. Usahlah kita jadikan TLDM sebagai sasaran atau punching bag untuk memenuhi kepentingan peribadi dan politik. Apa jua keadaan, TLDM sebagai organisasi yang profesional dan komprehensif akan terus kredibel dan relevan dalam mempertahankan perairan negara.

Syabas dan Tahniah! kepada 9 Pegawai (terutama Pegawai Memerintah) dan 27 anak kapal KD PARI yang telah berjaya merapatkan kapal tersebut di jeti Pulau Layang-Layang dalam keadaan kapal yang amat kritikal. Kejayaan ini adalah hasil daripada tindakan pantas dan kecekapan krew kapal KD PARI termasuk bantuan penyelam TLDM yang mengapungkan kapal tersebut dengan menggunakan lifting bag. Tindakan ini turut mempamerkan tahap kompetensi, semangat juang dan kebertanggungjawaban untuk menyelamatkan harta kerajaan yang terhasil melalui latihan dan disiplin yang tinggi.

p/s: saya teringat kisah pemilik Honda Civic yang menampal keseluruhan keretanya dengan stiker mengutuk pihak Honda Malaysia ekoran breknya yang gagal berfungsi. Kebarangkalian kereta baru untuk rosak adalah mustahil. Tetapi, takkanlah kerana sebuah kereta, Honda keseluruhannya hendak disalahkan.. Saya punya ok je....

7 comments:

  1. takut dalam tentera ada yang sabotaj, paham-paham le ada juga yang PAS, PKR dalam TLDM, biasa kalau yang PKR biasa yang suka ambil komisyen dalam meluluskan projek, yang pas sebagai pemusnah, kalau tak takkan le berapa JAM selepas berlaku kemalangan manjungmari dah ada gambar, seperti contoh terdekat bila kapal terbakar kat Lumut.

    makna banyak musuh dalam silimut.

    ReplyDelete
  2. Baik artikel, bagus ulasannya malah kekadang ulasan hanya berat sebelah demi selamatkan diri terutama bagi yang menjalankan tugas semasa atas kapal TLDM kita tu. Tanya lah askar2 lama (terutamanya LLP), adakah jawapan itu penting andai setiap yang berlaku mereka tak di persalahkan? jawapan nya mereka tetap kena....

    ReplyDelete
  3. ada yang kata kd pari tu kapal seglam ke 3 negara
    haha..kalo dah namanya taik politik, semua isu nak dipolitikkan...bosan la politik dunia ke3 ni..
    ada yang kata kd pari tu kapal seglam ke 3 negara
    haha..kalo dah namanya taik politik, semua isu nak dipolitikkan...bosan la politik dunia ke3 ni..

    ReplyDelete
  4. Khabare..waduh-waduh..bila baca komen Cik Eraic tu Wak rasa ada yang tak kena tu. Sebabnya Wak ni pun dari kalangan orang bawah juga, Wak pencen sebagai PO saja (dalam TD kira macam Sarjan). Banyak kes-kes berlaku dalam navy ni, semasa siasatan memang semua dipanggil, tapi bila dah diputuskan siapa yang bersalah, hanya yang bersalah sahaja yang kena. Tak adalah nak kata semua orang bawah yang salah. Wak rasa Cik Eraic slah anggap tentang navy ni. Jangan sembarangan Cik, tak baik tu. Wak ingat lagi masa kapa yang Wak berkhidmat dulu, terlanggar balak, CO, OOW, Lookout dan semua anggota yang bertugas Wak kecut perut dibuatnya, tapi bila dibuat BOI tak ada seorang pun yang kena sebab ianya dikatakan sebagai kejadian yang tak disengajakan. Nak kata tak teruk, habis kipas propeller tu bengkok, kena ganti baru, jenuhlah Wak buat demand. Wak cerita benda yang betul, Wak puji benda yang patut dan bukan sebab Wak tangkap kontrak dengan navy, Wak selesa dengan kolam ikan Wak ni. Navy tak pernah membedakan orang bawah ke orang atas ke. Wak bukan nak puji, tapi banyak anak-anak buah Wak kat bahagian Stor sana cakap Tan Sri PTL sekarang ni cukup baik dengan orang bawah, kebajikan mereka diutamakan. Wak sendiri ingat lagi masa Tan Sri PTLbuat taklimat di Mess Bintara masa beliau mula ambil pangkat PTL dulu, inilah pemimpin yang navy harapkan. Tapi kalau kita dah buat salah, memanglah kita kena tanggung. Wak mohonlah kepada semua, janganlah disensasikan isu KD Pari tu tanpa ususl dulu.

    ReplyDelete
  5. Bila insiden berlaku dengan cepat tunding jari kata ATM lemah dan bermasalah.. mudah jadi bahan gelak dan gurauan, sedangkan saat genting dan cemas hanya anggota keselamatan yang tahu.

    Insiden nie bukti Navy masih banyak aset usang yang perlu digantikan dengan segera.. tapi bila umum program pembelian kapal, cepat pulak puak yang sama tunding jadi kata pembaziran dan tak perlu senjata-senjata moden.. Malaysia tak berperang katanya.

    Nak kata mereka nie hebat menjaga soal keselamatan, susah juga nak bayangkan. Panglima DAP, Jeneral Cerdik Pandai Tony Pua sendiri umum PR sediakan bajet bayangan 2010 RM300juta untuk keselamatan. Maknanya RM300juta dikongsi oleh Mindef, TD, TLDM, TUDM, MAB. Dapat ler tiap perkhidmatan RM5juta sebulan, nak bayar gaji anggota pun tak lepas, maknanya anggota pasukan keselamatan bukannya dapat naik gaji atau elaun baru... tapi kena potong gaji!! Cerdik puak nie! Keselamatan duduk kat tempat corooooottttt!

    Diorg lupa kalau tak kerana ada anggota yang berselut, patah riuk, berpanas terik, mabuk laut main gelombang, terbang tinggi tak bersayap, takdenya diorg senang lenang tidur lena dan makan kenyang kat rumah.

    ReplyDelete
  6. Khabare..wah Wak lihat marah betul pengunjung 21:55. Tapi Wak sokong kata-katanya. Wak bukan nak main politik, tapi ada masanya mereka ni banyak yang omong kosong dan sesetengahnya pula nak korek maklumat sebab nak bagi laluan kepada negara lain dapat informasi. Apa yang mereka tahu nak hentam saja. Walaupun banyak orang yang mengata-ngata dengan KJ, tapi Wak puji dia sebab dia berani masuk Askar Wataniah dan dapat sayap terjun. Bukan senang nak terjun tu, Wak dulu masa ujian renang, PTI Wak Masnon suruh Wak terjun dari tingkat 4, gayat gila Wak..inikan pula beribu kaki, mintak selisih malaikat 44. Wak ni nasib baik branch stor, kalaulah Wak Seaman macam kawan-kawan Wak yang muntah dilambung ombak, tinggal bini sampai berbulan-bulan, kulit putih jadi ireng, tak kenal dunia lain selain laut, Wak rasa tak sampai 22 tahun Wak dah pencen. Itulah pengorbanan mereka yang kita kena beri pujian sebab nak jaga keselamatan perairan negara. Wak setuju sangatlah kalau pengunjung 21:55 marah, tapi Wak tak suka marah-marah, Wak saber..

    ReplyDelete
  7. salam wak, den setuju bona dgn komen wak ni....very the saber lah...kalau yg salah kito togur, klu yg botul, kito sebarkan. lgpun den ni bukan sokong gomen or pembangkang. tp nak tanyo sket pendapat wak, kenapo ado bokeh2 askar kito ni bilo dah pencen dio hontam gomen. ada tu yg dah sampai satu bintang nebi, jd calon lawan gomen dlm pru...ado plak sorg lt kol epos tu jadi pemimpin ngo perjuang hak2 bokeh askar.....klu dio ghaso gomen ni x botul, napo dio tunggu sampai dah pencen? napo masa dia prebet or leptenen laie tak nak boghonti? tp dio tunggu plak sampai dapek bintang2 or dah jadi CO.... agak2 eh, klu gomen skarang ni kalah, dio masih slamat laie pasal dah ado duit pencen....apo pendapek wak?

    ReplyDelete