Monday, 22 August 2011

KD TUNKU ABDUL RAHMAN : OUR HERO SUBMARINE!


Walaupun sudah banyak dipenjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, masih ada lagi pembaca di kalangan masyarakat kita percaya bulat-bulat akan kenyataan segelintir HERO-HERO POLITIK MALAYA bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.
Altantuya Shaaribuu?? Kita 'DIPAKSA' untuk mempercayai bahawa pembelian kapal selam ini ada melibatkan kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Kita juga DIPAKSA untuk mempercayainya namun, segala tuduhan tersebut dibuat tanpa bukti yang solid dan sekadar cakap-cakap dan sampai-sampai ketelinga ni. Ia sekaligus membentuk persepsi kita (sebagai pembaca) lantas mencorak pemikiran kita untuk stereotyping akan apa juga inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk ATM sebagai MEMBAZIR dan penuh dengan 'cerita-cerita palsu'. Itu lah dia senario dan realiti sebenar politik Malaysia. Hentam-menghentam sesama sendiri dan langsung tidak membawa apa-apa erti dan manfaat kepada rakyat. 
KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM?
(Sumber daripada Military of Malaysia). Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekalian jentera propaganda parti-parti politik ini Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam.
Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan). Hingga Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut). Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.
Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.
Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR. Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna. Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.
DIMANA SILAPNYA?
Dalam senario Malaysia, saya lihat Kementerian Pertahanan pula agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura dan negara-negara jiran yang lain. Apa yang saya tahu, ada Pegawai-Pegawai dari KEMENTAH tidak kira awam atau tentera kadangkala EXITED bercerita dengan rakan-rakan media mereka. Mungkin nak jadi HERO SERBA TAHU, tapi lupa akan kesempatan yang diperolehi oleh rakan-rakan wartawan. Remember..what news makes news?
TLDM ON THE RIGHT MOVES !!!
Kerosakkan yang dikatakan berlaku tidak ada kaitan sama sekali dengan masalah rasuah atau pembinaan yang substandard (kurang baik) oleh DCN dari Peranchis. MUSTAHIL bagi syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang tidak menepati piawaian keselamatan dan dari aspek pengoperasian untuk pelanggannya kerana tindakan seperti itu hanya akan mencalar imej serta kredibiliti sebuah syarikat perkapalan antarabangsa.
KILO CLASS SUBMARINE

YA! memang betul TLDM dan kerajaan Malaysia boleh memperolehi alternatif lain (yang lebih murah) didalam pembelian kapal selam seperti dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi, harus diingat bahawa reputasi Russia sebagai negara pengeluar kapal selam sudah tercalar kerana  rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya. Sebagai contoh.  kapal selam Kursk yang tenggelam pada tahun 2000.
AKULA CLASS SUBMARINE

Kapal selam Russia dari jenis Akula Class pada tahun 2008 yang turut tenggelam apabila tidak dapat menahan malapetaka kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.
Jika kita lihat dalam insiden kapal selam AKULA, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM TIDAK AKAN SEKALI-KALI membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.
Saya berharap artikel ini mampu membuka sedikit ruang di minda pembaca dan menerima hakikat bahawa  KD TUNKU ABDUL RAHMAN mampu beroperasi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.

Oh ya.. Kadang-kadang tu terfikir dikepala ni, kenapa ATM/KEMENTAH tidak lagi menerbitkan filem-filem  ketenteraan seperti dulu-dulu seperti Darah Satria, Wira Angkasa, Prebet Lapok dan Raja Laut yang ternyata memberi impak yang amat besar kepada pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap ATM. 


Telintas juga di kepala ni, kalaulah dapat menonton dokumentari pendek pasal KD Tunku Abdul Rahman kan best ...

6 comments:

  1. mcm-mcm citer dgr pasal submarine nie. Kalu ikut pengamatan dan pengetahuan aku yang cetek nie.. Submarine nie benda yang mahal,bukan mcm beli keta. Pembelian kena ikut skop kerja, peralatan ganti, latihan dan mcm2 lagi la. So benda nie bukan harga beribu-ribu,tp melibatkan jutaan ringgit.
    Satu lagi pendapat aku bahawa ini melibatkan unsur duit. Bagi je mana2 parti politik memang duit la dikerjakan dulu, kalu x bos bedal anak buah yang rembat. so kalu dia x dapat tu la jadi mcm-mcm isu. Senang citer la, kalu x dapat projek x masyuukkk la..

    ReplyDelete
  2. Memang lah diakui bahawa setiap yang dibeli ada dalam terma2 guarentee nya tapi kerajaan tetap bayar jugak bajet baikpulih tu tahun ke tahun.

    Fuhh abih duit aku sebagai pembayar cukai...

    ReplyDelete
  3. Bab kapai ni aku tak berani nak campor sangat sebab masa aku dalam ashkar dulu pakai walkwagon saja. Dulu tak salah aku masa ATM beli senapang M16 dulu pon ramai juga yang komen kata senapang tu tak bagus lah, beli mahallah..macam-macam lagi. Bila aku tanya OC, dia kata memanglah Sjn Mat, duit kita berapa rege, duit Amereka berapa rege..kesimpulannya bagi aku mudah, kita ni orang bawh saja, apa yang berlaku sebenarnya kita tak tahu..kalau kome dapat maklumat sekalipon selalunya dari ketua kerani yang kononnya kenal semua orang, walhal hampeh..jangan dengar cerita orang. Kita ni orang-orang lama patut cerita dengan orang baru erti sebuah perjuangan.

    ReplyDelete
  4. isu ni dah lama timbul...submarine pun dah dalam service kan. harap2 mampu memperkukuhkan keutuhan kedaulatan perairan negara.

    ReplyDelete
  5. VMT Askar Setia kerana komen yg positif terhadap aset TLDM. Saya turut tertarik dgn kenyataan Sjn Mat D Coy,"Kita ni orang-orang lama patut cerita dengan orang baru erti sebuah perjuangan". Berkaitan penerbitan filem, saya berpendapat ianya bukanlah dibawah bidang KEMENTAH untuk menerbtkan sesebuah filem, namun pihak KEMENTAH saya yakin akan memberi kerjasama yang baik kepada mana-mana pengusaha filem yang mahu mewarnakan kehidupan tentera. Cuma masalahnya, pihak filem lebih berminat terhadap cerita-cerita cinta bagi memenuhi selera generasi masa kini.
    Berkaitan kapal selam TLDM, apa yang boleh saya katakan ialah, ianya adalah aset kebanggaan TLDM dan dalam mana-mana perang ia di panggil GHOST (hantu), wujud tapi tak nampak. So sebab tulah banyak pihak yang menjadi proksi pengintip asing mahukan status kapal selam, supaya mereka boleh tahu kebolehan kita, duration pelayaran dan berbagai lagi yang mereka inginkan. Malangnya terdapat pihak yang berfikiran sempit terpengaruh dengan wacana yang disampaikan oleh puak berhaluan kiri dengan pelbagai dakyah dan tomahan.

    ReplyDelete
  6. saya harap jika ada filem mengenai ketenteraan hendak dibuat, ape kata kalau ia berkaitan Bakara Market ke? Misi pengaman di Lubnan ke? Op Fajar(Teluk Eden) ke...

    tentang dokumentari kapal selam tu pun saya sokong. Xperlu sampai siarkan perincian kedalaman bole selam, spec etc, (sebab takkan ada negara kat dunia ni akan bgtau kemampuan sebenar kapal selam). Saya fikir cukup sekadar lihat KD tunku Abd Rahman buat selaman, deploy utk certain mission etc.

    Jalan cerita Simple but beri input dan impak yg positif pada TLDM/ATM. Dapat la tutup mulut geng2 politik tu.

    ReplyDelete