Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 18 February 2013

PERHIMPUNAN TENTERA DAN VETERAN YANG MERUGIKAN


PANASSSSSS

Saya berkesempatan menghadiri Ceramah Anwar Ibrahim bersama dengan angkatan pak-pak jeneral KITAR SEMULA dan daripada pengamatan saya, ceramah berkenaan telah dihadiri  oleh kira-kira 1000 - 1,200 orang dan majoritinya terdiri daripada masyarakat awam yang tinggal di sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat. Yang menggelikan hati, pak-pak jeneral expired memang tidak tahu langsung untuk berceramah politik dan selalu tersasul. Sebut nama rakan seperjuangan pun salah. Biasalah, lidah expired daripada jeneral expired memang acapkali TERSHASHULLLLLL......

Hati-hati... Dia nak masuk kawasan angpa...Lock jangan tak lock pintu tau

Melihat telatah Panglima Songlap TUDM yang ‘bertegang urat’ menafikan penglibatannya dalam kes kecurian enjin jet F-5E memang amat menggelikan hati. Relaksla Datuk. Cara Datuk menafikan penglibatan Datuk memang menggelikan hati. Oh ya, mungkin pembaca tidak tahu bahawa Tuan Penasihat Majlis Rundingan Keselamatan PKR ini adalah individu bertanggungjawab atas kehilangan enjin jet F-5E. Namun, tidak ada yang peliknya kerana sudah menjadi lumrah PKR yang akan KITAR SEMULA individu bermasalah untuk mengepalai kebanyakkan organisasi dibawahnya. Untuk makluman pembaca, Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan

Menyertai PKR kerana merasakan beliau telah dizalimi

Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972. Nanti jika individu berkenaan masuk ke kawasan anda, sila pastikan pintu rumah, kereta, motosikal anda berkunci dan rantailah basikal anak-anak anda kerana dikhuatiri akan lesap. Enjin jet boleh hilang, inikan pula basikal BMX anak-anak anda.

Lt Kol Nazari Mokhtar TUDM (Bersara) yang sedang berjuang
untuk survival politiknya dalam PAS

Ada satu lagi cerita panas. Seorang lagi bekas pegawai kanan TUDM pencen yang tidak tahu bersyukur iaitu Lt Kol Nazari Mokhtar turut sedang bergelut untuk mencari pengaruh dalam pakatan pembangkang dengan melaung-laungkan semangat rebellion dan pemberontakan. Maklumlah, saingan-saingannya yang terdiri daripada pakatan jeneral expired mungkin sukar untuk ditandingi dan disokong Anwar Ibrahim. Jadi, untuk mendapat pengaruh,menjadi wakil rakyat, Senator dan mengaut projek-projek masa depan, beliau terpaksalah bertindak proaktif. Sebelum ini, beliau mendapat peluang untuk berbohong di depan orang ramai semasa HKR12, kini bekas pegawai kanan TUDM ini sedang mengorak langkah dalam PAS dengan rancangan untuk mengadakan Perhimpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari 2013. Aduhai...

Menyedihkan apabila budaya rebellion sebegini disokong
oleh seorang bekas pegawai tentera

Beliau yang pernah DIBELA DENGAN BAIK semasa berkhidmat dalam TUDM dan pernah diberi peluang untuk menimba ilmu dalam pelbagai kursus, kini membuat pusingan U-TURN dengan menggunakan pentas PAS, KERABAT dan pakatan pembangkang untuk menghasut veteran dan anggota tentera untuk memusihi kerajaan. Alasannya ialah, kononnya kebajikan tentera dan veteran tidak terjaga. Pada saya ia amat kelakar kerana....

Mungkin beliau tidak didedahkan dengan kemudahan internet dan televisyen. Kerana, program transformasi kerajaan meliputi aspek kebajikan veteran (termasuk yang tidak berpencen) dan gaji anggota tentera sentiasa NAIK DAN TIDAK PERNAH TURUN termasuk peluang kenaikan pangkat yang terbentang di hadapan mata. Mohon sahabat-sahabatnya yang membaca artikel ini diminta untuk membantunya melayari internet agar beliau dapat mengetahu cerita menguntungkan buat anggota tentera.

Mat Sabu yang menyokong pejuangan KOMUNIS mungkin sudah insaf
dan sudah pandai memberi tabik hormat. Mungkin beliau dididik oleh geng-geng KERABAT

Menurut rakan yang merupakan pegawai kanan TUDM dan juga kenalan pegawai pencen Lt Kol Nazari Mokhtar, beliau menamatkan perkhidmatan kerana merasakan ‘ketinggalan’ dalam aspek kenaikan pangkat. Ironinya, sepanjang beliau menjadi seorang pegawai TUDM, pelbagai kurus dan negara telah dilawati seperti Australia, UAE, Indonesia dan lain-lain lagi. Apa lagi yang dituntut olehnya daripada TUDM?

Justeru, apakah kita mahu menyahut seruan oleh individu yang tidak tahu erti KESYUKURAN dengan apa yang diperolehi olehnya selama ini? Pembabitan anda dalam perhimpunan tersebut bukan sahaja akan merosakkan kesepaduan anggota tentera dan veteran tentera yang selama ini terikat ampun tetapi anda hanya member peluang untuk individu tersebut terus memporak-perandakan ATM untuk survival politiknya sendiri... dalam PAS dan pakatan pembangkang.

DIA DAPAT... APA YANG ANDA DAPAT JIKA HADIR?



Menghadiri perhimpunan tersebut tidak menjanjikan imbuhan untuk golongan dibawah...Marilah kita sama-sama menjadi orang yang tahu bersyukur..

Salah satu inisiatif kerajaan untuk bekas tentera. Pembayaran  One-off RM1000 untuk bekas
 tentera tidak berpencen.
ALHAMDULILLAH... syukur pada Allah S.W.T



p/s: Tahukah anda bahawa KERABAT bukanlah organisasi 'BEBAS' seperti tertulis dalam HARAKAH tetapi ia merupakan organisasi HARAM...

26 comments:

  1. Si Nazari ni entahlah apa jasanya dalam TUDM, kerja tak seberapa, buat bisnes import lembu dari Kampuchea sebagai 'side income'. Memang elok lah masuk PAS. Jadi lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. si nazri camne nak org ikut arahan dia, dia sendiri tak ikut arahan n undang2, setahu aku, dia mmng tak layak nak guna pangkat dia bila dia kena diberhentikan, tapi dia duk guna gak, arahan n undang2 dia tak leh nak ikut camtu ke nak jadi pemimpin, sbb tu anak2 dia tak ikut cakap dia hahahaha, ex army lain nak ikut ke org camtu

      Delete
  2. Bekas tentera yg terima SVBT1M di kem Sg. Buluh pada 17 Feb 2013 - Boo kpd Pemimpin BN Dato Noh Omar bila berckp, tentang politik di Pentas Dewan - apa kah bekas tentera telah menolak UBN - ketika ini. tolong ambil perhatian.

    ReplyDelete
  3. Pihak Perisikan dan SB harus check 4 orang bekas general yang bersekongkol dengan Anwar pada satu ceramah di AU3 Wangsa Maju minggu lepas, sama ada rahsia tentera dan keselamatan negara telah dikompromi. Ini kerana Anwar sekarang ada 4 orang Filipino security experts sebagai pengawal peribadinya. Rujuk sini:
    http://sel13.com/dedah-empat-bodyguard-hebat-dari-filipina-dan-kaitan-dengan-empat-bekas-pegawai-tinggi-atm/

    ReplyDelete
  4. bagi 4 bekas panglima tentera tu, biarlah berpijak di atas bumi yg nyata dgn bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Anon 1509,
    Saya rasa tidak perlu Korris atau SB membuat surveilliance ke atas mereka ini kerana mereka tidak mempunyai strategic value yang bolih dimenafaatkan atau menimbulkan security threat.Mereka ini hanyalah frustrated personnels dan amat malang rela dipergunakan,tetapi di dalam hati mereka tahu yang pada akhirnya mereka akan kecundang.Ini jelas terbukti apabila AI offer untuk bertanding dalam PRU,mereka menolak dengan alasan tidak mengejar kedudukan,saya rasa alasan saperti ini,saorang soldadu biasa bolih beri.Belum pernah bekas tentera yang berpangkat Kol ke atas bertanding di PRU menang,dan hakikat ini mereka tahu dengan jelas,apatah lagi bertanding di atas tiket pembangkang.Saya sedih melihat saorang yang saya hormati pada masa perkhidmatan beliau,Jen Dato Ghafir rela diperalatkan olih AI dan kuncunya yang sering memperlekehkan keupayaan ATM.Sebagai orang yang memiliki latarbelakang keagamaan yang baik saya harap beliau gunakanlah ilmu itu untuk membuat keputusan yang baik.

    ReplyDelete
  6. perisikan pun tak minat apa buat apa buat kajian pun , geng2 MIO,PPP dan SB baik tulis laporan baik2 saja kang kna masuk guard room hahaha. Spin cerita biasalah dua2 belah BN dan PR. 2 2 sama saja.... PRU 13 pertembungan zaman moden yg menyaksikan segala aspek digunakan. Selamat berpolitik elakkan rusuhan dan akui keputusan undi sekiranya kalah :)

    ReplyDelete
  7. BN dari Beri M16 kepada Pakatan era Paklah...Moral PDRM ditaraf paling rendah dgn menjadikan PDRM Punching Bag..Penjenayah di HEROkan, Era Najib 2 Undang Penting di mansuhkan Kecuali ROSMAH MANSUH..maknanya Najib dari Beri Peluru dan kelopak peluru pada Pakatan..so Puak ni gau Kerajaan kian Lemah , longlai, memudahkan cara dgn undang2 baru.maknanya Tembak Kaki Sendiri lahh BN

    ReplyDelete
  8. Sdr 18.23,
    Cakap tak guna,Pakatan salah gunakan peluru dan kelopak yang diberikan dan merteka dah tembak kaki sendiri.Untuk sdr sila test kerajaan terutama pihak Polis,lemah atau tidak,ada berani?.

    ReplyDelete
  9. Dah pencen tu buatlah cara dah pencen...masa untuk ulang alik ke surau dan muhasabah diri. Tak payahlah nak melaung-laung manambahkan dosa di pentas ceramah maki hamun dan fitnah semata-mata. Sok lusa mati bekalan dah ada?

    ReplyDelete
  10. hai..ada tulang empat kerat tapi malas nak guna.asyik nak minta duit je.malulah sikit jangan ibarat mcam pengemis minta sedekah.bukan kerajaan tak bagi duit pencen pun untuk sara hidup.takkan kerajaan nak bela,sara hidup sampai tulang reput dlm lubang kubur.takkan anak cucu tak bagi duit sikitpun...bkebun,toreh getah ke..cari rezeki.orang lain pun keja jugak,pun ada orang yang lebih susah tapi takda pun nak melalak itu,ini minta macam2 mcam orang tak pernah mrasa senang.tak boleh susah sikit trus nak merusuh.lagikan org OKU boleh cari rezeki sendiri bdikari tau.sikit2 nak salahkan kerajaan,apalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka pendapat nie..terlalu bergantung kpada org..xleh nk berusaha sndiri..mcm na la negara nak maju..gaji nak kelas pertama tp keja kelas ke tiga..malas ...

      Delete
  11. 12.31
    12.47
    Pendapat sdr berdua sangat amat,amat dipersetujui.Biar kita Bangkrap di dunia,jangan kita Bangkrap di Akhirat.Salam.

    ReplyDelete
  12. Xsedar diuntung.. setuju ngn 12.31.. bwk2 la mengimarahkan surau or masjid tmpat sndri tu dpd melalut last2 buka pekung dada sndi.. nti klu nk perang pun ko lari blkg askar jgak.. skg dah pencen bukan main sedap ko hembus..

    ReplyDelete
  13. Apa lu ingat RM1000 itu besar ker?. lu orang tahu ker berapa puak-puak umno dapat?. Aku pencen TLDM. last dar MINDEF . Markas ATM. Lu orang kalau setakat duduk dikem makan ikan bodoh di cook house jgn berlagak mcm makan dihotel.

    Tentera sokong umno, tentera bodoh. hanya kerja sahaja tidak tahu apa hal diluar.

    jangan jadi tentera yg di bodohkan oleh umno bn.

    Lu ingat umno pandang mulia ka sama tentera. 60 tqhun umno memerintah baru beri 1000. Hanya tentera bodoh yg menyokong umnobn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat RM1000 okla tu, saya dapat RM500 pun dah bersyukur buat beli susu anak dan pampers... Kalau di negara luar minta maaf la nak dapat bantuan macam ni, bersyukur dengan apa yang diberi dan berdoalah agar pemerintah di negara ini menjadi lebih baik.... Itu lagi bermakna...

      Delete
    2. lu pencen TLDM? LU, Lu kutuk ATM, LU tak tahu now beribu ribu minta tentera, zaman lu kat navy makan ikan bodoh sebab tu lu jadi BODOH piang, zaman sekarang lu tak tengok zaman dah mewah hahahaha lu yang pencen yang komen tu memang lu bodoh

      Delete
    3. LU MMNAG BODOH MEMANG DI PERBODOH KAN SELEPAS PENCEN TLDM TU HAHAHAHAHAH..MYBE LU LAMA MAKAN IKAN BODOH KUT..ZAMAN DULU HINGGA KINI XDER PUN IKAN BERNAMA IKAN BODOH , SBB LU MEMANG LU NMPAK BODOH SBB MAKAN IKAN BERNMA BODOH , SBB TU LU DI PERBODOHKAN HAHAHAH

      Delete
    4. LU BODOH TLDM: NASIB BAIK LU TAK INCAS AKU, ALHAMDULILLAH AKU TAK PERNAH ADA INCAS NAVY SEBODOH MACAM LU, LU BNYAK MKAN IKAN BODOH SBB TU TERLRRRRRRRLALU BODOH DIPERBODOHKAN KAT LUAR, WA TAHU LU MMNG BODOH N BANGANG + BANGAP,

      Delete
    5. habistu xkan ko xdapat gaji tiap2 bulan..setahun sekali ke gaji ko..ko ingt pakatan nant nak bagi ke klau depa merintah..takut kuar kandang buaya masuk kandang singa ja..trus xdapat sesen pun

      Delete
  14. Anon 21.09,
    Lu ingat Lu sorang pencen dari Markas ATM,orang lain pun ramai yang saperti Lu tapi tak ada masaalah macam Lu.Gua ingat kalau Lu berpencen elok sangatlah Lu sedekah pencen Lu pada Rumah Kebajikan dan kalau berhenti atau diberhentikan sebelum 21 tahun tidak payahlah ambil RM1000. kerana wang yang Lu terima tidak berkat sebab Lu kutuk badan yang memberinya.Lu jangan suka membodohkan orang lain,nanti ianya akan balik kepada diri Lu atau anak dan cucu Lu.Gua ingat Lu ini dari golongan orang bodoh juga kerana semasa latihan rekrut di Woodland atau di Lumut tak kan Lu makan di Wisma Perwira,Bintara atau Klub Koperal,makan di Cook House jugakan.Tidak salah kalau Lu sokong mana-mana parti,tapi Lu janganlah bodohkan orang lain dengan pemilihan masing-masing.Lain kali gunakan otak buat komen,jangan terlalu emosional.Buka mata Lu sikit tengok dengan jelas apa yang pihak kerajaan yang diterajui UMNO buat untuk meningkatkan taraf ATM dalam semua sudut.Gua sedih kerana Lu agak zalim pada diri Lu sendiri kerana Lu mempamirkan kebodohan diri pada pembaca blog ini.

    ReplyDelete
  15. APA LA PUNYA KOMEN...KERANA POLITIK UMAT NABI MUHAMMAD SAW BERCEKAU... BODOH MEMBODOHKAN ...MENGHINA NISTA...YANG MENGAKU BERJUANG BERLANDASKAN ISLAM TAPI BUDI PEKERTI TIDAK SEPERTI ORG ISLAM...MENCERCA MEMFITNAH MENCARI KESALAHAN YG BELUM TENTU BETULNYA....

    ReplyDelete
  16. Org beri ambil je.nk pangkah hak masing-masing.tak payah perang sesama sendiri.klu gua,dua-dua pun gua rembat.he..he..he.

    ReplyDelete
  17. Gua bukan apa,tapi Gua fed up dgn orang yg macam dia saja bekas askar dan mempunyai masaalah,lepas tu kutuk majikan lama.Kita mesti ada sifat berterima kasih dan tahu bersyukur.Sebagai orang Islam kita mesti redha kepada Qadha dan Qhada kita.Salam

    ReplyDelete
  18. ana pencen juga tapi mk latihan td. biasalah! siapa suruh masuk askar? dah pencen belagok lak! ikan bodoh tulah yg ente kedarah 22 tahun, dah jd anak cucu! bodoo piang, xreti bahasa, kuang hajaq! sesuai utk ente yg suka memburukan ATM

    ReplyDelete