Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 31 May 2012

AL KISAH KOMISYEN SCORPENE : FAKTA SEBENAR YANG SENGAJA DISEMBUNYIKAN OLEH PEMBANGKANG


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.


Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, SUHAKAM, Himpunan Hijau, SUARAM dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.


Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara. Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia. Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. 

KD TAR Life Firing Exorcet Missile

Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion. Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam. Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis. 

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

3) Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

4) Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

5) Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

6)  Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

7) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi. Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas? 


Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. Yang pelik hanyalah tuduhan SUARAM dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. 

Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga. Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang.

Wednesday, 2 May 2012

MENYINGKAP 78 TAHUN PENGORBANAN TLDM


Salam... Askar Setia kembali berblogging setelah menyepi sementara. Bukan kerana 'berputus asa' kerana diasak hebat oleh beberapa individu/pengikut politik yang buta.. Cuma pulang ke kampung untuk urusan perniagaan dan pembelian aset. Alhamdulillah... Mereka yang sering mengasak saya sering menggunakan kenyataan bahawa saya ni tidak layak berbicara mengenai hal ketenteraan kerana saya ni Territorial Army (TA) lah, tidak lama dalam service lah dan berbagai-bagai kritikan lagi. Namun, ironinya, mereka hanya tahu mengkritik...menghentam itu dan ini..itu salah lah..ini salahlah..  tidak mengapa..biarlah saya yang TA ni terus menulis demi kebenaran dan kebaikan bersama. Jika kalian yang telah mendapat pelbagai keistimewaan dan kemudahan semasa berkhidmat dahulu tidak mahu membela ATM, tidak mengapa.. Biarlah TA yang kerdil ini terus menulis kerana tidak sanggup melihat ATM menjadi subjek mainan politik kotor sesetengah pihak. 

Baru-baru ini, kecoh mengenai kenyataan DS Nizar kononnya mendapat berita bahawa Perdana Menteri (PM) telah menemui Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan menggesa agar ATM berbuat 'sesuatu' sekiranya BN tumpas dalam pilihanraya umum yang akan datang. DS Nizar pula dengan bangga menyatakan bahawa PAT telah memberi maklumbalas bahawa ATM tidak akan berkompromi dengan BN dan tidak akan berbuat apa-apa pun sekiranya BN tumpas.
video

Namun.... Persoalannya, adakah benar PM ada berjumpa dengan PAT? Apabila PAT dan kesemua panglima dari ketiga-tiga perkhidmatan telah mengadakan press conference untuk menafikan perkara tersebut... Barulah DS Nizar mengatakan bahawa beliau sebenarnya tidak pasti dengan kesahihan berita berkenaan ..  Apa punya jenis makhluk Tuhan lah sampaikan sanggup berbohong, menagih simpati orang ramai dan menabur dusta demi kelangsungan karier politik beliau... 

Apa yang menyedihkan lagi apabila ada sesetengah golongan pembaca terus menyatakan sokongan terhadap DS Nizar walaupun jelas telah diperbodohkan dan diperkudakan dengan pembohongan-pembohingan yang dinyatakan. Hendak buat macam mana..Golongan tersebut adalah golongan yang telah dibutakan akal dan hati untuk menolak kebenaran dan menerima pembohongan. Moga Allah S.W.T membuka pintu hati masing-masing. Amin...

Jika hendak berdebat mengenai politik Malaysia ni..maka sampai Kiamatlah memang tidak habis. Yang membangkang akan terus membangkang walaupun kebenaran jelas didepan mata. Ok.. put  that thing aside. Sempena sambutan Hari TLDM yang ke 78, saya memetik nukilan sahabat saya dari Navy The Best seperti dalam blog beliau... Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM YANG KE 78.. Khas buat NAVY PEOPLE yang disayangi....

Dalam diam tak diam, 27 April 2012 nanti genaplah 78 Tahun TLDM mengabdikan dirinya untuk kesejahteraan Malaysia dalam aspek pertahanan maritim. Sepanjang tempoh tersebut TLDM telah tempuh pelbagai cabaran selain berdepan dengan laluan berliku yang penuh pahit-getir. Namun TLDM tetap setia, berbekalkan motto “SEDIA BERKORBAN” segalanya diharungi dengan penuh tabah. Banyak perubahan telah berlaku baik dalam aspek kepimpinan, pembangunan aset, pembangunan modal insan serta role and task TLDM (transformasi dari Brown ke Green dan dari Green ke Blue Water Navy).



Satu ketika dulu mungkin tidak terlintas di benak fikiran kita bahawa Malaysia sebagai sebuah negara 'kerdil', mampu memiliki kapal selam serta aset-aset ketenteraan yang canggih. Namun itulah hakikat perubahan yang berlaku dalam TLDM. Tidak keterlaluan jika NTB katakan rakyat dan dunia harus akur bahawa segala pencapaian yang dikecapi sekarang adalah hasil pengorbanan yang dicurahkan TLDM. Pengorbanan TLDM bukan sahaja untuk negara, malah meliputi keselamatan antarabangsa seperti penghantaran kapal serta anggota ke Teluk Aden bagi menangani ancaman lanun. Walaupun pelbagai pengiktirafan dunia diperolehi namun TLDM tidak pernah mendabik dada dan jauh sekali berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai.


TLDM akan terus kekal tranformasi menerusi anjakan paradigma bagi mengekalkan kredibilitinya. Pucuk pimpinan TLDM sentiasa merancang agar TLDM kekal relevan dan terus maju bagi mencapai misinya untuk menjadi World Class Navy. Masih terngiang di telinga NTB akan satu amanat Panglima Tentera Laut di suatu ketika dulu “TLDM kini telah memiliki Armada yang dilengkapi keupayaan perang tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah air. Justeru, Armada masa depan adalah angkatan laut yang seimbang dalam keupayaan tiga dimensi tersebut. TLDM akan meneroka, membangun, menguji dan mengguna pakai konsep dan teknologi terkini sebagai rangka kerja untuk transformasi apabila berurusan dengan keupayaan sistem pertahanan maritim masa depan."


IsnyaAllah berkat usaha gigih semua warga TLDM, visi untuk menjadi "Tentera Laut yang berkualiti" dan misi "menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk melindungi kepentingan maritim Malaysia semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang" akan dapat direalisasikan, InsyaAllah. Walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mencalarkan imej TLDM, namun hakikat yang mereka perlu sedar ialah, tanpa TLDM, pertahanan Maritim Malaysia akan polos.

Navy The Best - SEDIA BERKORBAN

p/s: Oh ya...TLDM juga akan mengadakan Hari Terbuka Armada sempena sambutan tersebut pada 5 Mei 2012 di Pangkalan TMDLM Kota Kinabalu jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Banyak aktiviti yang akan dianjurkan seperti konsert, drift, auto parade, boat ride, pertandingan memancing dan pelbagai lagi. Dan apa yang lebih mengujakan ialah..orang awam akan dibenarkan untuk melihat kapal perang milik TLDM. So, pada pembaca yang berada di KK, jangan lepaskan peluang ini...